Monday, January 25, 2016

Anak-Anak Bayezid Ketika Period Interregnum

 

Perbincangan tentang interregnum dalam buku Mehmet dan juga buku ARA tidak bergitu panjang. Cuma ada sekitar separuh m/surat. Antara yang ditonjolkan adalah;

Suleyman Celebi - menguasai wilayah Ottoman bahagian Eropah. Suleyman telah dibunuh oleh adik beliau, Musa Celebi pada 1410.

Musa Celebi - menguasi wilayah Ottoman Eropah setelah membunuh abang beliau Suleyman.

Mehmed Celebi - menguasai wilayah Ottoman bahagian Anatolia setelah mengenepikan atau menjatuhkan Isa Celebi. Mehmed berikutnya berjaya menguasai wilayah Ottoman Eropah dari tangan Musa Celebi. Mehmed dan Musa berdepan dalam Perang Camurlu 1411,1412 dan 1413 berakhir dengan kemenangan Mehmed.

Apa pula yang berlaku kepada seoarang lagi anak Beyazid, Mustafa Celebi. Beliau menjadi tawanan sebaik kekalahan Bayezid. Ketika Mehmed menguasai Ottoman pada 1412 Mustafa telah dibebas dan mendapat perlindungan Raja Byzantine dengan berlindung di Thessaloniki. Mehmed bertindak datang meminta Mustafa diserahkan kepada beliau. Raja Byzantine memberi jaminan Mustafa akan terus berada dalam penjgaan beliau dan meminta Mehmed membayar sejumlah wang sebagai belanja urusan menjaga Mustafa.

Sebuah fortress binaan Ottoman di Crete, Greece [bina sekitar 1866-69]

Baca "Aptera Castle ancient Ottoman fortress, Crete". flickr - link.

- - - - -

 

Wednesday, January 20, 2016

Buku The Sons of Beyazid

 

Entri asal - geoab.

Period interregnum dengan perang saudara antara sesama anak Sultan Beyazid berlarutan selama sebelas tahun. Ada sebuah buku menulis tentang apa sebenarnya berlaku pada period 1402-1413. Buku “The Sons of Beyazid: Empire building and representation in the Ottoman Civil War of 1402-1413” terbitan Brill tahun 2007.

Folder: D 1 2019 bayezid timurlane.

Kandungan:

Introduction - The Battle of Ankara and its consequences.

1 The political landscape after Ankara, 28 July 1402 - Spring 1403.

2 Anatolia between Isa and Mehmed Celebi, Spring 1403 - September 1403.

3 Anatolia between Emir Suleyman and Mehmed Celebi, before March 1403 - June 1410.

4 Rumeli between Emir Suleyman and Musa Celebi, 1409? - Feb 1411.

5 The reign of Musa Celebi and the end of the Civil War, Feb 1411 - July 1413.

6 Narrative and legitimation in the Ottoman Civil War.

The Sons of Beyazid

– – – – –

Friday, January 15, 2016

Ottoman Period Interregnum 1402-1413

 

Entri asas - geoab.

Selepas kejatuhan Bayezid pada 1402 Ottoman berada dalam period interregnum. Dalam period ini berlakunya perang saudara sesama putera-putera Bayezid berebut kuasa memerintah wilayah Ottoman yang telah berpecah. Lima putera Bayezid bernama Mehmed, Sulayman, Isa, Musa dan Mustafa berperang sesama sendiri untuk mendiri kesultanan masing-masing.

Putera sulung bernama Mehmed menubuh kesultanan di Amasya. Manakala Sulayman menjadi Sultan Edirne memerintah wilayah Balkan. Isa mendapat kesultanan Bursa. Musa pula berjaya membunuh abang beliau Sulayman pada 1410mendapat kesultanan Edirne.

Baca "Age of Fatrah (Interregnum) for Ottoman State". Artikel Ahmed Akgunduz - osmanli org (link).

 


Pintu Gerbang Masuk Karadeniz Technical Uni, Trabzon

Tempat Ortan Gokalp berkhidmat

- - - - -

Monday, January 11, 2016

Sultan Bayezid I dan Perang Ankara 1402

 

Entri asal - geop wp (link):

Satu lagi sejarah gelap dalam kerajaan Ottoman berlaku ketika pemerintahan Sultan Bayezid I. Beliau mula memerintah pada 1389 mengganti ayahnya (Murad I) yang terbunuh dalam Perang Kosovo. Pada 1402 berlaku Perang Ankara menentang tentera gabungan kuasa Kristian yang dipimpin Timur (atau Tamerlane). Pasukan Ottoman tewas dan Sultan Bayezid sendiri turut menjadi tawanan. Beliau telah dikurung dalam sangkar besi.

Turut menjadi tahanan adalah isteri Bayezid I bernama Despina Hatun. Nama asal beliau ialah Olivera Despina. Beliau adalah anak Raja Serbia, Lazar, yang terbunuh ketika perang Kosovo (bersama Murad I ayah Bayezid). Bayezid meninggal dunia pada 1403 pada usia 48 tahun. Bayezid dan isteri dikatakan mendapat layanan buruk sepanjang tahanan mereka. Turut menjadi tahanan ialah anak Bayezid bernama Mustafa Celebi. (wiki Bayezid).

Nota: ada pula catatan sejarah yang berbeza tentang layanan Timur terhadap Bayezid semasa dalam tahanan. Catatan menyebut Timur memberi layanan baik dan turut bersedih atas kematian Bayezid.

Setelah kewafatan Bayezid I kerajaan Ottomon terhenti tanpa pengganti untuk beberapa tahun. Sultan Ottoman berikutnya iaitu Mehmed I (anak keempat Bayezid I) di lantik pada 1413.

Masjid Besar Paris

- - - - -

Friday, January 08, 2016

Sebab Kekalahan Bayezid vs Tamurlane 1402

 

Entri asal - geoab.

Kejatuhan Bayezid akibat kekalahan di tangan Tamurlane dalam Perang Ankara pada 1402 amatlah memilukan. Bayezid yang mencapai berbagai kejayaan terutamanya Perang Nikopol tetiba boleh tewas dan lebih tragik menjadi tawanan pula kepada Tamurlane. Pasukan tentera Tamurlane memang jauh lebih besar berbanding Bayezid. Pasukan Bayezid pula ramainya askar di kalangan bangsa Serbian yang terpaksa diarah turut ke medan perang bila mana askar Muslim ramai yang menarik diri. Satu sebabnya mereka menarik diri adalah kerana enggan berperang melawan sesama Islam. 

Beberapa punca lain yang menyebabkan Bayezid kalah di tangan Tamerlane adalah:

1 strategi bijak yang diatur Tamelane di Lembah Cubuk

2 Menyekat bekalan air sehingga tentera Bayezid menderita dahaga kehausan

3 Sebahagian pasukan yang menyertai Bayezid berpaling tadah (mereka adalah kumpulan dari Aydin, Germiyan dan Mentese).

Ruang tidur sebuah penginapan Hung Hom

– – – – –

mm

mm

Sunday, January 03, 2016

Ottoman Beyazid I Berdepan Dengan Tamurlane 1402

 

Ottoman Beyazid menjdi sultan Ottoman pada period 1398-1402. Beliau menggantikan ayahnya, Murad I yang terbunuh ketika berperang di Kosovo. Beyazid I pada awal pemerintahan amat berjaya dalam usaha melebar wilayah kuasaan Ottoman. Antara yang dapat beliau kuasai ialah Karaman pada tahun 1397. Sebelum itu Karaman adalah di bawah tadbir seorang Beg Muslim. Selepas kejayaan tersebut Beyazid meneruskan pula usaha untuk cuba menawan Constantinople. Beyazid tidak menggunakan kekuatan senjata sebaliknya mengenakan sekatan kemasukan barang masuk ke Constantinople. Pasukan Beyazid melakukan sekatan tersebut bertahun lamanya sehinggkan Constantinople sudah hampir mengaku kalah.

Pada 1401 Beyazid menghentikan operasi Constantinople kerana adanya serangan oleh tentera Timurlane. Sebelum itu Timurlane telah membunuh anak Beyazid bernama Ertugurul selepas Tamurlane berjaya menawan wilayah Sivas pada tahun 1400. Beyazid berdepan Tamelane dalam Perang Ankara pada 1402 dan berakhir dengan kekalahan Ottoman. Bayezid pula menjadi tawanan Tamurlane dan Bayezid akhirnya mati selepas setahun dalam tahanan. 

Baca "Ten things you never knew about Timur; one of history's biggest monster". History collection 2018 - link

Lukisan menggambar Bayezid ketika dalam tawanan

Source: wikiwand - link.

- - - - -