Wednesday, September 30, 2020

Membaca Tentang GAH

 

Beberapa hari lepas diluang masa untuk membaca sebuah buku tentang autobiografi KA. Antara perkara yang disentuh dalam tulisan beliau adalah pandangan tentang hadis. Satu implikasi dari pandangan KA tersebut maka wujudlah satu entiti dipanggil Gerakan atau Gabungan Anti Hadis (GAH).

Beberapa catatan tentang GAH.

GAH dikenali juga dengan beberapa nama seperti Mungkir Sunnah, Firqah Inkar as-Sunnah dan Quraniyyun. 

Berdasarkan sebuah artikel Yadim (link) golongan GAH terbahagi kepada tiga kategori yang berdasarkan kepada pegangan mereka iaitu;

i. golongan yang sememangnya bermatlamat menghancurkan Islam,

ii. golongan yang hanya memadai dengan berpegang kepada al-Quran sahaja, dan

iii. golongan yang menerima hadis tertentu tetapi menolak sebahagian yang lain kerana mneurut hawa nafsu dan logik akal semata-mata

 Suasana menuju tempat melontar Mina

 - - - - -

Saturday, September 26, 2020

Pembesar Melaka Khianat Bantu Portugis

 Sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sering dibincang oleh para sejarawan. Antara faktor kejatuhan tersebut adalah angkara khianat yang dilakukan oleh para pembesar Melaka. Para pembesar yang terlibat adalah Raja Mendaliar (beliau memegang jawatan Syahbandar), Nina Sura Dewana (seorang ketua atau kepala saudagar), seorang pengkhianat bernama Si Kitul, Naina Chatu (saudagar kaya Hindu), Utimuturaja (pemimpin Jawa). Turut memain peranan khianat adalah para saudagar China.

Raja Mendaliar adalah berketurunan Keling peranakan India Singapura. Nina Sura Dewana pula adalah seorang saudagar yang sering menghantar wang suap kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Peranan Si Kitul (seorang lagi Keling) adalah memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara dan akibatnya jatuhnya Melaka. 

Baca fb aku melayu (link).

 

Gerbang Jonket Street

- - - - -

Sunday, September 06, 2020

Usaha Tiga Tokoh Membangun Roket - Tsiolkovskiy, Oberth dan Goddard


Ada tiga nama besar yang dikaitkan dalam usaha untuk mencipta roket Mereka adalah Konstatntin Tsiolkovskiy, Hermann Oberth, dan Robert Goddard. Peribadi Tsiolkovskiy dikatakan sebagai suka menyendiri atau reclusive (i.e., makna recluse atau reclusive ialah a person who avoid others and lives alone). Usaha mereka untuk mencipta roket telah bermula sejak penghujung kurun ke-19. 

Usaha dimulakan Tsiolkovskiy pada 1895. Beliau paling awal menulis mengenai tajuk roket. Tsiolkovskiy mengetengahkan idea tentang penggunaan liquid-propellant sebagai mengganti solid-propellant rocket. Kelebihan roket menggunakan enjin liquid atau fluid-propellant adalah ianya mudah dikawal, throttled (atau ada kawalan pendikit), mudah di matikan (turned off) dan dihidup semula (turned back on). Contoh liquid fuel adalah hidrogen. Berat molekul hidrogen adalah ringan maka ini boleh membantu melajukan roket.

Oberth pula menyumbang kepada usaha mencipta roket bila mana beliau menerbitkan buku Ways to space travel pada tahun 1929. Buku tersebut merupakan edisi lanjutan kepada buku awal beliau The rocket interplanetary space yang terbit pada 1923.

Manakala Robert Goddard pula merupakan tokoh yang memberi sumbangan paling besar. Beliau merupakan orang pertama berjaya melancarkan roket dengan enjin liquid-propellant. Eksperimen tersebut beliau lancarkan dengan jaya pada March 16, 1926 di Auburn, Massachusetts.

Source - page 4,5 buku "From Airport to Spaceport".


Sebuah hasil arkitektur menarik LDN

 - - - - -

Wednesday, September 02, 2020

Tokoh Penyumbang Pembangunan Roket 2

Berikut sedikit sambungan catatan mengenai usaha awal dalam membangun roket. Antara tokoh yang dikaitkan dengan usaha tersebut adalah:

1. Max Valier - meninggal dunia pada 1930 kemalangan tragik susulan usaha eksperimen roket.

2. Hermann Oberth - ahli fizik kelahiran Rumania. In 1912 he studied medicine at Munich Uni. Then work in army during the first world war. After the war Oberth continued his study but this time in mathematics and physics. He submitted his thesis in 1922 but was rejected by his supervisor. Oberth anyway published his work. Valier started communicate with Oberth in 1924.

3. Fritz von Opel, owner of Opel automobile industry funded Valier experiment on rocket using Opel as vehicle powered by rocket. The vehicle is named Opel-Sander Rak 1.

4. Alexander Lippisch, a sail-plane designer joined the experiment team in 1928.

Baca "Tokoh penyumbang pembangunan roket 1" (link).


LDN

- - - - -