Saturday, January 28, 2017

Suleyman I dan Szivetgar Hungary

 

Entri asal - geop wp (link):

Sultan Suleyman I dikatakan sebagai Sultan paling cemerlang dalam senarai pemerintah Ottoman. Satu kenyataan yang sesuai dengan gelaran yang beliau miliki iaitu Suleyman The Magnificient. Suleyman banyak memimpin sendiri peperangan meluaskan empayar Ottoman. Beliau berjuang hingga akhir hayat dan meninggal dunia dalam khemah perang ketika bersama pasukan di Szigetvar Hungary pada 1566. Ketika itu Suleyman sudah pun berusia 72 tahun tetapi masih aktif di medan perang. Pertempuran di Hungary tersebut sangat signifikan bukan sahaja kepada Ottoman malah turut diingati oleh masyarakat Hungary.

Menurut sebuah berita para pengkaji telah menemui pusara Suleyman di Szigetvar. Baca "Tomb of Suleiman the Magnificent in Szigetvár". Medieval EU 2016 - link.

Baca "Hungary: Unearthing Suleiman the Magnificent’s tomb. Small Hungarian town hopes discovery of Ottoman sultan’s tomb will bring much needed visitors and revival". Al Jazeera 2016 - link.

Baca "Poor Hungary town eyes riches of Suleiman the Magnificent".  Business Insider 2016 - link.

Pusara Suleyman di Szivetgar (link)

- - - - -

Thursday, January 26, 2017

Ottoman Suleyman Melawan Tentera Eropah

 

Entri asal geoab - link:

Salah satu kehebatan Suleyman The Magnificient adalah keberanian dan kegagahan beliau dan tenteranya berdepan dengan tentera musuh dari negara Eropah. Sebanyak tiga belas siri peperangan berlaku di antara Ottoman dengan Barat dan kesemuanya dipimpin sendiri oleh Suleyman. Kempen peperangan pertama adalah pada 1521 iaitu dikenali The First Hungarian Campaign atau The Campaign of Angurus. Suleyman berjaya membuka jalan masuk ke Belgrade. Penduduk Belgrade diberi pilihan meninggalkan kota Belgrade atau terus mendiami Belgrade dengan membayar jizyah.

Seterusnya pada 1522 Suleyman masuk menyerang Rhodes Island. Pada masa tersebut Rhodes menjadi kubu kuat tentera Yahudi. Mereka bertahan dan mendiami Pulau Rhodes selepas perang Sabil dan mendirikan Knights of St John. Mereka juga bersepakat dengan Mamluk Mesir menentang Ottoman pimpinan Suleyman. Pertempuran yang berlaku di Rhodes dikenal nama Perang Reydanniyah.

Pada 1526 berlaku perang kedua dengan Hungary. Peperangan berlaku di Mohacs dan akhirnya Suleyman berjaya menawan Buda. Raja Hungary Lajos berjaya dibunuh dan Ottoman mengganti raja baru Janos Zapolya.

Pertempuran ketiga dengan Hungary berlaku pada 1529. Pertempuran tercetus apabila Ferdinand I merampas takhta dari Zapolya dan beliau memohon bantuan Ottoman berdepan dengan Ferdinand I. Ottoman sekali lagi berjaya dan melantik semula Janos Zapolya sebagai Raja Hungary. Pada tahun sama Suleyman mengepung Vienna namun tidak menerus usaha untuk menawan dan beliau kembali semula ke Istanbul.

Pada 1532 sekali lagi Suleyman bertempur dengan Hungary iaitu bila mana Ferdinand I menyerang semula Buda. Pertempuran dengan Ferdinan ini ialah The Third Campaign on Hungary. Akhirnya Ferdinand meminta perdamaian dan melantik semula Janos sebagai Raja. Apabila Janos meninggal dunia pada 1540 Ferdinand mengambil peluang menyerang Budapest. Maka pada 1541 Suleyman bertindak menyerang Hungary dan berjaya mengambil sebahagian wilayah Hungary. Pertempuran ini ialah The Fourth Campaign on Hungary.

The Fifth Campaign on Hungary adalah pada 1547. Ferdinand akhirnya mengaku kalah dan memohon diadakan perjanjian damai. Beliau dapat memerintah sebahagian Hungary dengan membayar ufti tahunan kepada Ottoman.

Pada 1566 Suleyman memimpin pasukan Ottoman untuk bertempur sekali lagi dengan Ferdinand. Kali ini pertempuran berlaku di Vienna. Namun ketika ini Suleyman sudah uzur dan beliau meninggal dunia dalam khemahnya di medan perang pada usia 72 tahun.


Makam Suleyman The Magnificient dibina pada 1566

sumber: madain project (link)

- - - - -

Tuesday, January 24, 2017

Pembaikan Masjidil Haram Oleh Suleyman

 

Entri asal - geoab (link):

Salah satu sumbangan besar Sultan Suleyman adalah usaha beliau dalam projek pembesaran Masjidil Haram Mekah. Kerja pembesaran tersebut dibuat bermula pada tahun 1564. Masjidil Haram telah melalui beberapa siri pembaikan dan pembesaran sebelum period Ottoman. Pembesaran pertama berjalan pada period Umar al-Khattab pada 638M. Seterusnya pembaikan juga dilakukan oleh Uthman bin Affan pada 646, Abdullah bin al-Zubair (684), Abdul Malik bin Marwan (694), al-Walid bin Abdul Malik (710), Abu Jaafar al-Mansur (754), Muhammad al-Mahdi (776), al-Mukhtadid (894), dan al-Muqtadir (918). Turut menyumbnag dalam pembaikan dan pembesaran adalah pemerintah Mamluk al-Nasir bin Marquq (1400) dan al-Asyraf Qayitbai (1477).

Baca "Ottoman's centuries of great service to the holy lands". Daily Sabah 2017 - link

"The history of al-Masjid al-Haram and the history of the Ummah". Islamicity 2016 - link.

"Ottoman spatial organization of the pre-modern City of Madina". Open edition jounal 2018 - link.

20 ottoman Kaabah

The Kaaba during Ottoman rule

- - - - -

Friday, January 20, 2017

Ancaman Portugis Ketika Period Suleyman

 

Entri asal geoab - link:

Ketika period pemerintahan Sultan Suleyman selain ancaman Kristian Sepanyol berlaku juga serangan kapal laut tentera Portugis. Malah ancaman pasukan Portugis lebih kritikal kerana mereka sudah sampai ke wilayah Haramain Mekah dan Madinah. Walau pun kemaraan mereka dapat disekat namun ternyata bahaya. Antara tahun 1517-1519 Ottoman telah pun menguasai Mesir, Syria, Yaman dan juga Mekah. Pada 1534 pula Baghdad dapat ditawan dan Basrah pada 1546. Bermakna Ottoman telah berjaya menguasai Laut Merah dan Teluk Parsi.

Ekspedisi Ottoman mengekang Portugis bermula pada 1538 dari Pelabuhan Suez dengan pimpinan Suleyman Pasya. Beliau berjaya menakluki Aden di Yemen. Pada 1539 Portugis telah mara hingga berdekatan Jeddah. Syarif Makkah (mm) bertindak membuat perisytiharan di pasar Mekah meminta kabilah Arab berjihad. Mereka turun dengan lengkap bersenjata ke Jeddah dan akhirnya berjaya menghalau Portugis dan menyelamat Tanah Suci.

Portugis yang gagal di Jeddah namun kemudian berjaya menawan Aden. Namun pada 1548 Ottoman melalui pimpinan Piri Reiss dapat menawan semula Aden. Piri Reiss adalah anak saudara Kemal Reiss (tokoh yang menyelamat umat Islam Sepanyol dari serangan Kristian Sepanyol pada zaman Sultan Bayezid II. Pada 1551 Piri Reiss berjaya menawan Muscat dari kuasaan Portugis. Piri Reiss seterusnya mara ke Hormuz namun beliau kemudia meninggalkan kepungan Hormuz. Atas peristiwa tersebut Piri Reiss telah dihukum bunuh kerana didakwa tidak bertanggung jawab dalam melaksana tugas. Ada juga tuduhan mengata beliau menerima hadiah untuk tidak menawan Hormuz. Piri Reiss diganti pula oleh Murad Reiss.

Pada 1554 seorang lagi tokoh, Seydi Ali Reiss, belayar dari Basrah dan bertembung dengan kapal Portugis. Beliau berjaya menggempur pasukan Portugis di Muscat. Portugis kalah dan melarikan diri tengah malam. Pasukan Ali Reiss kemudiannya belayar hingga ke India. Namun ribut gelora menyebabkan mereka terdampar di Surat dan menyerahkan senapang dan kelengkapan lain kepada Gabenor Surat bernama Rajah Khan. Perjalanan pulang Ali Reiss ke Istanbul memakan masa tiga tahun dan mereka tiba pada 1556.

2 Byzantium-Map

Peta wilayah empayar zaman Ottoman

- - - - -

Tuesday, January 17, 2017

Armada Ottoman Suleyman dan Misi Aceh

 

Entri asal - geoab (link):

Period pemerintahan Suleyman juga menyaksikan kemaraan Portugis ke wilayah Aceh Indonesia. Aceh ketika itu di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah. Beliau memerintah Aceh pada 1537-1571. Ketika itu angkatan Portugis telah pun menguasai Melaka dan merancang misi untuk mara ke Aceh. Maka Sultan Alauddin telah memohon Sultan Suleyman supaya Ottoman menghantar armada tentera membantu Aceh menghadapi Portugis. Khabarnya utusan Aceh telah sampai ke Istanbul namun ketika itu Sultan Suleyman tidak berada di Istanbul kerana beliau dalam ekspedisi tentera di Svitgetvar. Tidak lama kemudian Sultan Suleyman meninggal dunia pada 1566 semasa berada di medan pertempuran. Ini menyebabkan bantuan ke Aceh menjadi tertunda.

Kemudiannya apabila Sultan Selim II mengganti Sultan Suleyman beliau telah melantik Hidir Reiss untuk tugas membantu Aceh menghadapi Portugis. Malangnya pada waktu sama armada Hidir Reiss terpaksa menuju Yaman menghadapi pemberontakan Shiah Zaidiyah.

 19 Bath_of_Roxelane_Istanbul

Hagia Sophia Hurrem Sultan Bathhouse (wiki)

Bathhouse di bina oleh isteri Sultan Suleyman bernama Roxelana mula dibuka pada 1556.

- - - - -

Tuesday, January 10, 2017

Fracticide, Suleyman, Roxelana dan Mustafa

 

Entri asal - geoab (link):

Suatu hal yang berlaku pada zama period Suleyman yang mencetus kontroversi adalah pembunuhan ke atas waris dan pesaing takhta Ottoman. Antara yang turut dibunuh adalah anak-anak Suleyman sendiri iaitu Mustafa dan Bayezid. Tetapi amalan ini berlaku bukannya kerana dorongan politik ingin berkuasa, tetapi lebih banyak kerana tindakan menderhaka terhadap pemerintah yang sah. Tanpa mengira sama ada penderhaka itu daripada keluar sendiri atau tidak. Baca m/surat 246 buku Abdul Rahman Hj Abdullah.

Walau bagaimana pun tidak dinafikan adanya kemungkinan unsur hasutan di sebalik tindakan pembunuhan tersebut. Penghasut tersebut tidak lain ialah Roxelana (atau Hurrem Sultan) iaitu isteri atau tepatnya gundek kepada Sultan Suleyman. Beliau dikatakan berdarah Yahudi dari Ukraine. Dia menjadi wanita paling berkuasa dalam harem selepas Bonda Sultan. Roxelana menghasut Sultan Suleyman melantik anak mereka Selim sebagai ganti Sultan yang baru.

Baca "Why did Suleyman the Magnificient execute his son Sehzade Mustafa in 1553".The Journal of Ottoman Studies 2016, 37 pages. [D 1 2019 bayezid timurlane]

"Fracticide in Ottoman law". 34 m/surat [D 1 2019 bayezid timurlane]

hurrem_tomb

Tomb of Hurrem Sultan (Roxelana) dibina pada 1568

(source: madain - link)

Lihat juga nomadicniko (link).

- - - - -

Friday, January 06, 2017

Tesis Ottoman Rulership in the Age of Suleyman

 

Menyambung tentang Ottoman Suleyman (r.1520-1566).

Sebuah tesis bertajuk " The Sultan and Sultanate: Envisioning Rulership in the Age of Suleyman the Lawgiver, 1520-1566". Tesis phd Harvard Uni 2005. Cuma 10 m/surat pertama yang boleh dimuat turun.

Baca juga Suleyman the Magnificent. Artikel osu - link.

Nota: Central European Universities menawarkan subjek Rethinking the Ottoman". info dari ceu link.

Buku-buku lain tentang Suleyman:

Uriel Heyd's Studies in Old Ottoman Criminal Law (Oxford: Clarendon Press, 1973) contains an English translation of Süleyman’s law code, in addition to an analysis of it. Leslie Peirce's Imperial Harem (New York: Oxford University Press, 1993) discusses not only Süleyman’s wife but also the politics of the Ottoman royal household in general up through the seventeenth century. Tijana Krstić's Contested Conversions to Islam (Stanford, CA: Stanford University Press, 2011) gives a good overview of "confessionalization" in the Ottoman empire of the sixteenth century and beyond. Finally, see The Turkish Letters, by Ogier Ghiselin de Busbecq (London: Eland, 2005). Busbecq, the Habsburg ambassador in 1554, and 1556, remarks not only on the culture of Constantinople, but on the political happenings of the period, including the conflict between Süleyman's sons.

Aziziye Mosque, Konya

source: triphobo - link

Located in the business centre of Konya, the Mosque dates backs to 17th century and was commissioned by Damat Mustafa Pasha (husband of Hatice Sultan-the daughter of Sultan Mehmet IV). It was destroyed in mid-nineteenth century due to fire and was re-commisioned by Pertevniyal- the mother of Sultan Abdulaziz. The name Aziziye refers to Abdulaziz.

source - wiki

- - - - -

Tuesday, January 03, 2017

Ottoman ke10 Suleyman I (1520-1566)

 

Entri asal geoab - link:

Selepas Selim II meninggal dunia menaiki takhta Ottoman ialah anak beliau, Sultan Suleyman. Jawatan terakhir Suleyman sebelum menjadi Sultan adalah Gabenor Manisa (dulunya Saruhan). Period pemerintahan Sultan Suleyman menjangkau selama 46 tahun dan beliau merupakan Sultan Ottoman yang paling lama memerintah. Berbagai gelaran diberi kepada Suleyman. Antaranya adalah Suleyman The Magnificient sebagai menghargai kecemerlangan zaman pemerintahan beliau. Ada juga gelaran Suleyman Al-Qanuni kerana menghargai usaha beliau menggubal kanun undang-undang ketika memerintah.

Suleyman mewarisi dari ayahnya kerajaan yang kuat, perbendaharaan negara yang teguh, pasukan tentera yang perkasa serta tanpa pencabar takhta. Namun timbul juga beberapa pemberontakan dalaman. Pada 1521 muncul pemberontakan oleh Gabenor Syam, Janberdi Gazali. Gabenor Syam tersebut berpakat dengan Hayri Beg (Gabenor Mesir?) untuk menghidupkan kembali kerajaan Mamluk Mesir. Pemberontakan ini dapat ditewaskan dan Janberdi sendiri mati terbunuh. Pada 1524 muncul pemberontakan oleh Ahmed Pasya yang mahu menjadi Perdana Menteri dan Sultan di Mesir. Pemberontakan Pasya juga dapat dikalahkan oleh Janissari Ottoman dan beliau dicop sebagai pengkhianat.

Pemberontakan dalaman lain adalah dari puak Safavid Iran. Pertama pada 1526 di wilayah Yozgat pimpinan Baba Zunnun. Berikutnya pada 1527 di wilayah Karaman pimpinan Qalandar Jalabi. Kedua-dua pemberontakan Safavid dapat dikalahkan oleh Suleyman. Baba Zunnun dan Qalandar Jalabi berjaya dibunuh.

Setelah berjaya menghadapi ancaman dalaman Suleyman berikutnya mengumpul kekuatan untuk menentang tentera Eropah. Penentangan di Eropah berlaku dalam tiga belas siri bermula pada 1521 hinggalah ke akhir hayat beliau pada 1566.

IMG-20191002-WA0330

Sebuah taman bunga Kashmir

- - - - -

 

Monday, January 02, 2017

Folder 1 geo korea


Bacaan folder D 1 geo korea:

The development of early Sunnite hadith critism: the Taqdima of Ibn Abi Hatim al-Razi 854-938. Eerik Dickinson. Brill, 2001.

Hussein Abdul-Raof (2018). New horizons in Qur'anic linguistic: a syntactic, semantic and stylistic analysis. Routledge. [ he is at Taibah Uni]

Hussein Abdul-Raof (2010). Schools of Qur'anic exegesis: genesis and development. Routledge. [he is at Leeds Uni]

Hussein Abdul-Raof (2019). Text linguistics of Qur'anic discourse - an analysis. Routledge. [Hussein at Taibah Uni]

Earth sciences in the age of satellite. Jean Pouquet. First published in 1971.

Al-Kashshaf: Al-Zamakhshari's Mu'tazillite exegesis of Qur'an. Kifayat Ullah. De Gruyter. 2017

Stars and satellites: Women in early British and Irish astronomy. Mary Bruck. Springer. 2009.


 
Taman Rekreasi Spritzer
- - - - -