Monday, March 29, 2021

Is China Lovin' McD

Read the paper here - acrc.
 
 
A McDonalds in Shenzen (thatsmags - link)
- - - - -

Friday, March 26, 2021

Buku The Lie That Wouldn't Die (2005)

 

Sebuah buku terbitan tahun 2005 yang juga membincang tentang Protocol of Zion. Buku bertajuk "The Lie That Wouldn't Die". Judul buku adalah sama nada dengan buku Eric Bronner "A rumor about the Jew" - seperti entri sebelum ini (link). Buku ditulis oleh Hadassa Ben-Itto, seorang wanita Jew. Hadassa menyebut bahawa seluruh famili beliau terbunuh dalam peristiwa Holocaust. Tanpa diketahui di mana kubur mereka. Hadassa merupakan seorang peguam terkemuka dan juga seorang hakim.

Dalam preface buku Hadassa ada petikan berikut:

Her material is largely based on the records of one of the trials that should have indelibly [unable to be forgotten] and permanently labelled the Protocols forgery. But, there is nothing turgid in her account.

Note: turgid = tediously pompous = showing in arrogant way that you have a high opinion of yourself.

Cover buku The Lie That Wouldn't Die

Folder: D 1 2020 DeGruyter.

- - - - -

Sunday, March 21, 2021

Buku A Rumor About the Jews (2019)

 

Beberapa hari kebelakangan pembacaan banyak ditumpukan kepada tajuk mengenai Yahudi, Freemason dan seangkatannya. Minat tercetus kerana kehangatan media mengulas tentang serangan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dalam bulan Ramadan lalu. 

Ada sebuah buku bertajuk "A Rumour About the Jews: Conspiracy, Anti-Semitism and the Protocol of Zion". Buku ditulis oleh Stephen Eric Bronner terbitan sebuah penerbit ternama, Palgrave MacMillan mm pada 2019."  Stephen Bronner bertugas di Dept of Political Science, Rutgers University, New Brunswick NJ.

Folder: D 1 2020 DeGruyter.

Petikan (palgrave - link):

In its portrayal of Judaism as a worldwide conspiracy dedicated to the destruction of Christian civilization, the Protocols of the Learned Elders of Zion remains one of the most infamous documents ever written. Despite being proven a crude forgery, the pamphlet managed to pervade twentieth-century thinking, often being twisted to suit its handlers' purposes, and to justify the most extreme persecution of the Jews. In A Rumor About the Jews, Stephen Eric Bronner provides a history of this notorious fabrication - one which has renewed salience in a “post truth” society dominated by “fake news" - and explores its influence on right-wing movements throughout the twentieth century and the ongoing appeal of bigotry. This new edition of Bronner's 2000 classic (described by Kirkus as "the best short book on anti-Semitism") expands the arguments of the first edition, bringing the work up to date in a new political context.

Second Edition (2019)

 

First Edition (Oxford U Press, 2003)

- - - - -

Sunday, March 14, 2021

Akhbar Prince of Wales Island Gazzette 1805

 

Antara akhbar paling awal terbit di Malaya ialah Prince of Wales Island Gazzette. Akhbar berbahasa Inggeris ini terbit di Pulau Pinang pada 1805. Maklumat tentang sejarah akhbar di Malaya boleh baca dalam sebuah tesis "Penerbitan elektronik dan penerbitan konvensional: perbandingan antara akhbar dalam talian dengan akhbar cetak".

Baca Bab 2 tesis tersebut (Link).

Baca juga "Penang is home to many of Malaysia's earliest English newspaper". wongchunwai - link.

Argus Lane Penang

[First English paper, TPofWIG was first published in a house somewhere along Argus Lane in 1807]

"Akhbar pertama Asia Tenggara - TPWIG". publishing state - link.


Sebuah iklan dalam akhbar PoWIG, 1808


sumber: quiz - link

- - - - -

Saturday, March 06, 2021

Tesis Wien - Islam, Roman dan Byzantine 7th 10th Centuries

 

Kurun ke7 hingga kurun ke10 merupakan period pertembungan di antara Islam dan  Barat khususnya Rom dan Byzantine. Sebuah tesis "Seeing eye to eye: Islamic universalism in the Roman and Byzantine worlds, 7th to 10th Centuries". Tesis phd Wien University tahun 2010. Tebal 225 m/surat.

Kandungan:

Empires - farewell to Syria; Submission; Holy War?

Borderland - Saints, Warriors, Saviours; The visible and the unvisible; Preliminary observations when does history become history?;  mm

Commonwealths - cultural capitals; renewals; mission.

Conclusions.

Folder: DT50 tesis phd islam.


 Vienna Central Mosque

Baca "Masjid Islamic Center Wien Terbesar di Austria". republika 2016 - link.

- - - - -

Tuesday, March 02, 2021

Muhammad Ali Pasya Tokoh Mesir vs Hijaz (1805-1848)

 

Nama Muhammad Ali Pasya atau Mehmed Ali merupakan seorang tokoh pembesar Mesir sekitar awal kurun ke19. Beliau dilantik sebagai Gabenor Mesir dari 1805-1848 iaitu pada period Ottoman telah semakin melemah. Period 1801-1805 Mesir dikatakan sebagai Zaman Keemasan (Golden Age) kepimpinan ulama yang berpusat di al-Azhar. Para ulama Azhar mencalun dan mengetengahkan Muhammad Ali untuk dipilih ke jawatan Gabenor Mesir. Lantikan beliau pula diiktiraf kemudiannya oleh Sultan Mahmud II Ottoman (r.1808-1839).

Muhammad Ali Pasya bercita besar untuk menakluki lebih banyak wilayah melalui dasar imperialisme. Pada 1807 beliau mula menghantar pasukan yang dipimpin anak Muhammad bernama Ibrahim Pasya menyerang Hijaz. Kerajaan Hijaz waktu itu dipimpin oleh Muhammad bin Saud dan dibantu oleh gerakan Wahabi Muhammad bin Abdul Wahab Pertembungan di antara kedua pasukan menyaksikan  kemenangan Muhammad Ali Pasya pada 1811.Pada 1814 Abdullah bin Saud memimpin Hijaz mengganti Muhammad bin Saud. Kemenangan seterusnya dicapai oleh pasukan Ibrahim Pasya pada 1817. Akhirnya Hijaz mengaku kalah pada 1818 dan pemimpin mereka Amir Abdullah bin Saud dibawa ke Istanbul dan dihukum bunuh di sana. Abdullah sebagai peimpin Wahabi pernah bertindak memusnahkan makam Hussin bin Ali. Baca Abdullah bin Saud - wiki.

Selain perang dengan Hijaz/Wahabi (1811-18) pasukan Mehmed Pasya terlibat dengan perang di Sudan (1820-26) dan Perang Membebas Greek (1823-29). Mehmed bejaya dalam dua perang yang pertama namun gagal dalam yang ketiga.

Baca juga artikel "Egypt's finances and foreign campaigns 1810-1840". Source barcelona uni 2019 - link.


 

Masjid Amru bin al-Ash 

- masjid tertua Mesir dibina pada 640 atas arahan Umar Al-Khattab (kompas link)

- - - - -