Thursday, November 13, 2008

Bahan Bacaan Batu Bersurat Terengganu


Berikut beberapa artikel bacaan mengenai sejarah dan info lain mengenai BBT.

Artikel "Batu Bersurat Terengganu: satu tafsiran terhadap pelaksanaan syariah Islam" oleh Rahimin Affandi, Mohd Kamil Majid etc. Jurnal Fiqah 7, pp107-148, 2010. 42 m/surat.

"Batu Bersurat Terengganu: satu analisis kritikal mengikut perspektif Islam". Rahimin Affandi, Mohd Kamil Majid etc. Link - myjurnal. 29 m/surat. This is interesting!

"Tarikh sebenar BBT berdasarkan teknik tawaquf (bacaan ketetapan): jadual waktu Hijar dan Al-Quran". Jurnal usim link usim 2019. 10 m/surat.

Petikan (link) - Berdasarkan teknik Tawafuq ini, ia menunjukkan tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu ialah 6 REJAB 702H. Malah semakan rentas dalam perkiraan bulan berdasarkan Surah Yunus 10, ayat 5 turut menjelaskan tarikh yang sama iaitu 6 Rejab 702 H kerana semakan dimulakan dengan tarikh hijrah dan mengambilkira aspek bahawa pasti ada berlakunya istiqmal dalam perkiraan bulan-bulan Islam yang telah berlalu lebih 700 tahun.

"Analisis komposisi dan kajian asalan Batu Bersurat secara in-situ menggunakan teknologi nuklear". Link - iaea.


Gerai jualan batu myanmar sapphire

Baca juga fb "perjalanan BBT". link - kesultanan.

"Kandungan BBT: isu tarikh". Entri bspot oleh dr shafie - link 2013.

- - - - -

Tuesday, November 04, 2008

Sedikit Sejarah Batu Bersurat Terengganu

 

Batu Bersurat Terengganu (BBT) dijumpai pada tahun 1887. Ia ditemui di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) berdekatan Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu. Sebaik ditemui BBT telah dibawa ke sebuah surau berdekatan, Surau Tok Rashid. Nama Tok Rashid ini agak terkenal sebagai tokoh agama tempatan (baca link - tdm). 

Pada 1902 BBT telah dibawa ke Kuala Terengganu dengan rakit. Langkah membawa BBT ke KT adalah usaha seorang kenamaan Terengganu bernama Pengiran Anum Engku Abdul Kadir. Ini susulan beliau  singgah bersolat di Surau Tok Rashid dan terlihat batu tersebut yang diguna sebagai pelapik kaki. BBT dipersembah kepada Sultan Zainal Abidin III. Sultan memerintah BBT di letak di Bukit Puteri dan tersadai di situ selama 20 tahun iaitu sehingga 1922.

Pada 1923 Penasihat British Terengganu telah mendapat kebenaran meminjamkan BBT ke Muzium Raffles Singapura untuk dikaji. BBT kekal di Singapura selama 37 tahun. Pada 1960 apabila Muzium Negara KL siap BBT telah dipinjam untuk dipamir. 

Selanjutnya, sejak 1979 kerajaan Terengganu telah berusaha dan berunding dengan Singapura untuk membawa BBT balik ke Terengganu. BBT diserah semula kepada Terengganu pada pada Julai 1991.

Petikan dari artikel "Batu Bersurat Terengganu perspektif matematik". Link - inspen upm 2010.


Sebuah Prayer Room LDN

- - - - -

Sunday, November 02, 2008

Memorial Batu Bersurat Terengganu


Apabila membincangkan sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu nama Kuala Berang pasti akan di sebut. Satu bukti sejarah awal Islam khususnya di Tanah Melayu di temui di Kuala Berang. Artifak sejarah yang dimaksudkan adalah kewujudan sebuah batu inskripsi iaitu Batu Bersurat. Kini di lokasi penemuan Batu Bersurat tersebut telah didirikan sebuah memorial iaitu Memorial Batu Bersurat.




Replika Batu Bersurat di Kuala Berang


Catatan sejarah Batu Bersurat

- - - - -