Thursday, March 29, 2018

Ottoman Ahmed III (r.1703-1730) - Catatan Maksudoglu

 

Sebaik Sultan Mustafa II dijatuhkan pada 1703, Ahmed III datang menuju Istanbul dari Edirne. Ahmed III naik takhta Ottoman dan bertindak mengawal keadaan dan mengatur semula peraturan. Ahmed III juga mengeluarkan banyak wang untuk membayar para tentera untuk menyokong beliau.

Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemerintahan Ahmed III yang dimuatkan dalam buku Maksudoglu:

1711: Battle of Prutt. Pasukan Ottoman diketuai Batalji Mehmed Pasha, manakala Russia diketuai Czar Peter. Pasukan Ottoman yang berjaya. Russia memulangkan Azak Castle kepada Ottoman.

1716: War with Austria. Pada 1715 pasukan Ottoman diketuai oleh Ali Pasha berjaya dalam pertempuran Petervaradin. menawan Semenanjung Morea dari Austria. Pada 1717 pasukan mara ke Belgrade bertempur sekali lagi dengan Austria. Kali ini Ottoman kalah dan Belgrade jatuh ke Austria. Ketua pasukan Otttoman diganti pula oleh Ibrahim Pasha. Beliau melihat kelemahan Janissari kerana adanya unsur rasuah yang melampau. Pada 1718 Pasha enggan meneruskan perang dan bertindak mengadakan Perjanjian Passarowitz. Ottoman terpaksa menyerah beberapa wilayah dan kota termasuk Belgrade kepada Austria. Apabila Ibrahim Pasha pulang ke Istanbul beliau berjaya memulihkan ekonomi Ottoman. Namun tindakan beliau mengadakan festival tulip dengan berbelanja besar menyebabkan rakyat marah. Ibrahim Pasha akhirnya ditentang dan berakhir dengan kematian. 

1723: War with Iran. 

Pada 1723 berlaku revolt di Iran bila mana puak Afghan bertindak mennetang Safavid. Mereka berjaya menawan Isfahan dan mengakhiri kekuasaan Safavid. Kejayaan tersebut menaikkan Sunni memerintah dan mereka bergandingan dengan Ottoman. 

Kejayaan pasukan Ottoman di bawah pimpinan Ibrahim Pasha membuatkan Ibrahim melantik ramai kerabat memegang jawatan penting Ottoman. Amalan nepotism oleh Ibrahim membuatkan rakyat marah dan bangun menentang Ottoman. Penentangan tersebut membawa kepada Sultan Ahmed III diturunkan dari takhta pada 1730. Beliau diganti oleh Mahmud I yang memerintah period 1730 hingga 1754.

 semangant Sunni

Haydar Pasha Mosque, Nicosia, Cyprus

source: travel articles - link

Haydar Pasha Mosque, the former church of St. Catherine, was built in the 14th century and it follows the southern France architectural style. In 1570, it was changed into a mosque by the Ottomans, who added a minaret on to the southwest corner of the church. [supermastertv - link]

- - - - -

Wednesday, March 21, 2018

The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Ottoman


Entri asal geoab - link:

Period pemerintahan Sultan Ahmed III dari 1718-1730 dikatakan zaman sultan bermewah. Salah satu sejarah berbelanja mewah tersebut ialah majlis berkhitan yang diadakan secara besaran. Ada sebuah buku ditulis oleh ahli sejarawan mengesahkan majlis khitan tersebut. Buku bertajuk “The 1720 Imperial Circumcision Celebrations in Istanbul” terbitan Brill. Publication date Sept 2020 (brill – link).

Buku The 1720 Imperial Circumcision Celebrations

Baca juga artikel “Chasing Documents at the Ottoman Archive: An Imperial Circumcision Festival Under Scrutiny“. Artikel tebal 26 m/surat. Medieval History Journal 2019 – link.

- - - - -

Friday, March 16, 2018

Tesis Ottoman Sultan Ahmed III


Entri asal geoab - link

Sultan Ahmed III memerintah dari 1703-1730. Ada sebuah tesis tentang Sultan Ahmed III yang memfokus kepada bakat dan sumbangan beliau dalam seni khat. Tesis bertajuk “Sultan Ahmed III (r.1703-1730) as a calligrapher and patron of calligraphy”. Tesis phd oleh Philippe Bora Keskiner, SOAS London Uni pada 2012 (link).

Kandungan:

The reign of Ahmed III and visual arts of the period.

The Calligrapher Sultan and his court of Calligraphers.

Sultan Ahmed III calligraphic panels, monumental inscriptions, and works applied on tiles.

Sultan Ahmed III’s Qur’an manuscripts and calligraphic albums.

Re-employing the Royal Monogram: the introduction of the Tughra as a calligraphic format.

Completing the new image of the Calligrapher-Sultan: Ahmed III innovative signatures.

The legacy of Ahmed III as a calligrapher.

Conclusion.

Folder: Hzq 2021 Ottoman Selim.

Ahmed III Fountain’s Kiosk (istanbul guide – link)

Fountain dibina pada 1728 atas arahan Sultan Ahmed III

- - - - -

Saturday, March 10, 2018

Ottoman ke23 Sultan Ahmed III (1703-1730)

 

Entri asal geoab - link:

Selepas Sultan Mustafa II diturun dari takhta adik beliau Ahmed III pula diangkat menjadi sultan. Kedua-dua beradik ini adalah anak kepada Mehmed IV tetapi berlainan ibu. Period pemerintahan Ahmed III yang panjang dapat dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah dari 1703 hingga 1718 yang dikatakan sebagai period yang positif di mana keamanan wujud di dalam negeri. Zaman awal pemerintahan Ahmed III juga menyaksikan kejayaan Ottoman merampas kembali beberapa wilayah yang jatuh ke tangan musuh.

Period kedua pemerintahan Ahmed III bermula 1718 hingga 1730 dinamakan sebagai zaman Tulip dan merupakan period dengan gejala negatif. Pada period ini wujud nepotisme dalam pemerintahan Ottoman dan berlakunya amalan hedonisme. Nepotisme dimulakan oleh wazir Damad Ibrahim.

Akhirnya pada 1730 Sultan Ahmed III telah diturun kuasa melalui satu pemberontakan yang diketuai Patrona Halil. Ahmed III diganti pula oleh Mahmud I yang memerintah pada 1730-54.

Sultan Ahmed III Library, Topkapi (travel – link)

- - - - -