Monday, December 25, 2017

Ottoman ke 21 Sultan Ahmed II (1691-95)

 

Entri asal geoab - link:

Sebelum naik takhta Ahmed II tinggal terkurung di penjara selama 43 tahun. Fazil Mustafa Pasya masih sebagai wazir. Jawatan yang beliau pegang sejak dari 1689. Fazil mengarah ditukar ramai pegawai negeri regim sebelum beliau dan menghukum bunuh pegawai yang korup. Mereka diganti dengan pegawai yang serasi dengan Fazil Mustafa untuk melancarkan pentadbiran. Pada ogos 1691 Fazil Mustafa terbunuh dalam satu peperangan dengan Austria.

Mengganti beliau sebagai wazir ialah Kaca Halil Pasya. Ottoman semakin lemah dan kalah dalam peperangan satu demi satu secara berterusan. Pada 1695 Ottoman tewas pula dalam peperangan dengan Hungary. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Sultan Ahmed II pun meninggal dunia di Edirne Palace. Naik takhta sebagai pengganti Sultan Ahmed II ialah Mustafa II yang memerintah dari 1695 hingga 1703.

Sebahagian dari Edirne Palace

source: archaelogy news (link) dan tourmaker (link)

- - - - -

Monday, December 11, 2017

Ottoman Suleyman II (1687-91) - Catatan Maksudoglu

 

Maksudoglu memuatkan tulisan mengenai Suleyman II dengan amat ringkas. Cuma dalam dua paragraf sekitar satu m/surat sahaja. Maksudoglu menyebut bahawa Suleyman II melakukan pertabalannya di makam Ayub al-Ansari, Istanbul pada 1687. Setahun kemudian iaitu pada 1688 Austria berjaya menawan Transylvania, Belgrade dan kubu-kubu Ujvar castle dan Eger castle dari penguasaan Ottoman. Dalam keadaan yang semakin meruncing tersebut Suleyman II bertindak melantik Fazil Mustapha sebagai grand vizier pada 1689. Fazil berjaya merebut semula tiga buah kota Nish, Smederevo dan termasuk Belgrade. 

Sultan Suleyman II meninggal dunia pada 1691 di Edirne. Pengganti Suleyman II adalah adik beliau, Ahmed II yang memerintah dari 1691 hingga 1695. 

Zeynep Sultan Mosque [tiada kaitan dengan Suleyman II]

The Zeynep Sultan Mosque (in Turkish Zeynep Sultan Camii) is a mosque built in 1769 by Ayazma Mosque's architect Mehmet Tahir Ağa for Ahmed III's daughter Zeynep Sultan. It evokes Byzantine churches because of its architectural style and materials that were used in its construction. (wiki)

- - - - -

Wednesday, December 06, 2017

Ottoman ke20 Sultan Suleyman II (1687-91)

 

Entri asal geob - link:

Selepas Sultan Mehmed IV dijatuhkan pada 1687 pengganti beliau ialah Sultan Suleyman II. Sultan Suleyman II ialah anak kepada Sultan Ibrahim (Ottoman ke18) dan adik tiri kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Awal kehidupan Suleyman II terkurung di penjara. Sultan Suleyman II dipilih mengganti Mehmed IV oleh kumpulan Janissari dan menjadikan institusi kesultanan berada di bawah mereka. Maka berlakulah keadaan di mana Ottoman berada dalam kelemahan dan menuju kehancuran.

Dalam suasana kritikal begitu pihak musuh terutamanya telah mengambil kesempatan menyerang Ottoman dari segenap penjuru. Ancaman paling besar yang dihadapi Ottoman ialah peperangan dengan Austria yang berjaya menduduki beberapa wilayah Ottoman. Mereka kemudiannya telah menukar ratusan masjid menjadi gereja. Jerman juga telah berjaya menguasi wilayah Islam Egri dan menukarnya kepada menjadi wilayah Kristian serta masjid dimusnahkan. Pendeknya kekalahan demi kekalahan menimpa Ottoman.

Period Suleyman II menyaksikan Koprulu Fazil Mustafa Pasya mendominasi pentadbiran. Setelah ia meninggal dunia anak Fazil bernama Mustafa pula mengganti. Pada 1691 Sultan Suleyman II memerintah wazir Koprulu Wazir Mustafa Pasya bersiap sedia menyerang Austria. Namun belum sempat peperangan selesai Sultan Suleyman II pula meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Pada ketika kematiannya Sultan Suleyman II berada di Edirne. Mengganti beliau sebagai Sultan Ottoman ialah adiknya iaitu Sultan Ahmed II.

Baca tentang keluarga Koprulu yang menjadi wazir sewaktu period Suleyman II (entri).


Makam Suleyman II (source – wikiwand)

- - - - -

Sunday, December 03, 2017

Kegawatan Kewangan Ottoman Period Selepas Ahmed I

 

Sultan Murad III memerintah Ottoman pada 1574-1595 dan dikata amat berjaya. Beliau meninggal kewangan yang kukuh dan keadaan tersebut berterusan hingga period Ahmed I (1603-1617). Sultan Ahmad I dapat mengguna kewangan tersebut untuk membina masjid besar dan bangunan-bangunan lain. Ottoman mula mengalami masalah kewangan selepas period Ahmed I.

Keadaan tersebut bertambah teruk bila berlaku pertukaran takhta sebanyak empat kali dalam tempoh singkat. Selepas Ahmed I penggantinya Mustafa I memerintah beberapa bulan (Nov 1617 hingga Feb 1618), kemudian Osman II (1618-1622), berikutnya sekali lagi Mustafa I (Mei 1622 hingga Sept 1623) dan selepas itu Murad IV (1623-1640).

Pada setiap kali pertukaran kuasa banyak wang terpaksa dibelanja membayar pasukan tentera Janissari. Tujuannya supaya Janissari memberi sokongan kepada sultan. Keadaan bertambah parah sewaktu period Murad IV/ Beliau terpaksa bertindak mengecilkan tentera Janissari dan sipahi. 

Namun begitu dihujung period Murad IV berlaku pula amalan nepotism dan rasuah dalam lantikan Janissari baru. Ramai mereka yang tidak berkelayakan tetapi dimasukkan sebagai anggota baru Janissari. Maka banyak wang terpaksa diguna membayar gaji mereka sedangkan keberkesanan Janissari jauh turun.

Keadaan kewangan berjaya dipulihkan melalui usaha oleh Koprulu Memhed Pasha (in office 1656-1661) pada period Mehmed IV (r.1648-1687). Namun keadaan tersebut cuma mampu bertahan sehingga 1683. Masalah rasuah dikalangan pembesar atasan menyebabkan keadaan ekonomi kembali merudum. Kegawatan kewangan 1683 memberi kesan kepada misi siege of Vienna yang dipimpin oleh Kara Mustafa Pasha ketika suku hujung period pemerintahan Mehmed IV.

Koprulu Mehmed Pasha Mosque

The construction Koprulu Mehmed Pasha Mosque dates back to 1659. A sundial and library are part of the mosque. The founder and his son Vizier Ahmet Fazıl Paşa were laid to rest in the shrine next to the mosque. Source: tourist - link.

- - - - -