Monday, March 28, 2016

Tesis Ottoman Bayezid II (r.1481-1512)

 

Entri asal - geoab:

Sebuah tesis tentang Bayezid II bertajuk "The Hest Bihist of Idris Bidlisi: the reign of Bayezid II (1481-1512)" bolih dirujuk untuk mendapat penjelasan lebih terperinci tentang Bayezid II. Tesis phd Edin Uni pada 2000.

Kandungan:

i A Historical background to Bayezid II's reign

ii An outline of Ottoman historiography

iii Idris Bidlisi 's life and works

iv The Hest Bihist

v Civil strife between Bayezid II and Cem in Hest Bihist

vi The war with Venice and the development of the Ottoman navy under Bayezid II in Hest Bihist

vii Summarised translation of the eighth Book

Folder: D 1 2019 Bayezid Timurlane.


Gulbahar Hatun Mosque, Trabzon

Gulbahar Hatun ialah isteri Bayezid II dan ibu Selim I

Dibina pada 1514 (link)

- - - - -

Friday, March 25, 2016

Peristiwa Period Bayezid II dan Ancaman Safavid Syiah Iran

 

Ketika sibuk menghadapi penentangan Cem, Raja Bogdan (kini Moldavia) pula mengambil kesempatan menyerang Wallachia yang telah pun menjadi wilayah Ottoman. Bayezid II bertindak dan berjaya menawan kubu Kili dan Akkerman (kini di Ukraine) pada 1489.

Pada period yang sama juga Andalusia mula jatuh ke tangan musuh Kristian Sepanyol. Ramai penduduk Muslim Andalusia terpaksa lari keluar menyelamat diri dari serangan Kristian. Bayezid II cakna dengan apa yang berlaku di Andalusia dan mengarah komander laut Kemal Reis untuk membantu. Misi Kemal Reis membantu Andalusia bermula pada 1487 berterusan hingga jatuhnya Granada pada 1492. Pada 1501 Hayruddin Pasya pula turut membantu misi Ottoman di Andalusia serta Afrika Utara khususnya Algeria.

Pada 1502 Ottoman Bayezid II mara pula dan membawa Islam memasuki Mora. Sebelum itu Mora adalah bawah kuasa Venetian.

Kerajaan Safavid Iran pada 1502 mula diperintah oleh Shah Ismail. Shah Ismail mengambil langkah menukar pegangan Iran dari Sunni kepada Syiah. Para Imam yang Mereka yang membantah diambil tindakan keras sehingga ramai yang dibunuh. Salah satu tujuan Safavid menukar kepada Syiah adalah untuk membeza mereka dari Ottoman. Shah Ismail juga bertindak menghapus sejarah bahawa pengasas Safavid, Sheikh Safi al-Din Ishaq berpegang kepada Sunni. Antara cara yang dignakan adalah mengaitkan genealogi Saffi al-Din kononya dari keturunan Imam Syiah Musa al-Kazim.

Shah Ismail juga berusaha menyebar fahaman Syiah ke wilayah Anatolia Ottoman. Shah Ismail juga berusaha mencari pengaruh di Anatolia melalui agen yang beliau lantik. Shah Ismail mula mencapai kejayaan di Anatolia. Bayezid yang ketika ini telah berusia mulanya mahu menyerah pemerintahan Ottoman kepada anak beliau Selim. Namun ramai para pembesar meminta Bayezid II bertahan dan juga membantu Ottoman menentang Shah Ismail.


Kubu Akkerman, Ukraine

source - wiki ; akkerman (link2)

- - - - -

Sunday, March 20, 2016

Cem (d1495) Ottoman Period Bayezid II (1481-1512)

 

Setelah Mehmed (Al-Fatih) meninggal dunia pada 1481 naik mengganti beliau ialah anaknya bernama Bayezid II (b.1447). Namun sejak awal menaiki takhta Bayezid menghadapi tentangan adiknya bernama Cem (b.1459 - ada yang eja Jem). Cem adalah pemerintah Karaman (berpusat di Bursa). Pertempuran berlaku di antara Bayezid dan Cem di Yenishehir. Cem tewas dalam pertempuran dan kembali semula ke Konya. Cem kemudiannya pergi ke Mesir (ketika itu Mesir di bawah Mamluk Kayitbay) dan terus mengerja haji Mekah pada 1481.

Selepas menunai haji Cem kembali semula ke Cairo. Bayezid membuat tawaran kepada Cem supaya bersuaka di Jerusalem dan dalam masa sama terus menerima hasil dari Konya. Cem menolak tawaran tersebut dan belia masih mahukan seluruh wilayah Anatolia. Maka Bayezid bertindak menghantar pasukan diketuai Ahmad Pasha berdepan dengan kumpulan penentang. 

Cem seterusnya merancang ke wilayah Ottoman sebelah Eropah. Beliau mahu berpakat dengan pihak Kristian iaitu Knights of St John, Rhodes, di bawah Grand Master bernama D'Abusson. Apa yang berlaku Abusson pula meminta wang dari Bayezid sebagai bayaran menjaga Cem. Wang tersebut konon sebagai jaminan Cem tidak menimbul kekacauan kepada Bayezid. Abusson juga menerima bayaran dari isteri supaya beliau dibebaskan. Abusson mengambil wang tersebut namun tidak pula membebas Cem.

Penahanan Cem berakhir dengan kematian beliau pada 1495. Ada yang kata beliau mati kerana diracun dan ada pula kata beliau meninggal dunia kerana pneumonia. Cem telah di bawa pulang dan dimakamkan di Bursa.

Cem (1459-1495)

source: ottoman imperial archieves (link)

Foto Cem dari sumber wiki

- - - - -

Wednesday, March 16, 2016

Pemerintah Agung Ottoman – Bayezid II (r.1481-1512)

 

Entri asal - geoab:

Selepas Mehmed II meninggal dunia pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya Bayezid II. Pemerintahan Bayezid II lebih dianggap sebagai tempoh rehat dari misi penaklukan. Sebaliknya beliau menyatukan empayar dan menyelesaikan masalah ekonomi yang ditimbulkan oleh Mehmed II. Bayezid II berjaya mendapat sokongan Kor Jannasari dan sokongan kaum bangsawan Turki. Dengan sokongan dua pihak tersebut Bayezid II juga dapat mengurangkan kuasa Devsirme. [Baca hujung entri]

Satu hal yang berlaku adalah penentangan oleh adik Bayezid bernama Cem (ada yang mengeja Jem). Tentangan Cem dapat diatasi oleh Bayezid menyebabkan Cem lari hingga menuju ke Syria pada 1481. Cem akhirnya berjaya mendapat sokongan puak Mamluk. Beliau juga berjaya mendapat dokongan dari pemimpin Turkmen wilayah Karaman. Pada 1482 Cem bertempur sekali lagi menentang Bayezid. Namun sekali lagi Cem dapat dikalahkan.

Bayezid II turut mengambil langkah memperbaiki keadaan ekonomi Ottoman. Antara yang beliau lakukan adalah sebahagian besar tanah yang dirampas sebelum ini dikembali kepada pemilik asal. Kadar cukai diubah dan menubuh tabung perang untuk membiayai ketenteraan tanpa perlu membuat rampasan dan mengena cukai tinggi. Bayezid juga mengembali nilai mata wang syiling dan berikutnya menggalak industri barang kemas.

Berikutnya atas desakan Devsirme Bayezid II menerus usaha melebar penaklukan Eropah bermula dengan menawan Herzegovina. Namun Bayezid gagal dalam usaha untuk menawan Belgrade. Pada 1483-84 Bayezid mencetus perang dengan Poland.

Bayezid juga berkonflik dengan tentera Mamluk dan cuba untuk merebot kota Mekah dan Madinah. Pergolakan dengan Mamluk berlarutan dari 1485 hingga 1491 dan berakhir tanpa kemenagan di mana-mana pihak. Berikutnya Bayezid mengalih tumpuan untuk menyerang Venica. Pada 1499 hingga 1503 Ottoman mula membangun pasukan armada laut.

Pada 1502-03 Bayezid menghadapi pergolakan menentang Safavid Iran yang diketuai oleh Syah Ismail. Sengketa dengan Syah Ismail berterusan hingga tahun 1511. Siri pemberontakan tanpa henti membawa banyak masalah kepada Bayezid II. Maka pada tahun-tahun akhir pemerintahan kuasa Bayezid semakin lemah. Akhirnya Kor Janassari menjatuhkan Bayezid dan mengganti beliau dengan anaknya Selim I sebagai pemerintah baru Ottoman pada April 1512. Sebulan kemudian pada Mei 1512 Bayezid II meninggal dunia.

Baca juga Bayezid II - wiki.

Baca juga "The Devsirme system: a ladder to the top of the Ottoman state for non-Muslim. daily sabah 2015 - link.

Masjid Bayezid II, Istanbul

Dibina sekitar 1500-1505 (archnet - link)

Masjid Bayezid dibina di lokasi asal sebuah monumen Byzantine - Forum Theodosius (link) dan archaeonews - link.

- - - - -

Monday, March 14, 2016

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (3)


Berikutnya adalah sejarah peringkat ke-3 kedatangan orang Islam ke India.

Pada tahun 976M Alp Tarkin telah berjaya berkubu di Ghazna. Selepas beliau meninggal dunia diganti pula oleh Sabaktakin. Beliau berjaya menawan Kabul dan Kandahar. Selepas Sabaktakin meninggal dunia diganti pula oleh anak beliau bernama Mahmud. Mahmud terus mara menuju India pada 1005M. Pasukan pimpinan Mahmud berperang dalam tempoh yang berlarutan. Beliau berjaya menawan Nagarakot pada 1009, menawan Dawab pada 1014, Kanuj pada 1019, Kashmir pada 1021, Lahore pada 1024, dan Gujerat pada 1025. Yang terakhir iaitu menawan Gujerat adalah pada period Abbasid al-Qadir.

Baca "This mosque is India first" - bhatkallys.

Baca "India's Cheraman Mosque: a symbol of religious harmony". - aljazeera.


Masjid Cheraman, Kerala, India - 30km north of Kochi

(source - quora dot com)

Cheraman Juma Mosque in Methala, Kodungallur Taluk, Thrissur District in the Indian state of Kerala. Built in 629 AD, it is the first mosque in India. It was built by Malik Deenar, an Arab propagator of Islam.

Baca juga save the mosques of India - fb.
- - - - -

Labels: ,

Wednesday, March 09, 2016

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (2)


Berikutnya pada zaman Umayyad Muawiyah sebuah angkatan perang pimpinan al-Muhallab bin Abu Sufrah telah sampai ke Kabul.

Pada zaman Umayyad Abdul Malik bin Marwan (r.685-705), Gabenor Iraq ketika itu al-Hajjaj telah menghantar Panglima Muhammad bin Qasim untuk berdepan dengan tentera India yang ketika itu di bawah pemerintahan Raja Dahar.

Selepas Abdul Malik bin Marwan, anak beliau al-Walid bin Abdul Malik (r.705-715) menjadi khalifah. Selepas al-Walid, Sulaiman bin Abdul Malik (r.715-717) pula naik menjadi khalifah. Pada zaman Sulaiman beliau telah memanggil pulang Muhammad bin Qasim. Malah Muhammad telah diperlaku kejam oleh Sulaiman. Beliau telah dirantai, dipenjara dan akhirnya dibunuh.


Masjid al-Muhallab bin Abu Sufrah, Muscat, Oman
source - beautifulmosques
- - - - -

Labels: ,

Wednesday, March 02, 2016

Sejarah Orang Islam Datang Ke India (1)

 
Sedikit catatan tentang sejarah orang Islam datang ke India. Hubungan bermula dengan kedatangan orang Arab ke India pada zaman khalifah Umar al-Khattab. Saidina Umar telah mengutus Usman bin Abul 'Ash bersama sebuah pasukan tentera mara ke negara-negara Timur. Pada tahun 22H pasukan tersebut sampai ke Parsi dengan niat untuk menerus mara ke India.

Berikutnya, pada zaman khalifah Usman bin Affan diutus pula Hakim bin Jabalah untuk meninjau India. Kalau di google akan kita temui nama Hakim bin Jabalah yang menawan kota Makran pada tahun 649M.

Pada zaman khalifah Ali bin Abu Talib telah dihantar sebuah pasukan pimpinan al-Harits bin Murrah menghala ke India.
Read more »

Labels: ,