Monday, August 28, 2023

Tokoh Terpaling Polyglot


Kita sambung sedikit tentang polyglot. Bagi memboleh digelar sebagai polyglot seseorang perlu menguasai sekurangnya empat bahasa. Suatu yang mungkin sukar bagi sesetengah kita. Namun ramai yang boleh masuk dalam kelompok polyglot mengetahui empat bahasa mahu pun lebih. Dalam ramai kalangan polyglot siapakah yang terpaling ployglot dan berapa banyak bahasakah yang mereka kuasai? Kalau kita buat pencarian (atau google) akan tersenarai ramai mereka yang terpaling polyglot. 

Antaranya adalah Emil Krebs (1867-1930) yang digelar sebagai King of the hyperpolyglots. Beliau dikatakan boleh bertutur dan menulis dalam enam puluh lapan bahasa.  

Bagi yang suka merujuk senarai guiness world records tercatat di sana nama Ziad Faza sebagai terpaling polyglot. Ziad menguasai lima puluh lapan bahasa termasuk bahasa Melayu. Ziad berketurunan Arab Lebanon lahir di Liberia pada 1954. Kini menetap di Brazil.

Cuba cari pula catatan/info mengenai polyglot di kalangan cendekiawan Islam silam. Akan kita temui nama seperti Al-Biruni dan Al-Farabi. Al Biruni boleh berbahasa Khwarezmian, Persian, Arabic, Sanskrit, Greek, Hebrew dan juga Syriac. Manakala Al-Farabi kuasai tujuh puluh bahasa.

Ziad Fazah (b.1954)

- - -

Emil Krebs - King of the hyperpolyglots

sumber: the morning news (link)

- - - - - 

Thursday, August 24, 2023

Apa Makna Polyglot?


Polyglot adalah mereka yang punyai kebolehan dan kemampuan menguasai berbagai bahasa. Banyak manakah bahasa yang perlu kita kuasai untuk menjadi polyglot?

Petikan what is a polyglot? (link):

The term “polyglot” is often used to describe people who can speak more than three languages. If you speak two languages you're bilingual, if you speak three you're trilingual. If you speak more, you may be considered a polyglot.

Thai Smile Boat Bkk

- - - - -

Tuesday, August 15, 2023

History UM Foreign Scholars


Pada awal penubuhannya Jabatan Sejarah UM didatangi oleh penuntut pasca ijazah dan scholars dari luar negara. Mereka adalah - Jim Scott, bidang politik dari Yale 1963-1966. Cynthia Enloe juga bidang politik dari Berkeley (196-1966. Clive Kessler bidang antropologi dari LSE 1968-1969. Juga Anthony Reid dari ANU 1970 kemudian ke Yale pada 1973.


- - - - -

Wednesday, August 09, 2023

Pemimpin Cina Parti Berjaya


Bagi mendapat sokongan lebih mantap bagi menubuh Parti Berjaya rundingan turut diada dengan pemimpin politik Cina Sabah. Mere adalah Yee Pau Tze, Datuk Li Chung Thing Voo, Lim Guan Seng, Yap Pak Leong, Chong Thein Vun dan Joseph Wong.

Catatan sejarah berjaya pg 19.


Tak pasti

- - - - -

Saturday, August 05, 2023

Tokoh Merunding Penubuhan Berjaya 1975


Catatan pg 18 buku sejarah Berjaya.

Pada Jun 1975 berlaku perundingan melibatkan sebilangan tokoh politik Sabah. Mereka adalah pemimpin politik Sabah yang menentang TD Mustapha. Perundingan diadakan di pejabat Donsons, Bangunan Natikar milik keluarga Tun Fuad. Mereka yang hadir adalah Tun Fuad, Harris Saleh, Ghani Gilong, Peter Monjuntin, Mohd Noor Mansoor, Haji Ampung Puyun, Chong Thein Vun, Darius Binion, Suffian Koroh dan Ayub Aman.



- - - - -

Wednesday, August 02, 2023

Ayub Aman Dan Berjaya Sabah


Catatan buku Sejarah Parti Berjaya terbitan 201 m/s 15.

Parti Berjaya Sabah pada awal penubuhannya telah mendapat sumbangan dan dokongan oleh Ayub Aman. Beliau merupakan tokoh politik Sabah yang pada ketika itu menentang pimpinan Datu Mustapha. Ayub Aman bersepupu dengan isteri Harris Saleh. Ayub Aman tidak berpuas hati dengan Datu Mustapha yang membiarkan beberapa orang kanan mengguna kuasa menangkap rakyat sesuka hati atas nama Datu Mustapha. adalah saudara sepupu kepada isteri Harris Saleh.

Keluarga Aman dalam politik Sabah - Ayub, Anifah (Presiden Parti Cinta Sabah - tubuh pada 2013), Musa dan kini Yamani Hafez bin Musa (MP Sipitang) dan Annuar bin Ayub.

Baca The Aman Family saga: Sabah's influential siblings kick of a fresh political game. press reader 2020 (link).

Sembang semasa dengan Ayub Aman. muram bs 2019 (link).

Sebuah kedai makan halal di Pak Chong Thailand

- - - - -