Saturday, May 18, 2019

Tesis Hubungan Greek-Ottoman 1826-64


Entri asal geoab - link:

Tesis bertajuk “Communal relations in Izmir/Smyrna 1826-1864: As seen through the prism of Greek-Turkish relations.”. Tesis phd University of Toronto tahun 2008.

Nota: Period Mahmud II 1808-1839; Abdul Majid 1839-61; Abdul Aziz 1861-76; Mahmud V 1876.

 

 

Toronto University

Baca "Thirteen reasons to celebrate 198 years of the U of Toronto". utoronto march 2016 - link.

- - - - -

Monday, May 13, 2019

Ottoman Murad V - Catatan Maksudoglu

 

Murad V anak kepada Sultan Abdul Majid I bersama ibu kelahiran Georgia, Sefkevza Kadin (d.1876 - wiki). Murad V diangkat naik takhta oleh sekumpulan pembesar Ottoman. Pada ketika itu sebuah perlembagaan baru Ottoman sedang dirangka. Kumpulan pembesar yang melantik Murad masih belumbersetuju dengan perlembagaan tersebut. Namun para pemimpin Eropah menggesa Murad segera mengisytihar perlembagaan baru. Perkembangan yang berlaku ini jelas menunjukkan bahawa pihak Eropah memang berkeinginan untuk campur tangan ehwal pentadbiran Ottoman.

Murad juga berdepan dengan kontroversi kematian Sultan Abdul Aziz yang meninggal dunia pada jun 1876. Musuh utama Abdul Aziz ialah Huseyin Avni Pasha. Rakyat Ottoman menuduh Huseyin terlibat dalam kes kematian Abdul Aziz dan mahu siasatan dilakukan. Manakala Huseyin pula melarang post-mortem penuh dilakukan dengan alasan menjaga kehormatan si mati. Akhirnya seorang pegawai yang marah dengan sikap Huseyin telah membunuh beliau. Huseyin diganti oleh Kayserili Ahmed Pasha. 

Sebelum kematian Abdul Aziz telah timbul spekulasi bahawa beliau bercadang merombak kaedah perlantikan pengganti takhta. Rombakan tersebut berkemungkinan mengenepi peluang Murad untuk naik takhta. Maka Murad telah berpakat dengan pembesar muda Ottoman untuk menjatuh Abdul Aziz dari takhta. Namun Murad sedar beliau pasti dihukum bunuh sekiranya rancangan tersebut gagal. Tindakan menurunkan Abdul Aziz dari takhta berlaku sehari awal dari jadual yang dirancang. Murad yang bersifat sensitif merasa teruja dan dalam masa sama juga berasa keliru. Beliau bimbang kerana sama-sama terlibat dengan komplot dalam menjatuhkan Abdul Aziz. Manakala di satu sudut pula beliau sedar bahawa kuasa sebenar berada di tangan rakan koplot iaitu pembesar seperti Midhat Pasha, Rushtu Pasha dan Huseyin Avni.

Murad V tidak dapat bertahan lama dan runsing dengan kemelut yang beliau hadapi. Beliau akhirnya diturunkan jawatan oleh para pembesar Ottoman berdasarkan fatwa yang diputuskan. Murad V diganti oleh Abdul Hamid pada Ogos 1876.

Selepas diturun takhta Murad V telah tinggal dalam tahanan di Istana Ciragan atas arahan Sultan Abdul Hamid. Murad V meninggal dunia pada 1904 ketika usia 63 tahun.

 

Ortakoy Mosque, Bosphorous

source: ortakoy mosque - wiki

The current mosque, which was erected in its place, was ordered by the Ottoman sultan Abdül Majid and built between 1854 and 1856.

Ortakoy adalah lokasi Ciragan Palace di mana ibu Murad V meninggal dunia.


- - - - -