Tuesday, August 30, 2016

Sultan Perak ke10 - Sultan Muzaffar Syah (1636-1653)

Selepas kematian Sultan Salehudin pada 1635 Perak masih di bawah takluk Aceh, Pemerintah Aceh pada period tersebut ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Beliau telah mangkat pada 1636 dan diganti pula oleh menantu iaitu Sultan Iskandar Thani, suami kepada Puteri Safiatuddin.

Sultan Iskandar Thani (d.1641) telah menghantar saudara sepupu beliau iatu Raja Sulong untuk menjadi Sultan Perak. Raja Sulong menjadi Sultan Perak ke-10 dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah II.

Pada 1639 Sultan Muzaffar memberi izin kepada Belanda untuk membeli timah dari Perak. Belanda pada ketika itu memang rapat dengan kerajaan Acheh.Permintaan Belanda untuk membeli timah Perak turut mendapat kebenaran Aceh.

Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1653 dan dimakam di Air Mati, Lambor Kanan. Gelaran beliau ialah Marhum Jalilulah.

 Kapal korek bijih, Tg Tualang

Baca Sultan Muzaffar II - orangperak dot com.

- - - - -

Saturday, August 27, 2016

Sultan Perak ke9 - Sultan Salehuddin (1630-1635)

 

Menggantikan Sultan Mahmud Syah yang mangkat pada 1630 ialah anaknya yang bernama Raja Kobat. Beliau memakai gelaran Sultan Salehuddin. Menurut cerita pada zaman pemerintahan Sultan Salehuddin berlaku wabak penyakit taun yang dasyat. Sultan Salehuddin turut mati kerana wabak taun tersebut pada 1635. Ketika itu beliau sedang dalam pelayaran ke Kampar, Sumatera. 

Sultan Salehuddin di makamkan di Kampar dan gelaran beliau ialah Marhum Mangkat di Kampar.

 Sebuah fasiliti penginapan Karai

- - - - -

Wednesday, August 24, 2016

Sultan Perak ke8 - Sultan Mahmud Syah (1627-30)

 

Setelah Sultan Mansur Shah II mangkat di Acheh pembesar Acheh telah melantik Raja Yusuf sebagai Sultan. Beliau adalah adik kepada Sultan Mukaddam dan cucu kepada Marhum Kota Lama Kanan. Raja Yusuf mengguna gelaran Sultan Mahmud Shah dan bersemayam di Geronggong, terletak sekitar Kampung Gajah. [Geronggong sebenarnya adalah nama ikan; ada juga nama kawasan minyak di Brunai - Geronggong Oil Field].

Sultan Mahmud Syah mangkat pada 1630 dan makam beliau adalah di Pulau Tiga. Gelaran beliau pula ialah Marhum Pulau Tiga.

 Ruang Lobi

- - - - -

Monday, August 22, 2016

Sultan Perak ke7 - Sultan Mansur Syah II (1619-1627)

Setelah kemangkatan Sultan Mukaddam di Acheh, seorang pembesar Perak yang bergelar Maharaja Lela telah pergi ke Johor bertemu Raja Mansur dan membawa beliau balik ke Perak. Raja Mansur ialah cucu kepada Sultan Perak ke-3 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin dan adik kepada Sultan Alauddin Syah, Sultan Perak ke-5. Raja Mansur telah dilantik menjadi Sultan Perak ke-7 dengan gelaran Sultan Mansur Syah II dan bersemayam di Semat, berdekatan Manong.

Pada tahun 1627 pemerintah Aceh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah menghantar rombongan pembesar ke Perak. Mereka ke Perak untuk menyata bantahan kepada lantikan Sultan Mansur Syah II sebagai Sultan. Bersama rombongan tersebut ialah Raja Yusof, adik kepada Sultan Mukaddam Syah. 

Kerajaan Acheh mahu melantik Raja Yusof sebagai Sultan mengganti Sultan Mansur Syah II.  Rombongan tersebut berikutnya pulang dan membawa bersama Sultan Mansur Syah II ke Acheh. Beliau kemudiannya meninggal dunia di Acheh maka digelar Marhum Mangkat Di Acheh.

Baca mengenai kesultanan dan Perak dan hubung kaitnya dengan Acheh. Link - sakakinta.

 

Hotel Grand Baron

- - - - -

Friday, August 19, 2016

Sultan Perak ke6 - Sultan Mukaddam Syah (r.1603-19)

Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Syah, Raja Tua atau Tengku Tua telah dipilih sebagai Sultan Perak ke-6. Nama sebenar beliau tidak disebut dalam buku tetapi Raja Tua adalah cucu kepada Sultan Tajul Ariffin (Sultan ke-4). Beliau mengguna gelaran Sultan Mukaddam Syah dan bersemayam di Bota Kanan. 

Ada cerita sejarah bahawa Sultan Mukaddam punya seorang anak perempuan jelita nama Puteri Limau Purut. Puteri tersebut telah bertunang dengan adik kepada Sultan Alauddin. Beliau turut dipinang oleh Raja Aceh tetapi ditolak. Hal ini menjadikan Raja Aceh marah dan telah menghantar pasukan untuk menyerang Perak. Apabila Perak kalah Sultan Mukkadam dan keluarga termasuk Puteri Limau Purut telah dibawa ke Aceh. Akhirnya menurut cerita tersebut Sultan Mukkadam telah mangkat di Aceh.

Namun menurut satu lagi versi sejarah serangan Aceh ke atas berlaku berlaku pada hujung period pemerintah Sultan Mukkadam. Bermakna serangan tersebut bukanlah kerana cerita tentang Puteri Limau Purut. Dalam serangan tersebut Perak kalah. Akibatnya Sultan Mukkadam dan ahli keluarga dibawa ke Aceh. Sultan Mukkadam meninggal dunia di Aceh pada 1619. Maka beliau diberi gelaran Marhum Mangkat Di Aceh.

Ketika di Aceh seorang kerabat Perak yang bernama Raja Yusuf dapat melari diri dan bersembunyi di Johor. Berikutnya, Raja Yusuf telah diangkat sebagai Sultan Perak mengganti Sultan Mukaddam Syah.

Signage Pengkalan Hulu

- - - - - 

Tuesday, August 16, 2016

Sultan Perak ke5 - Sultan Alauddin Syah (1594-1603)


Raja Ali putera Raja Inu adalah Sultan Perak ke-5 selepas kemangkatan Sultan Tajul Ariffin. Beliau merupakan cucu kepada Sultan Perak ke-3, Sultan Ahmad Tajuddin (r.1577-84). Raja Ali memakai gelaran Sultan Alauddin Syah dan bersemayam di Bota Kanan. Sultan Alauddin meninggal dunia pada 1603 dan dimakamkan di Bota. Gelaran beliau ialah "Marhum Mangkat Di Darat".

Baca juga entri fb asal aceh 2019 - waris sultan mahmud (link).

Baca orang perak dot com (link) dan taman bukit slim (link).

Baca "The History of Perak from native sources" oleh WE Maxwell. Artikel Journal of the Straits Branch of the RAS, Jun 1882. 25 m/surat.

"A history of Perak" oleh RO Winstedt dan RJ Wilkinson . JMBRAS 1934. 205 m/surat.

[DT50 1 2020 Perak Sultanate]


Approaching border check point Pengkalan Hulu

- - - - - 

Sunday, August 14, 2016

Sultan Perak ke4 - Sultan Tajul Ariffin (1584-1594)

 

Setelah Sultan Ahmad Tajuddin Syah meninggal dunia adik beliau Raja Ariffin naik mengganti. Beliau menjadi Sultan Perak ke-4 dengan gelaran Sultan Tajul Ariffin. Beliau bersemayam di Manong dan memerintah pada 1584-1594.

Sultan Tajul Ariffin mangkat di Manong dan di makamkan di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar. Gelaran beliau ialah "Marhum Mangkat Di Tebing.


Banding Gerik

- - - - -

Thursday, August 11, 2016

Sultan Perak ke3 - Sultan Ahmad Tajuddin (1577-84)

 

Setelah kemangkatan Sultan Mansur Syah pembesar Perak telah ke Acheh bertemu dengan Sultan Alauddin Aceh untuk menamakan pengganti Sultan Mansur. Raja Alauddin Aceh telah melantik adik beliau Raja Ahmad sebagai pengganti. Raja Ahmad datang ke Perak dan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Syah. Beliau bersemayan di Jalong namun kemudiannya berpindah ke Geronggong (kini di Mukim Pulau Tiga).

Ketika period Sultan Ahmad Tajuddin kerajaan Acheh sudah berkurang kekuatan mereka dan cengkaman mereka ke atas Perak mula melemah.

Sultan Ahmad Tajuddin mangkat pada 1584 dan diberi gelaran "Marhum Muda".

 Kolam Air Panas Pengkalan Hulu

- - - - -

Sunday, August 07, 2016

Sultan Perak 2 - Sultan Mansur Syah 1 (r.1549-1577)

 

Raja Mansur iaitu putera kepada Sultan Muzaffar Syah menjadi sultan Perak ke-2. Beliau mengganti ayahnya yang mangkat pada 1549. Beliau mengguna gelaran Sultan Mansur Syah 1. Isteri beliau bernama Tun Terang yang merupakan anak kepada Tun Fatimah ketika bersuami dengan Tun Ali.

Ketika period pemerintahan Sultan Mansur Syah 1 pasukan tentera Aceh telah datang menyerang Perak. Serangan tersebut berlaku pada tahun 1573 di mana Perak dapat dikalahkan dan menjadi takluk Aceh. Namun apa yang berlaku berikutnya ialah anak Sultan Mansur Syah yang di bawa ke Aceh (selepas Perak kalah) telah dilantik pula sebagai Raja Aceh. Beliau memerintah Aceh pada 1577-1585.

Satu lagi peritiwa yang berlaku ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah ialah tentera Siam datang menyerang Perak. Sultan mengarah menantu beliau bernama Raja Ali mempertahan serangan tersebut. Namun akhirnya Raja Ali tewas dan meninggal dunia di Sitiawan.

Sultan Mansur Syah 1 menurut ceritanya ghaib pada tahun 1577. Peristiwa itu berlaku ketika beliau datang ke masjid untuk solat Jumaat. Bagi mengingati peristiwa tersebut sebuah batu nisan telah ditanda dalam masjid di mana beliau diceritakan ghaib. Kini tanda nisan boleh ditemui di Masjid Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar.

Baca juga wiki - link.

Dormitori penginapan N9

- - - - -

Thursday, August 04, 2016

Sultan Muzaffar Syah - Kedatangan Beliau Ke Perak

 

Berikut adalah catatan mengenai penubuhan kesultanan Perak oleh Sultan Muzaffar yang dipetik dari sebuah artikel "Hubungan kerajaan Melaka dengan Kampar Sumatera Dengan Kewujudan Kerajaan Perak". Artikel oleh Dr Suprayitno, Universiti Sumatera Utara. Sejarawan seperti Buyong Adil menyebut bahawa Sultan Muzaffar datang ke Perak seteleh dijemput oleh pembesar Perak termasuklah Tun Saban. Ada juga sejarawan (termasuk Suprayitno) menyata bahawa Sultan Muzaffar bukanlah diundang datang ke Perak sebaliknya beliau dihalau keluar dari Kampar. Hal ini berlaku kerana perebutan kuasa apabila Sultan Mahmud melantik adik tiri Muzaffar yang bernama Raja Ali sebagai pengganti Sultan. Raja Ali adalah anak kepada Sultan Mahmud dan Tun Fatimah. Ibu Raja Ali lah yang bersunggoh mahukan Raja Ali menjadi pengganti Sultan Mahmud. Beliau dilantik menjadi pengganti Sultan ketika usia bayi sedangkan Raja Muzaffar ketika itu sudah pun berusia dewasa.

Satu lagi versi yang berbeza adalah penentangan Tun Saban terhadap Sultan Muzaffar yang dikata berpunca dari kemahuan Sultan Muzaffar mengambil Tun Merah, puteri Tun Saban sebagai gundek. Menurut sesetengah sejarawan punca sebenar Tun Saban menentang Sultan Muzaffar adalah atas alasan politik tidak mahu tunduk kepada Sultan Perak.

Artikel boleh dibaca di link berikut (uitm - link).

Taman Rekreasi Spritzer

- - - - - 

Tuesday, August 02, 2016

Sultan Perak 1 - Sultan Muzaffar Syah (r.1528-1549)

 

Sultan Perak Pertama adalah Sultan Muzaffar (b.1505). Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir Melaka sebelum tewas kepada Portugis pada 1511. Ibu Sultan Muzaffar bernama Puteri Onang Kening seorang puteri pemerintah Kelantan. Selepas tewas Sultan Mahmud lari ke Muar Johor, kemudian ke Pahang dan seterusnya ke Pulau Bentan, Apabila Bentan di tawan Portugis Sultan Mahmud lari ke Kampar, Sumatera.

Sultan Muzaffar diangkat menjadi Sultan Perak pada 1528. Sebaik ditabal beliau melantik Tun Mahmud sebagai Bendahara iaitu jawatan pembesar utama selepas Sultan. Kemudian selepas Tun Mahmud dipanggil balik oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II jawatan Bendahara diberi kepada Megat Terawis. 

Semasa Sultan Muzaffar terdapat seorang pembesar yang berkuasa di Hulu Perak iaitu Tun Saban. Sultan Muzaffar mahukan anak perempuan Tun Saban untuk dijadi gundek. Namun Tun Saban tidak bersetuju. Maka Sultan Muzaffar bermusuh dengan Tun Saban. Sultan Muzaffar mencari seorang yang berani berdepan dengan Tun Saban. Sultan juga menjanjikan jawatan Bendahara kepada sesiapa yang berjaya menewaskan Tun Saban.

Seorang pembesar dari tanah seberang berani tampil menyehut cabaran Sultan Muzaffar. Beliau adalah Megat Terawis. Apabila Megat Terawis  maka beliau telah dilantik sebagai Bendahara. 

Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1549 dan di makam di Tanah Abang (kini Air Mati, Mukim Lambor Kanan). Sultan Muzaffar Syah diganti oleh anak beliau Sultan Mansur Syah 1 (r.1549-1577).

Catatan dari bacaan Sejarah Perak - Buyong Adil 1972. 

 

Water Shop - Spritzer Taiping

- - - - -