Saturday, July 30, 2022

Ahmadiyya Pioneer America


Ahmadiyya tiba di Amerika sejak awak kurun ke-20.

https://www.alhakam.org/the-untold-story-of-black-muslims-in-america-pioneering-africanamerican-ahmadi-muslim-converts-chicago/

Artikel ini pula the role of ahmadiyya movement in khasmir

https://www.brownpundits.com/2019/12/21/the-role-of-the-ahmediyya-movement-in-kashmir/

List of buildings

https://en-academic.com/dic.nsf/enwiki/10708551

Komuniti Ahmadiyya agresif membina masjid di merata negara Eropah. Design nya juga nampak terancang (ahmadiyya - link).

Baitur Raheem, Alken Belgium

- - - - -

Tuesday, July 26, 2022

Masjid Ahmadiyya Nagoya


Selain Tokyo dan Kobe ada pula laporan menyebut sebuah masjid di Nagoya Jepun. Namun laporan juga memetik ia dibangun oleh golongan Ahmadiyya.

Baca mm - link.

Mula di buka pada Nov 2015

- - - - -

Wednesday, July 20, 2022

Politik Awal Sarawak - Parti Machinda (1964-67)


Semasa awal penubuhan Malaysia parti politik Sarawak mengalami berbagai perkembangan. Salah satunya adalah penubuhan sebuah parti nama Machinda. Nama tersebut adalah gabungan Malay, Chinnese dan Dayak. Machinda ditubuh sebagai respon usaha Umno mengatur politik Sarawak. Umno berpakat dengan parti Panas dan Barjasa. Beberapa tokoh Panas keluar parti kerana tidak bersetuju dengan penglibatan Umno di Sarawak.

Machinda dipimpin oleh Michael Burma sebagai Pengerusi. MB merupakan pemimpin kaum Dayak. Tokoh pimpinan lain Machinda adalah Leong Ho Yuen (asalnya PANAS kemudian keluar parti), Yeo Cheng Ho yang keluar SUPP kerana bimbang parti tersebut menjadi militan. Tokoh keempat adalah Senawi Sulaiman juga dari PANAS.

Machinda hanya bergerak dari period 1964-1967. Machinda merupakan sekutu yang rapat dengan Lee Kuan Yew. Apabila Singapura keluar dari Malaysia maka Machinda seolah hilang punca dan terus berkubur.

Baca Machinda (wiki - link).

Michael Burma berucap di sebuah perjumpaan Machinda

sumber: archives spore - link

- - - - -

Sunday, July 10, 2022

Cheah Boon Keng - Social Conflict 1945-1946


Akademia sejarah Cheah Boon Kheng dikenali ramai melalui banyak buku yang beliau terbitkan. Pencarian di sumber online menemui kajian tesis beliau yang bertajuk "A contest for post-war Malaya: social conflict August 1945 - March 1946". Kajian selesai pada tahun 1978 di anu Canberra dengan seliaan oleh Anthony Reid. Tebal 458 m/surat.

Kandungan:

Malaya before 1942; The social impact of the Japanese Occupation of Malaya 1942-1945; The MCP and the anti-Japanese movement; Ibrahim Yaacob and the Malay Independence Movement; The post-surrender interregnum Aug 15 - Sept 12, 194; The MPAJA Guerillas take over; Kiyai Salleh and the Sabilillah Movement - May to August 1945;The MCP/BMA/Malay conflict.

Sumber: anu - link.

Sebuah buku oleh Cheah Boon Kheng

source: asia art archieve (link)

Beberapa tesis lain berkait Malaya (link). 

Baca tentang sejarah proses kemerdekaan - bspot (link) dan fb 446 (link).

- - - - -

Wednesday, July 06, 2022

Mogok Pekerja Sebelum Darurat 1948


Artikel HLL menyenarai beberapa gerakan penentangan dan mogok oleh kaum pekerja selepas sekitar period awal penubuhan PKM. Penubuhan PKM di Malaya adalah pada 30 April 1930. Antara mogok yang diadakan adalah;

Mogok oleh kalangan tukang kasut Kuala Lumpur pada 30 Disember 1933. Mogok oleh kalangan tukang jahit Kuala Lumpur pada 8 Januari 1934. Mereka menuntut naik gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja.

Mogok oleh pemandu lori Penang pada 10 Oktober 1934. Mogok kerana pengurangan kadar bayaran muatan dari 60 sen kepada 50 sen.

Mogok pekerja Cina lombong besi Sri Medan Batu Paahat pada 16 September 1935. Mereka menuntut kenaikan gaji. Mereka berjaya mendapat kenaikan 20%.

Mogok menuntut naik gaji pekerja kilang getah Sham Yip Leung, Kelang Selangor pada 6 hingga 15 Januari 1937. Mereka berjaya mendapat kenaikan gaji 7.5 ke 30%.

Mogok pekerja terompah di Seremban pada 1 Mei 1937. Hasilnya mereka mendapat kenaikan gaji 10%.

Lombong bijih besi Sri Medan

sumber: fb (link)

- - - - -

 

 

Saturday, July 02, 2022

Tokoh PKI dan Period Awal PKM 1920-an


Artikel oleh HHL menyebut bahawa fahaman komunis mula dibawa masuk ke Malaya pada 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT). Menjelang tahun 1924 cawangan KMT telah ditubuhkan hampir di setiap negeri. Komunis juga bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan tertentu, penerbitan akhbar dan sekolah Cina.

Fahaman komunis di Malaya turut tersebar melalui pemimpin komunis Indonesia. Antara mereka adalah Tan Malaka dan Hasanoesi yang keduanya pernah sampai ke Penang. Pada 1926 dua pemimpin komunis Boedisoejitro dan Sutan Perpatih singgah di Penang dan sempat menubuh kelab di Seberang Perai.

Catatan artikel "Suasana Di Tanah Melayu pada zaman darurat 1948-1960: Satu Tinajuan". buku sejarah pembinaan negara bangsa page 193.

Tan Malaka (1897-1949)

Baca "Mengapa Tan Malaka Seperti Dilupakan Oleh Bangsa Indonesia ". bearita 2022 (link).

"Why was Tan Malaka killed by the Indonesian Army? " quora - link.

- - - - -