Thursday, August 25, 2022

Serangan PKM Era 1973-1975


PKM melancar beberapa serangan dan pembunuhan sekitar period tahun 1970-an. Akademia Ho Hui Line menyenarai serangan tersebut dalam sebuah artikel beliau.

Tahun 1973: 

Timbalan Penguasa Polis, Wong Lim Hoon dibunuh oleh komunis di Kuala Lumpur pada 18 Januari 1973. Ini diikuti dengan pembunuhan Ketua Inspektor, Chin Chin  Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah dan Detektif Sarjan, Cheng Kek Oh di Sungai Siput, Perak pada Oktober 1973. 

1974

Pada tahun 1974, berlaku lagi tiga kejadian pembunuhan terhadap pegawai pasukan keselamatan, iaitu Detektif Konstable, Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin di Melaka pada 20 April 1974 dan Detektif Konstable, Ong Soon Chua di Chemor, Perak.16 Manakala, pada pagi 4 Jun 1974, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim pula ditembak mati oleh komunis di Kuala Lumpur. 

1975

Pada 26 Ogos 1975, Tugu Negara dibom dan kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling turut menjadi sasaran serangan komunis. Pada 13 November 1975 pula, Ketua Polis Kontinjen Perak, Datuk Khoo Chong Kong ditembak mati oleh komunis.

Upacara pengkebumian Khoo Chong Kong

sumber (link)

- - - - -

Sunday, August 21, 2022

Postwar Manifestation of Radical Nationalism


Firdaus Abdullah dalam bukunya memuat satu bab bertajuk Radical Nationalism: It's post-war manifestation. Sebaik tamat pendudukan Jepun golongan nasionalis yang dulunya di bawah KMM telah menghidupkan semula usaha politik mereka. Firdaus menyebut ad empat ciri utama yang membentuk sikap para nasionals berkenaan iaitu - "Malay stock instinct"; an uncompromising anti-colonialism; an intense desire for immediate independence; and disenchantment with the traditional social and political structure. 

 Menjelang berakhirnya pendudukan Jepun golongan nasionalis radikal menerus usaha juang mereka melalui penubuhan dua parti baru PKMM dan MNP. Tokoh nasionalis yang Parti tersebut dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

page 73-74.

Turtuk Village, India

the most northernmost village in India

india dot com - link.

- - - - -

Wednesday, August 17, 2022

Penulis Menyokong Turki Ataturk Sekitar 1930an


Pada period 1930-an berlaku kebangkitan Turki yang di pimpin oleh Atartuk. Kemajuan dan perubahan di Turki turut dikagumi wartawan akhbar dan penulis Malaya. Antara penulis yang kuat mendokong kejayaan Ataturk adalah Ahmad bin Ismail melalui penerbitannya sendiri al-Asasiyah Press, Kota Bahru. Seorang lagi penulis Mohammad Yunos bin Abdul Hamid yang menerbit buku "Mutiara dari Benua Timur" pada 1936. Beliau memapar kejayaan kegemilangan Turki Moden. Penulis Ibrahim Mahmood pula menulis buku "Turki dan Tamadunnya" pada 1938. Beliau membahas tentang kemajuan Barat yang berasas kepada tiga perkara iaitu kebebasan berfikir dan kebebasan hidup, nasionalisme dan cermat serta tekun.

Pengaruh kejayaan Turki tersebut membawa kepada idea menama Kaum Muda sebagai mengkagumi kejayaan golongan Young Turks di Turki. Perubahan nama ini dicadang oleh A Samad Ahmad mengganti KMM yang kemudiannya berubah kepada Malay Youth League dan akhirnya Kaum Muda.

Nota: ada buku biografi A Samad Ahmad bertajuk "Sejambak Kenangan". Buku ada di Lib Ratu namun berstatus untuk rujukan sahaja.

Nurunnain Mosque, Phnom Penh

Km8, National Highway 5, Phnom Penh (link)

- - - - -

Friday, August 12, 2022

Catatan Buku Ishak Haji Muhammad


Pak Sako pernah berkhidmat sebagai wartawan dan juga banyak menulis buku. Dalam penulisannya Pak Sako kerap meluah marahnya kepada sesetengah tokoh Melayu yang suka condong kepada penjajah British. Pak Sako juga pernah menyindir kaum feudal yang terlalu lembut dan lemah hingga mudah dipermain dan ditipu oleh Inggeris, China dan India. Pak Sako juga menegur pemimpin bila mana mereka meminjam berhutang dari ceti dan taukeh.

Baca buku oleh Abdul Latif Abu Bakar "Pak Sako penulis dan ahli politik sehingga 1948" m/surat76-80 dan 103-105. [Buku ada di Lib Ratu call no 920].

Catatan bacaan ARHA m/surat `97.

 

Al-Serkal Mosque, Phnom Penh

Baca "Mosque at eye of political storm". phnom penh post 2016 (link).

- - - - -

Friday, August 05, 2022

Masjid Di Den Pasar Bali


Pulau Bali majoriti penduduknya adalah beragama Hindu. Namun terdapat banyak masjid di sana. Kota Den Pasar sahaja ada enam belas buah masjid. Berikut ini daftar masjid di Kota Denpasar:

Masjid Raya Baiturrahmah: Jalan Ahmad Yani Nomor 72A, Dauh Puri Kaja, Kecamatan Denpasar Utara

Masjid Agung Sudirman: Jalan Slamet Riyadi Nomor 1, Dauh Puri, Kecamatan Denpasar Barat

Baitul Makmur Mosque: Jalan Gunung Merbuk Nomor 4, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid An-Nur: Jalan Diponegoro Nomor 192, Dauh Puri Klod, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Raya Ukhuwwah Denpasar: Jalan Kalimantan Nomor 19, Dauh Puri Kangin, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Muhammad: Jalan Imam Bonjol Nomor 335, Pemogan, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Al-Ikhlas: Jalan Gunung Batukaru Nomor 48B/114, Tegal Kertha, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Darussalam Ubung: Jalan Cokroaminoto Banjar Batur Nomor 269, Ubung, Kecamatan Denpasar Utara

Masjid Al Furqon: Jalan Gunung Mas IA Nomor 14, Padangsambian Kaja, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Al Hikmah: Jalan Soka Nomor 18, Kesiman Kertalangu, Kecamatan Denpasar Timur

Masjid Sadar Sesetan: Gang Masjid Al Muhajirin, Sesetan, Kecamatan Denpasar Selatan

Masjid Al Ghuroba: Jalan Nusa Ceningan Nomor 6, Dauh Puri Klod, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Suci: Jalan Pulau Buru Nomor 56, Dauh Puri, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Al Muhtadin: Jalan Gunung BatuKaru, Padangsambian, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Al-Furqon: Jalan Swakarya Baru Nomor 1, Dauh Puri Klod, Kecamatan Denpasar Barat

Masjid Al Muhajirin: Jalan Raya Pemogan Gang Masjid, Kampung Islam Kepaon, Kecamatan Denpasar Selatan.

Baca bali times - link.

Masjid Nurul Huda - masjid tertua 

Masjid yang terletak di Jalan Waturenggong, Desa Gelgel, ini merupakan masjid pertama sekaligus tertua di Bali. Berdiri pada abad ke-14 di masa Kerajaan Gelgel. Nama Nurul Huda memiliki arti cahaya petunjuk.

- - - - -