Sunday, July 29, 2018

Mamluk Aybak al-Muiz Sebagai Pengganti Ayyubid as-Salih


Setelah as-Salih Ayyubi meninggal dunia pasukan Mamluk yang berkhidmat dengan beliau mengambil tindakan membunuh al-Muazzam Turan Shah iaitu anak lelaki as-Salih yang juga bakal pengganti. Berikutnya yang mengambil jawatan pengganti al-Salih adalah balu beliau iaitu Shajar al-Durr iaitu sebagai Sultana Mesir. Shajar kemudiannya berkahwin dengan atabeg (Emir Aybak). Shajar berikutnya turun dari jawatan Sultana dan Aybak pula menjadi Sultan iatu pengasas kerajaan Mamluk. Aybak memerintah dari tahun 1250 hingga 1257. Aybak mengguna gelaran al-Malik al-Muiz.

Kerajaan Mamluk yang diasas oleh Aybak dipanggil Mamluk Bahriyya atau Dinasti Bahri. Mereka menguasai Mesir dari 1250-1382. Selepas 1382 Mamluk yang memerintah Mesir dikenali sebagai Mamluk Burji. Di sudut asal kaum Mamluk Bahriyya dipanggil juga sebagai Mamluk Turki manakala Mamluk Burji sebagai Mamluk Circassian (baca wiki - Mamluk).

Mamluk Bahriyya (Bahriyya bermakna sungai) mendapat nama merujuk kepada lokasi asal penempatan mereka di Pulau Rodah yang terletak di Sungai Nil. Penempatan ini disedia dan didirikan oleh Sultan as-Salih Ayyubi ketika beliau memerintah Mesir.

Baca tentang Aybak - (wiki) dan tentang Bahriyyah - (wiki).


Kerja binaan renovasi JPM3 (02/20)
- - - - -

Friday, July 27, 2018

Salib I (1095-1099)

 

Puak Kristian Barat menggerak usaha untuk bangun semula dari kekalahan mereka di tangan Islam dan Seljuk. Mereka tewas dalam Perang Manzikert 1071. Mereka juga mahu menawan semula Jerusalem yang telah jatuh ke tangan Islam. Jerusalem dikuasai orang Islam sejak zaman Umar Al-Khatab yang membukanya pada 673. 

Pemerintah Byzantine mula mengatur usaha perang Salib dengan meminta bantuan pihak gereja Roman Katolik pada 1074. Usaha bermula dengan Raja Michael VII Doukas Byzantine (r.1071-78 wiki) memohon bantuan kepada Pope Gregory VI. Berikutnya pada 1095 Raja Alexios I Komnenus (r.1081-1118 - wiki) pula memohon bantuan Pope Urban II. Pasukan Salib I akhirnya terbentuk dengan disertai juga oleh puak Frank, iaitu warga tanah air asal Pope Urban II.

Secara rasminya Salib I bermula pada Ogos 1096 bergerak dari sempada Perancis-Itali. Tentera Salib mulanya berjaya mengalahkan Seljuk Turki dalam pertempuran di Edessa, Nicea dan Antioch. Pasukan Salib akhirnya tiba di Jerusalem pada Jun 1099. Salib berjaya menguasai Jersalem pada Julai 1099. Mereka bertindak membunuh ramai penduduk Islam dan Yahudi dan turut meemusnah Masjidil Aqsa.

Ketika berlaku Sabil I pasukan Islam mengalami masalah dalaman dan perpecahan sesama sendiri. Namun lama kemudian Islam kembali bersatu di bawah pimpinan Imad Al-Din Zangi. Pada 1144 tentera Islam berjaya menguasai semula kota Edessa.

Nota: Sedikit catatan tentang Salib I bacaan buku Dajjal page 90.

Masjid Al-Aqsa, Jerusalem

(source: art docent - link)

- - - - -

Monday, July 23, 2018

Akhir Ayyubi dan Pembentukan Mamluk


Catatan ini dibuat selepas membaca bab akhir dalam buku Kesalahan Yang Perlu Di Perbetul Semula siri 4. Tajuk perbincangan bab tersebut adalah kesalahan fakta para Orientalis mengenai asal-usul kerajaan Mamluk. Para Orientalis memperendah Mamluk kerana mereka bukan berasal keturunan para Sultan. Orientalis juga menyebut warga Mesir merendahkan diri mereka kerana menerima Mamluk walau tahu bagaimana asal mula mereka.

Mamluk menguasai Mesir selepas berakhirnya kerajaan Dinasti Ayyubi pada 1250. Pemerintah terakhir Ayyubi di Mesir adalah Najm al-Din Ayyub atau nama penuhnya Al-Malik al-Saleh Najm al-Din Ayyubi (r.1240-1249). Baca wiki - as salih ayyub.


Operasi kemas
- - - - -

Friday, July 20, 2018

Pemerintah Mongol


Sejarah Islam silam turut mencatatkan hubung kait dengan Mongol. Sejarah yang paling signifikan adalah tumbangnya kerajaan Abbasid apabila berlaku serangan oleh Mongol pada 1258. Serangan tersebut dipimpin oleh Hulagu Khan telah meranap habis kota Baghdad. Selain kerajaan Abbasid Baghdad Mongol (atau sesetengah menulisnya Tartar) turut melancar serangan ke banyak lagi pusat kerajaan Islam termasuk Mamluk di Syria.

Mari kita lihat siapakah pemimpin Mongol/Tartar yang tercatat nama mereka dalam sejarah silam. Antaranya adalah nama berikut:

1 Hulagu Khan (r.1256-65)
2 Abaqa (r.1265-82)
3 Teguder Ahmad - pemimpin Ilkhanate (r.1281-84)
4 Argun Khan - anak kepada Abaqa (r.1284-91)
5 Gaykhatu (r.1291-95)
6 Ghazan Khan (r.1295-1304) memeluk Islam pada 1295 nama Mahmud Ghazan
7
8 Oljeitii - adik Ghazan Khan (r1304-17) memeluk Islam nama Muhamad Khodabandeh
9 Abu Said - anak kepada Oljeitii (r.1316-1335)

Antara tokoh sejarah islam yang turut bersama tentera menentang Mongol/Tartar di Syria sekitar 1300-1305 adalah Imam Ibnu Taimiyyah. Baca - link.


 
Taman Rimba
- - - - -

Labels: ,

Tuesday, July 17, 2018

al-Zahir Baybars dan Perang Salib dan Perang Ayn Jailut


Perang Salib berjalan dalam lima fasa iaitu fasa III period 1189-92; Fasa IV period 1202-1204; dan Fasa 5 dari 1217-1229. Keterlibatan Salahudin Ayubbi adalah sehingga Fasa III. Selepas kematian Salahudin tentera Islam berada dalam kekuatan yang tidak lagi sehebat sebelumnya. Kekuatan tentera Islam kembali menyinar apabila dipimpin oleh kerajaan Mamluk pimpinan al-Zahir Baybars (r.1260-1277).

al-Zahir Baybars merupakan tokoh tentera Islam yang berjaya menewaskan Mongol dalam Perang Ayn Jalut pada 1260. Beliau juga berperanan dalam menentang Perang Salib dan telah berjaya menguasai Antioch pada 1268. Sejarah menyebut kemenangan Islam di Antioch diikuti pembunuhan yang paling banyak keatas pihak Kristian. Baca wiki - Baybars).

Kehebatan al-Zahir Baybars dalam berperang telah mendapat pengiktirafan dengan gelaran beliau sebagai Abu al-Futuh. az-Zahir Baybars meninggal dunia mengejut pada 1277. Beliau dikatan terminum racun yang sebenarnya disediakan untuk orang lain. Namun ada juga yang menyebut kematian beliau akibat luka perang.

Selepas kematian az-Zahir Baybars kerajaan Mamluk di warisi pula oleh anak beliau, al-Nasir Qalawun (1277-1279) dan cucu az-Zahir (Sultan Asyraf Khalil).

Baca "The Sultan, the tyrant and the hero: changing medieval perceptions of al-Zahir Baybars". Link - mamluk uchicago.

Artikel Jurnal "The nature of the relation between Sultan Zahir al-Baybars and Berke Khan". Link - tamadun UM. 



Mac '19
- - - - -

Labels:

Saturday, July 14, 2018

Salahudin Ayubbi dan Perang Salib


Salahudin al-Ayubbi adalah nama yang tidak asing bila membincang mengenai Perang Salib. Beliau memimpin pasukan Islam selepas kematian Nurudin Zanji pada 1174. Sebetulnya sebelum kematian Nurudin beliau telah menamakan anaknya sebagai pengganti. Namun Salahudin mengambil langkah sebagai pemimpin dan tidak memberi ruang kepada anak Nurudin yang masih berusia anak kecil.

Salahudin bersama pasukannya mencapai kejayaan demi kejayaan menguasi beberapa kota di Syria dan sekitarnya. Kejayaan Salahudin dimulai dengan menguasai Damsyik pada 1174, kemudian Aleppo pada Jun 1183, dan seterusnya Mosul Feb 1186.

Kejayaan paling besar Salahudin adalah dalam pertempuran menentang tentera Salib. Salahudin berjaya menewaskan Salib untuk menguasai Karak (1183) dan seterusnya Hattin (Julai 1187). Kejayaan paling berharga bagi Salahudin adalah mengambil semula kota Jerusalam pada Okt 1187.

Berikutnya, Salahudin meneruskan serangan dan beliau berjaya di Acre pada 1189. Namun kemudian tewas pula mempertahan Acre pada 1191. Pada ketika ini Salahudin cuba memohon bantuan dari Abbasid Baghdad namun malangnya tidak dilayan. Pada 1192 Salahudin mengada perjanjian damai dengan Salib. Perjuangan Salahudin berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 1183.

Kerajaan Ayubbi tidak lagi setanding selepas kematian Salahudin.


 
Mengemas
- - - - -

Labels:

Monday, July 09, 2018

Nurudin Seljuk dan Perang Salib II (1145-1150)


Perang Salib II adalah pada period 1145-1150 (ada yang menulisnya 1147). Tumpuan tentera Salib dalam Perang Salib II adalah untuk menawan Damsyik. Namun usaha mereka tidak tercapai. Di pihak Islam tentera Seljuk ketika ini dipimpin oleh Nurudin Zangi. Antara kejayaan besar Nurudin adalah menguasai Antioch pada 1149 dan seterusnya berjaya membunuh pemimpin Salib bernama Raymond. Berikutnya, Nurudin juga berjaya menguasai Aleppo.

Suatu yang malang pula adalah pasukan Nurudin tewas teruk di tangan tentera Salib dalam pertempuran di Lembah Buqaya pada 1163.

Turut sama berperanan menentang Salib bersama pasukan Nurudin adalah beberapa tokoh ulama semasa. Antaranya adalah Yusuf al-Findalani (beliau terbunuh syahid pada 1148) dan Abdul Rahman al-Halhuli. Seorang lagi ulama yang turut serta lebih awal adalah Ibnul Rumayli (beliau syahid pada 1090).

Nurudin Zanji meninggal dunia pada 1174 dan tempat beliau diambil alih oleh Salahuddin al-Ayubbi.


 
Librari Raja Uda SA
- - - - -

Labels:

Sunday, July 08, 2018

Imadudin Seljuq Berdepan Salib 1144 dan Asadudin Seljuq Berdepan Fatimid 1169


Kerajaan Seljuq berdepan duka apabila mengalami peristiwa sedih berlakunya kematian dua pemimpin besar mereka pada 1092. Dua pemimpin tersebut adalah Sultan Malik Syah dan Nizam al-Mulk. Ketika ambang Perang Salib I iaitu pada 1098 pemimpin Seljuq yang berperanan besar berjuang adalah Imadudin Zanji dan Asadudin Zanji. Imadudin berperanan besar menentang tentera Salib dan berjaya menawan semula kota Edesa pada 1144.

Pada era awal Perang Salib Fatimiyah Mesir telah berjaya menguasai Jerusalem pada Feb 1098. Pada Mei 1098 tentera Salib telah berjaya menguasai Antioch. Berikutnya pada Jun 1099 mereka mara menuju Jerusalem. Tentera Salib berjaya menewaskan Fatimid dan menduduki Jerusalem pada Julai 1099. Berikutnya, tentera Salib bertambah kuat apabila mereka dibantu oleh kapal yang tiba dari Genoa dan Venice.

Selepas satu dekad barulah pasukan Seljuq pimpinan Imadudin mula datang melawan tentera Salib bermula dengan penguasaan di Aleppo. Sumbangan besar Imadudin bersama pasukan Seljuk adalah menentang tentera Salib dan berjaya menawan semula kota Edesa pada 1144. Malangnya Imadudin telah mati dibunuh dua tahun kemudian iaitu pada 1146. Selepas kematian beliau pimpinan Seljuq diketuai oleh Nurudin Zanji.

Jasa besar Asadudin pula adalah kejayaannya menewaskan Fatimiyah Mesir pada tahun 1169. Kejayaan Asadudin itu amat bermakna kerana Fatimiah pada ketika itu telah dibantu sama oleh tentera Salib. Kejayaan Asadudin ini dicapai dengan gandingan bersama Salahudin Ayubbi. Asadudin meninggal dunia tidak lama selepas kejayaan beliau. Berikutnya, tugas Asadudin disambung pula oleh Salahudin Ayubi.



 
Sebuah premis di Jonker Walk
- - - - -

Labels:

Friday, July 06, 2018

Suasana Di Ambang Perang Salib 1096


Catatan setelah membaca buku Auni 215.

Perang Salib berlaku dalam beberapa peringkat. Peringkat I adalah pada sekitar 1096 berlanjutan selama beberapa tahun. Tentera Salib mensasarkan untuk menawan Constantinople. Hal ini adalah untuk mengekang kemaraan tentera Seljuq yang semakin berjaya menguasai rantau berkenaan bermula 1030. Kemuncaknya ialah kejayaa Seljuq mengalahkan tentera Rom Byzantine dalam Perang Manzikert pada 1071.

Dalam rentetan Perang Salib I tentera Kristian telah berjaya menawan beberapa kota seperti Nicea dan Iconium sekitar Asia Minor (pada 1097), Antioch (1098) dan juga Al-Quds (1099).

Ketika period Perang Salib I tiga kerajaan Islam yang kuat adalah Abbasid Baghdad, Dinasti Seljuk dan Fatimiyah Mesir. Pemerintahan Abbasid pada period ini di bawah khalifah al-Mustazir. Namun begitu kuasa sebenar dipegang oleh pembesar tentera dari puak Turks, Buwayhid dan juga Seljuq setempat. Pimpinan Islam di Syria mohon supaya Abbasid dapat membantu berdepan dengan tentera Salib namun Abbasid tidak melayan permintaan mereka.Dinasti Seljuq pula pada period ini mengalami kekecohan ekoran kematian Sultan Malik Syah pada 1092.

Manakala Fatimiyah Mesir pula bergolak selepas kematian khalifah al-Mustansir Billah pada 1094. Dalam masa yang sama Fatimiyah yang sedang berdepan ancaman Seljuq berharap tentera Salib dapat membantu mereka.

Begitulah suasana sesama kalangan tentera Islam ketika di ambang Perang Salib I.


 
Teleskop Balai Cerap Teluk Kemang
- - - - -

Labels: