Friday, March 29, 2019

Sejarah Chanoyu Tea dan Portugis


Membaca buku tentang sejarah imperialism teh tercatat bahawa teh mula diperkenal ke Eropah dan global sejak kurun ke-16. Tokoh sejarah yang membawa teh dari Asia Timur (China dan Jepun) ke Eropah adalah Francis Xavier. Beliau merupakan mubaligh yang dihantar ke merata ceruk Asia oleh kerajaan Portugis. Xavier berada di Jepun pada 1549 untuk tugas missionari. Turut sama dalam rombongan beliau adalah ahli mubaligh muda Joao Rodrigues yang telah sampai ke Jepun ketika berusia 9 tahun. Ketika di Jepun mereka telah bertemu dengan tea master Sen Rikyu dan diperkenal dengan istiadat tradisi minum teh dikenali sebagai chanoyu.

Isteri Sen Rikyu adalah antara warga Jepun yang awal menukar agama Kristian. Namun begitu Sen Rikyu tidak turut sama.

Note: Francis Xavier pernah datang dan berada di Melaka pada 1545. Selain Melaka beliau juga ke Borneo dan Pulau Moluku Indonesia.

Source asal buku A Thirst for Empire m/surat 31.



Joao Rodrigues - Portuguese sailor and warrior

Baca juga "Chanoyu and Christianity in the 16th century Japan". Link - tealife 2016.

"Tea ceremony as dialogical space: the Jesuit and the way of tea in early modern Japan". Link - boston 2008.

"Tea and Christianity". Link - crisismagazine 2012.


- - - - -

Labels:

Monday, March 25, 2019

Dinasti Safarid (862-1003)

 

Petikan asal (entri - geoab):

Sebuah lagi kerajaan yang wujud pada period Abbasid Baghdad adalah kerajaan Dinasti Saffarid yang memerintah di Timur Iran. Kerajaan Saffarid berpusat di Zanj (atau Zaranj, sebuah kota yang kini di Afghanistan). Saffarid diasas oleh Ya’qub bin Laiyth as-Saffar pada 861. Kemuncak yang membawa kejayaan Saffarid adalah pada period Abbasid al-Muktamid (r.870-892). Saffar bermakna tukang tembaga atau coppersmith. Ya’qub sangat amanah menjaga negara. Ketika meninggal dunia Ya’qub meninggalkan perbendaharaan yang banyak kepada negara. Baca wiki – saffarid.

Antara sejarah Saffarid adalah berjaya menewaskan Tahirid yang memerintah Khurasan pada 873. Saffarid juga pernah bertempur dengan Samanid pada 901. Malangnya mereka tewas.

Kerajaan Saffarid berakhir pada 1002 apabila mereka tewas kepada Ghaznavid yang dipimpin oleh Mahmud bin Sebuktigin.

Berikut adalah nama pemerintah Saffarid:

1 Ya’qub bin Layth (r.861-879)

2 Amir bin al-Layth (r.879-901)

3 Tahir bin Muhammad (r.901-908)

4 al-Layth bin Ali (r.908-910)

5 Muhammad bin Ali (r.910-911)

6 al-Muaddai bin Ali (r.911)

7 Amr bin Ya’qub bin Muhammad bin Amir (r.912-913)

Period di bawah kerajaan Samanid 913-922

8 Ahmad bin Muhammad b. Khalaf b. Layth b. Ali (r.922-963)

9 Khalaf bin Ahmad bin Mahmud (r.963-1002)

Masjid Herat, Afghanistan

- - - - -

Wednesday, March 20, 2019

Penubuhan dan Pengakhiran Kerajaan Tahirid (821-873)

 

Kerajaan Tahirid (atau Tahiriyah) merupakan sebuah kerajaan yang penubuhannya agak awal. Tahirid ditubuh pada tahun 821 iaitu ketika period Abbasid al-Ma'mun (r.813-833). Tahirid diasaskan oleh Tahir bin Husain (775-822), seorang panglima kepada pasukan al-Ma'mun yang pada ketika itu berpusat di Khurasan. 

Pada 810 Abbasid al-Amin mula berbalah dengan al-Ma'mun. Pada 811 perbalahan tersebut semakin marak menjadi perang saudara. Al-Amin menghantar pasukan tentera diketuai Ali bin Isa bin Mahan. Al-Ma'mun pula menghantar pasukan diketuai oleh Tahir bin Husain untuk mempertahan diri. Pasukan Tahir akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Al-Amin. Ali bin Isa sendiri terbunuh dalam pertempuran.

Pasukan Tahir bin Husain meneruskan kemaraan dan pada 812 mula memasuki Baghdad. Al-Amin cuba mengajak beberapa puak (abna) untuk bersama pasukan beliau namun tiada yang sanggup. Akhirnya pada 813 Panglima Tahir berjaya menewaskan Al-Amin dan mengarah beliau dibunuh. Sebagai menghargai peranan Panglima Tahir al-Ma'mun melantik Tahir sebagai Gabenor Khurasan.

Pada 822 Tahir mengisytihar Khurasan sebagai bebas dari Abbasid maka bermulahah tertubuhnya  kerajaan Tahirid. Tahir meninggal dunia pada 822 dan kerajaan Tahirid diwarisi pula oleh anak beliau bernama Talha bin Tahir (r.822-828). Selepas Talha kerajaan Tahirid diwarisi pula oleh Abdullah bin Tahir. Beliau merupakan juga anak kepada Tahir bin Husain (pengasas Tahirid).

Kerajaan Tahirid berakhir apabila pemimpin Tahirid kelima Muhamad bin Tahir bin Abdullah yang dikata lemah pentadbirannya. Pada 873 Muhammad dijatuhkan dan diganti pula oleh kerajaan Safarid.

Baca Tahir ibn Husain (wiki) dan Tahirid Dynasty (wiki).

 

Sebuah tasik di kawasan ladang

- - - - -

Friday, March 15, 2019

Kerajaan Kecil Ketika Period Abbasid - Asia Tengah/Turkistan

 

Senarai pemerintahan yang terbentuk di Turkistan ketika period Abbasid adalah:

Kerajaan Tahiriyah Khurasan (821-873). Baca tahirid (geoab).

Kerajaan Saffariyah Khurasan & Transoxiana (868-903). Baca saffarid (geoab).

Kerajaan Samaniyah Khurasan & Transoxiana (874-999). Baca samanid (geoab).

Kerajaan Ghaznawiyah Khurasan, Afghanistan & India (961-1186)

Kerajaan Qarakhan Transoxiana (992-1212).

Kerajaan Seljuk Khurasan (1038-1194).

Kerajaan Khawarizmi Khurasan (1077-1231).

Source - pg 19 "Sejarah Turki" - entri.

 

Bunga renik

- - - - -

Thursday, March 07, 2019

Kerajaan Kecil Ketika Period Abbasid - Afrika Utara dan Mesir

 

Ketika period pemerintahan Abbasid ada beberapa kerajaan kecil yang ditubuh dengan mendapat kuasa autonomi. Mereka boleh diasingkan kepada dua kelompok menurut geografi. Kelompok pertama adalah kerajaan yang terletak di Afrika Utara dan Timur Tengah dan kelompok kedua kerajaan yang terletak di Asia Tengah/Turkistan. Pemerintahan kumpulan kelompok pertama adalah;

Kerajaan Rustamiyah Algeria (778-908).

Kerajaan Idrisiyah Maghribi (788-975).Baca idrishid (geoab).

Kerajaan Aghlabiah Tunisia (800-909. Baca aghlabid (geoab).

Kerajaan Tuluniyah Mesir (868-905). Baca senarai pemerintah tulunid (entri).

Kerajaan Ikhsyidiyah Mesir (934-968). Baca kerajaan ikhsyidid mesir (entri) (geoab).

Kerajaan Fatimiah Afrika Utara dan Mesir (909-1171). Baca kerajaan fatimid mesir (entri).

Kerajaan Hamdaniyah Syria (944-1003).

Kerajaan Ayyubiyah Mesir (1169-1250).

 

Warung Sup Utara dan D'Pendang

- - - - -

Saturday, March 02, 2019

Asal Keturunan Turki Dari Turk bin Yafith bin Nuh

 

Bab 1 sebuah buku mencatat bahawa kaum keturunan Turki berasal dari Turk bin Yafith bin Nabi Nuh. Kitab sejarah juga banyak menulis bahawa Nabi Nuh meninggalkan anak-anak bernama Ham, Sam, Yafith dan Kan'an. Keturunan Turk bin Yafith pula berkembang di rantau China, Turkistan, Khazan (kini Uzbekistan dan Kazakhstan).

Buku berkenaan juga menyebut kaum Mongol dan Tartar juga adalah pecahan dari kaum Turki dari susur galur Turk bin Yafith. Dua kaum ini datang dari keturunan seorang Raja Turki bernama Anjah Khan. Raja Anjah punya anak kembar dan dari anak kembar ini lah datangnya Mongol dan Tartar.

Buku "Sejarah Turki" lihat entri (link).

Baca juga "Asal muasal bangsa-bangsa". Jurnal Jumrah (link).

 

Librari Raja Tun Uda SA

- - - - -