Sunday, September 26, 2021

Pengkajian Mengenai Darurat 1948-1960

 

Catatan dari bacaan artikel "Darurat atau Perang Kolonial Tanah Melayu: satu perbahasan berdasarkan beberapa aliran pemikiran dan perspektif". Artikel tulisan Azmi Ariffun terbit dalam jurnal Kemanusiaan tahun 2019.

Menurut penulis ada empat aliran pemikiran tentang berlakunya Darurat iaitu - aliran ortodoks, neo ortodoks, revisionis dan pasca-revisionis.

Sebuah buku mengenai Darurat 1948-1960

- - - - -

Tuesday, September 21, 2021

Tesis Majalah Guru 1924-1929

 

Sebuah penerbitan awal Melayu period sebelum merdeka adalah Majalah Guru. Bagi mendapat gambaran tentang penglibatan Majalah Guru boleh baca tesis MA tahun 2014. Tesis bertajuk "Majalah Guru 1924-1929: kajian persuratan terhadap tulisan sejarah Islam".

Kandungan: 

Pendahuluan; Tulisan sejarah Islam di Alam Melayu; Majalah Guru - Latar belakang dan isi kandungan; Bahagian Tawarikh - Tema dan pendekatan tulisan sejarah Islam; Penutup.

Sumber: repo um - link.

Sebuah masjid di Kampung Gajah

penulis tesis berasal dari Kpg Gajah, Perak

- - - - -

Friday, September 17, 2021

Tesis What Is It Like to be Muslims in Thailand?

 

Tesis bertajuk "What is it like to be Muslims in Thailand: A case study through Muslim profesionals perspectives"  Multicultural aspects of mosques in Bangkok" oleh Songsiri Putthongcai. Tesis exeter uni disiplin Arab and Islamic Studies. 

Sumber: exeter 2013 - link.

Baca sama "Understanding the identity of the Muslim community of Kudi Khao in Thonburi, Bangkok" tebal 14 m/surat. Jurnal Manusya 2008.

Masjid Kamalul Islam, Bangkok

- - - - -

Tuesday, September 14, 2021

Waqf Management in Thailand


Sebuah kajian mengenai sistem waqaf telah disempurnakan. Sumbangan kajian tersebut diungkap dalam sebuah tesis MA "Waqf management in Thailand: A case study in Bangkok mosques". Tesis Uum tahun 2009. Source: uum - link.

Selain kajian di atas adalah juga artikel bertajuk "Multicultural aspects of mosques in Bangkok" oleh pengkaji dari Kasim Bundit University. Artikel terbit dalam sebuah jurnal Manusya tahun 2008.

Bangkok Mosque

Petikan Bangkok Mosque - link;

The Tamil Muslim Association was established in 1975 addressing the rising need to perform Islamic duties by Late Haji. Dr. PR. Sheik Aboobacker (President), Late Haji. B. S. Abdul Rahman (Founder) and Late. Haji. Kassim Marikar (Secretary). In 1984, an institution was founded in a separate independent small premise with an appointed Imam, and sufficing in to establishing a platform to adopt and nurture the younger generation to understand the basic of Islam.

- - - - -

Thursday, September 09, 2021

Melaka Selepas Sultan Muzaffar Syah

 

Catatan bacaan buku KMM terbitan Usm 2021. Bab akhir memuat artikel bertajuk "Kejatuhan Melaka 1511: Antara 'feudalisme Melayu', kekejaman raja dan pengkhianatan orang asing" oleh Azmi Ariffin. Tajuk artikel menjelas sendiri bahawa antara faktor yang menjadi penyebab kejatuhan Melaka adalah tiga hal tersebut iaitu feudalism, kekejaman raja dan unsur pengkhianatan asing.

Sultan Muzaffar yang nama asalnya Raja Kassim adalah cucu kepada Mani Purindan, seorang puteri raja, berasal dari India. Pada awalnya Raja Kassim tersingkir dari mengganti takhta yang diserah kepada Sultan Abu Syahid (r.1444-46). Ketika itu usia Sultan AS masih kanak-kanak dan pemerintahan banyak dikuasai oleh Raja Rokan. Setelah tersingkir Raja Kassim keluar dari istana membawa diri hingga terpaksa bekerja sebagai nelayan.

Teks juga menyebut bahawa kecelaruan pemerintahan Melaka bermula seawal selepas lantikan Sultan Muzaffar Shah yang di sokong oleh Bendahara Tun Ali. Sejak itu telah wujud amalan buruk dalam tadbir urus Melaka, perebutan kuasa, salah guna kuasa dan rasuah. Keadaan diburukkan lagi oleh pertelagahan para pembesar di kalangan Tun Ali dan Tun Muzahir.

Museum Kesultanan Melayu Melaka

Baca "Geopolitik dan diplomasi Kesultanan Melayu Melaka". patriot asia 2020 - link.

- - - - -

Sunday, September 05, 2021

Rampasan Kuasa Tentera Conakry

 

Terkini berlaku rampasan kuasa di Guinea iaitu sebuah negara miskin Afrika Barat. Tentera elit Guinea merampas kuasa dari ketua negara tersebut. Presiden Guinea, Conde, yang sudah berusia 83 tahun turut ditahan oleh tentera. Beliau mula memerintah sebagai presiden sejak 2010. Guinea adalah sebuah negara yang terkenal dengan lombong bauksit terbesar dunia. Bauksit tidak dapat diproses di negara sendiri sebaliknya diangkut ke negara lain seperti China.

Sebuah kawasan bauksit Guinea

Baca "Who own Guinea's bauxite?". dw - link.

"Guinea: Bauxite mining boom threatens rights - drive for revenue shouldn't come at local residents' expense". hrw 2020 - link.

- - - - -