Sunday, October 25, 2015

Ertugrul, Osman Gazi, Sultan Seljuk dan Ottoman

 


Penubuhan kerajaan Ottoman bermula dengan pengiktirafan Osman Gazi sebagai pemimpin atau sultan pertama. Bapa Osman Gazi bernama Ertugrul yang merupakan ketua kepada kaum Kayi yang bertapak di Sokut, Turki. Nama penuh beliau ialah Ertugrul bin Gunduz Alp. Tiada pula info atau sumber bacaan yang menyebut tahun kelahiran Ertugrul. Beliau berperanan besar ketika pemerintahan Sultan Seljuk Anatolia yang bernama Alaeddin Kaykubad (r.1220-1237). Pada tahun 1230 Ertugrul membantu Alaeddin berperang melawan Khawarezm Shah. Bantuan Ertugrul telah memberi kemenangan kepada Seljuk Alaeddin dalam pertempuran yang dinamakan Perang Yassicemen. Alaeddin menghargai bantuan Ertugrul dengan memberi wilayah Sokut untuk ditadbir oleh Ertugrul.

Ertugrul meninggal dunia pada 1281 dan diganti oleh anak beliau Osman sebagai pemimpin Kayi dan juga mentadbir wilayah Sokut. Pada 1284 Osman menerima watikah perlantikan sebagai emir Sakot. Menurut Mehmet dalam buku beliau m/s 10, watikah tersebut diberikan oleh Sultan Seljuk Alaeddin (r.1284-1307). Semacam ada keliru di sini kerana dalam senarai Sultan Seljuk Anatolia pada 1284 sultan memerintah ialah Giyaseddin Mesud (link). Jawapan kepada hal ini ialah kemungkin Alaeddin dan Giyaseddin berkuasa di wilayah yang berbeza.

Osman Beg atau Osman Gazi mencapai kemuncak gemilangnya pada 1288 apabila beliau berjaya melebar wilayah dan seterusnya membawa Islam ke Karajahisar. Sultan Giyaseddin amat bangga dengan pencapaian Osman dan memberi beliau hadiah penghargaan (baca geop – link). Pada tahun berikutnya 1289, Osman mengistihar kerajaan beliau berdiri bebas dari Sultan Seljuk yang ketika itu sudah pun di bawah Mongol.

Ertugrul dimakamkan di Sokut. Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II makam Ertugrul telah diperbaiki elok. Sejak itu makam tersebut dikunjungi oleh kaum setempat. Oleh kerana sambutan dari pengunjung semakin besar Sultan Abdul Hamid II telah memperlok kompleks makam Ertugrul serta menyedia rumah inap (atau Inn) untuk pengunjung.

ertugrul

Makam Ertugrul, Sokut

Baca “Resting place of Ertugrul Gazi”. Source: trip advisor – link.

Senarai Sultan Seljuk Anatolia sepanjang period 1077-1307 boleh baca di sini – link.

– – – – –

Entri sama geop wp 0421.

Tuesday, October 20, 2015

Ottoman Mehter Military Band

 

Pada awal lantikan Osman Gazi sebagai emir Sokut beliau menerima berbagai hadiah dari para pembesar termasuk dari Sultan Seljuk, Sultan Giyaseddin Mesud. Pada 1288 sebaik Osman berjaya menawan dan membawa wilayah Karajasihar kepada Islam Sultan Giyaseddin telah menghadiah Osman sebuah bendera, tug, drum, trompet, jubah dan juga seekor kuda. 

Sebaik hadiah tersebut tiba Osman mengarah drum dan trompet tersebut dimainkan. Sejak menerima drum dan trompet tersebut Osman kemudiannya telah menambah lagi drum dan trumpet dengan bilangan banyak dan menubuhkan pasukan band militari yang dipanggil mehter. Penubhuhan band militari ini kemudiannya ditiru oleh para militari negara Eropah.

Baca "Mehter military band and Alla tuca style: Ottoman impact on European music. Source: daily sabah - link.

"Ottoman empire's military band - mehter takimi". Source: bigloveturkey - link.

Catatan - mehmet page 15.


Band militari - Mehter

- - - - -

Thursday, October 15, 2015

Makam Syeikh Edebali (d.1326)

 

Seyikh Edebali meninggal dunia pada 1326. Beliau dimakamkan di pusara yang dibina khas di Bileyik, Turki. Ada yang eja Bilecik ada juga Bilezik. Sebuah wilayah bersempadan dengan Bursa. Jauhnya dari Istanbul 200km mengambil masa lebih tiga jam perjalanan.

Ibnu Batuttah (1304-1369) pernah melawat Anatolia pada sekitar 1336 iaitu pada period Osman Gazi dan Syeikh Edebali. Ibn Batutta menyaksikan bagaimana Anatolia berkembang maju sejak berada di bawah Seljuk. Turut berperanan ialah pertubuhan atau kumpulan gerakan Akhiyye yang dipimpin oleh Syeikh Edebali. Akhiyye merupakan lanjutan dari gerakan Futuwwah yang aktif pada period Abbasid An-Nasir li-Din Allah. [dari buku mehmet m/surat 13].


Bangunan Makam Edebali (source: tour link)


Pusara Syeikh Ebedali (source - link)

- - - - -

Tuesday, October 13, 2015

Artikel Osman I - father of kings

 

Osman Koprulu (d.1326) adalah pengasas kerajaan Ottoman. Seorang pengarang buku, Fuad Koprulu (1890-1966, entri) tegas dengan pendirian bahawa Osman Gazi berasal dari puak Kayi. Pada awal kurun ke13 puak Kayi telah lari keluar dari kampung halaman mereka  di wilayah Asia Kecil kerana serangan oleh tentera Mongol. Mereka lari dan berlindung di Anatolia yang ketika itu di bawah Sultan Seljuk Rum.

Pada 1286 pasukan tentera Osman Gazi mara masuk menyerang wilayah Byzantine Kulacasihar dan berakhir dengan kejayaan. Berikutnya, pasukan Osman berjaya pula menawan Bilecik, Yarsihar dan Inegol. Selepas berjaya menawan Inegol Osman Gazi bertindak mengarah tekfur (city governor) berkenaan di bunuh. Osman bertindak keras kerana tekfur Inegol sering membunuh warga Muslim di wilayah jiran.

Pada sekitar 1288 atau 1289 Osman mengisytihar kerajaannya berdiri sendiri bebas dari kesultanan Seljuk. Period inilah dikatakan bermulanya penubuhan kerajaan Otttoman.

Pada 1302 Sultan Seljuk Alaeddin Kaykubad III (1298-1302) telah diarah bunuh oleh pemimpin Mongol Ilkhan Mahmud Ghazan. Ilkhan Mahmud diganti pula oleh Ghiyatuddin Mas'ud sehinggalah pemerintahan Seljuk berakhir pada 1307.

Osman Gazi meninggal dunia pada 1326 iaitu tiga atau empat bulan selepas kematian ulama Syeikh Ebedali. Dua bulan selepas kematian Osman isteri beliau Malhun Hatun pula meninggal dunia.

Catatan bacaan artikel "Osman I - father of kings". Terbitan wiki journal of humanities. 17 pages.

Folder: DT50 1 2021 tesis edin.


Penempatan Osmangazi, koyta Bursa (wiki)

- - - - -

Friday, October 09, 2015

Ottoman Osman Gazi (r.1289-1326)

 

Osman Gazi lahir pada 1255 di Sokut. Pada 1284 Osman telah menerima watikah lantikan (a sultan decree) dari Sultan Seljuk, Sultan Alaeddin (r.1284-1307) sebagai pemerintah atau emir Sokut. Ketika itu pemerintahan Sultan Alaeddin Seljuk berpusat di Konya Turkey.

Osman Gazi pada awal kemasyhurannya rapat dengan guru beliau Syeikh Edebali (1206-1326) yang juga seorang ulama besar serta tokoh sufi. Edebali mengahwinkan anak perempuan beliau dengan Osman. Isteri Osman dikenali dengan nama Maltun Hatun (d.1323 - wiki). 


Masjid Alaeddin, Konya [siap dibina pada 1235]

source - wiki ; mosque wp (link)

- - - - -

Monday, October 05, 2015

Sebutan Ottoman Empire - or is it Devlet?

 

Antara poin yang dibincang awal oleh Mehmet dalam buku beliau (entri) ialah tentang sebutan Empayar Ottoman. Menurut Mehmet pengkaji dan penulis Barat memanggil kerajaan Ottoman sebagai Ottoman Empire. Mehmet menegaskan perkataan empayar dalam menamakan kerajaan Ottoman tidak tepat. Sumber asal yang ditulis oleh warga Turki memanggil kerajaan mereka sebagai Delvet. Dalam sumber Osmanli ia disebut sebagai Devlet-i Aliyye-yi Osmaniyye (kalau diterjemah = Sublime Osmanli Devlet). Ada juga menulis sebagai Devlet-i Seniyye (kalau diterjemah = Splended Devlet).

Ottoman Empire sebagai nama adalah tidak tepat kerana ia menggambarkan kerajaan Ottoman unfriendly attitude. Mehmet juga menyebut perkataan empire sebagai does not suit at all the Osmanli sociopolitical structure. Sebaliknya secara sosiopolitik kerajaan Osmanli tidak mengamalkan racism dan bukan juga nasionalism. Sebagai contoh, ramai pentadbir Osmanli seperti sadrazams dan vezirs (wazir atau menteri) yang terdiri dari bukan berbangsa Turki. Sadrazams adalah ketua kepada vezirs (seakan Perdana Menteri).


Kampus Osmangazi University,  Eskisehir

[source - link]

- - - - -