Monday, November 23, 2020

Segala Mengenai Kosmos dan Universe

 

Bagi yang meminati subjek tentang kosmologi ada sebuah laman khusus yang dibangun iaitu "The Physics of the Universe" (link). Berbagai aspek mengenai topik kosmologi dimuat di laman berkenaan. Turut dimuatkan ialah info mengenai Universe.

Antara topik yang ada ialah para saintis yang terlibat mengkaji tentang kosmologi. Salah seorangnya ialah George Gamow (1904-1968). Gamow mendapat pendidikan awal di St Peterburg Uni (pada asalnya nama Leningrad Uni). Baca tentang Gamow - american inst of physics (link).

 

St Petersburg State Uni [est.1724]

(source - link)

- - - - -

Thursday, November 19, 2020

Pembangunan Teleskop Observatori dan Kosmologi

 

Pada awal kurun kedua puluh, dua perkembangan penting telah menggerak usaha memajukan bidang kosmologi. Dua perkembangan tersebut ialah kejayaan merekabentuk dan membina teleskop besar dan menerbitkan teori kosmologi oleh pakar saintis Jerman, Albert Einstein.

Usaha pertama iaitu merekabentuk dan membina teleskop dipelopori oleh beberapa tokoh. Antaranya ialah George Ellery Hale (dari Chicago), Harlow Shapley (Harvard) dan dua pencerap ternama iaitu Vesto Slipher (Lowell) dan Edwin Hubble (Mount Wilson). Hale membina dua buah observatori besar di Amerika.

Dalam usaha membangun teori kosmologi pula tokoh yang terkedepan ialah  Einstein (Jerman), Arthur Eddington (Cambridge), Willem de Sitter (Holland) dan Georges Lemaitre (Belgium).

Lanjut Resorts

- - - - -

Saturday, November 14, 2020

Teleskop Observatori Awal Britain dan Teknik Spectroscopy

 

Sejarah penggunaan teleskop observatori untuk tujuan astronomi di negara Barat bermula agak lewat. Seorang ahli perniagaan di Britain, Edward Crossley, telah membina sebuah teleskop reflektor besar. Beliau meminati astronomi dan telah mengupah seorang kontraktor Andrew Common untuk membina teleskop tersebut pada 1885. Apabila siap Crossley gagal melakukan cerapan dengan teleskop beliau kerana halangan cuaca hujan dan juga adanya pencemaran udara kesan kilang perusahaan. Crossley kemudiannya mendermakan teleskop tersebut kepada Lick Observatory di California. Teleskop tersebut dipasang di punvak Mount Hamilton.

Pada 1856 seorang astronomer amatur British, William Huggins, membina sebuah observatori peribadi di Tulse Hill, South London. Huggins berjaya mengguna teknik spectroscopy kepada objek celestial dan dapat mengkaji spektrum bagi planetari nebula bagi constellation Draco.

Teknik steroscopy selanjutna telah diperkembang oleh Henry Draper di New York. Draper dikenali sebagai pengasas kepada teknik astrophotography. Henry Draper meninggal dunia pada usia 45 tahun. Balu beliau telah meneruskan usaha Draper dengan menubuh Henry Draper Fund bagi membiayai pembinaan Harvard Observatory di Harvard. Institusi tersebut kemudiannya terkenal sebagai institusi ternama dalam bidang stellar spectroscopy. 

Foto pada Feb '19

- - - - -

Monday, November 09, 2020

Tokoh Astronomi Period Selepas Newton - William Herschel

 

Beberapa nama yang disebut dalam buku universe dan sumbangan mereka:

William Herschel (b.1738 - Hanover) - ahli astronomi amatur yang berjaya menemui planet Uranus. Dia juga telah membuat sejumlah sekitar empat ratus buah teleskop. William Herschel sering melakukan cerapan astronomi dengan ditemani adik/kakak beliau Caroline Herschel. Mereka berjaya menemui lapan komet dan tiga nebulae. Mereka juga berjaya memperbaiki jadual bintang yang sebelumnya diusahakan oleh John Flamsteed (Astronomer Royal pada period Newton).


Masih sekitar Osaka

- - - - -

Thursday, November 05, 2020

Tokoh Universe dan Kosmologi Selepas Newton

 

Nama Newton memanglah tidak asing bila kita berbicara tentang universe dan kosmologi. Namun selain beliau ada lagi beberapa tokoh yang nama mereka tidak femes sebagaimana Newton mahu pun Einstein. Mereka adalah;

Abbe Georges Lemaitre (d.1966) kelahiran Belgium. Beliau diiktiraf sebagai a pioneer in the application of the field equations to the field of cosmology. Beliau belajar civil engineering di Catholic Uni of Leuven. He is also remembered for his discovery of cosmic microwave background radiation.

Alexander Friedman - Russian cosmologist and mathematician. Beliau graduan St Petersburg State Uni pada 1910. Pernah bertugas sebagai pengarah di Main Geophysical Observatory, Leningrad pada 1925. Beliau meninggal dunia pada Sep 1925 ketika usia muda 37 tahun kerana serangan typhoid ketika bercuti di Crimea.

Arthur Eddington lulus BSc in Physic 1st Class pada 1902. Beliau menyambung pengajian matematik di Cambridge dan memperolehi BA pada 1905. Mula bertugas di Royal Greenwich Observatory pada 1906. Pada 1912 menjadi professor astronomy di Cambridge Uni mengganti George Darwin (anak kepada Charles Darwin).


View laut sekitar Osaka 

- - - - -

Sunday, November 01, 2020

Isaac Newton (1642-1727)

 

Bila membicara tentang universe nama Isaac Newton pastinya akan disebut. Isaac lahir pada 1642 di sebuah pekan kecil, Lincolnshire. Jauhnya sekitar 116 batu jauh di luar London dan mengambil masa hampir 3 jam dengan kereta.

Pada tahun 1661 Newton memasuki Trinity College, Cambridge Uni dan beliau belajar matematik dan memperolehi BA pada 1665. Pada tahun tersebut juga berlaku wabak penyakit 'Great Palgue' di London. Akibatnya universiti ditutup selama dua tahun.

Newton pulang ke rumah kelahiran beliau dan belajar sendiri sepanjang tempoh tersebut. Dalam tempoh tersebut Newton menemui beberapa perkara. Antaranya adalah - the binomial theorem, different calculus, theory of colors (in optics) dan dua hukum pergerakan (law of motions in mechanics).

Pada 1667 universiti dibuka semula dan Newton kembali ke Cambridge dan dilantik sebagai fellow di Trinity College. Pada 1669 beliau dilantik professor matematik mengganti Isaac Barrow. Salah satu kejayaan besar Newton ialah menerbit buku Principia pada 1687. Principia ditulis dalam bahasa Latin, sukar difahami dan penuh dengan argumen geometri yang panjang. Voltaire telah membantu ramai orang untuk memahami Principa dengan menulis semula dalam versi yang mudah difahami pada 1736.

Newton meninggal dunia pada 1727 dan beliau dikebumi di Westminster Abbey. Tokoh lain yang dikebumi di WA ialah Darwin dan Stephen Hawkins.

Isaac Newton sezaman dengan dua tokoh saintis iaitu Robert Hook dan Edmund Halley (d.1742). Newton tidak begitu menyukai Hooke. Hal tersebut berlaku kerana Hooke pernah memberi komen atau menanya sesuatu ketika Newton memberi syarahan dalam satu majlis Royal Society. Tajuk syarahan Newton bersangkutan dengan cahaya atau optik. 

Halley mula berkomunikasi pada 1684 dalam satu pertemuan saintifik. Halley bekerja sebagai Astronomer di Royal Greenwich Observatory. Turut bersama dalam meeting besar tersebut ialah Hooke dan seorang arkitek bernama Christopher Wren.

 
Woolsthorpe Manor (source - wiki)

Rumah kelahiran Newton yang kini dijadi museum

- - - - -