Sunday, December 22, 2019

Masjid Jamek Daerah Gerik


Menyinggah sebentar Masjid Jamek Daerah Gerik. Sesampai di Masjid sedang berlangsung kursus untuk para bakal jemaah haji.



Masjid Jamek Gerik.

Ikuti sejarah masjid jamek gerik di you tube. Jangka siaran 15 minit - link.
- - - - -

Saturday, December 21, 2019

Bangunan Umno Gerik


Bangunan Umno berdiri di lokasi strategi di tengah Bandar Gerik. Bangunan tersergam dengan cat merah. Antara operasi bangunan tersebut adalah sebagai pusat khidmat Ahli Parlimen Gerik dan juga Adun Temenggor.

Kerusi Parlimen Gerik serta Dun Temenggor dan Dun Pengkalan Hulu sentiasa dimenangi mereka sejak merdeka hingga kini tanpa saingan kuat.


Bangunan Umno Gerik

- - - - -

Friday, December 20, 2019

Villa BTP


Menghadiri majlis walimah yang berlangsung di Villa BTP. Lokasinya agak jauh dari jalan besar. namun fasiliti yang tersedia cantik dan kemas.


Ruang rehat dan meja pantri

- - - - - 

Sunday, December 01, 2019

Masjid Kpg Serdang Permai


Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kpg Serdang Permai, Kpg Kepayang.




Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Note:

Source - masjid

Sebelum masjid ini dibina penduduk sekitar mendirikan Jumaat di sebuah surau berhampiran. Selama tempoh lima tahun Solat Jumaat didirikan di surau tersebut didapati ianya tidak mampu menampung jemaah yang sentiasa bertambah. Sehubunganitu pihak Jawatan kuasa telah membuat permohonan peruntukan bagi membina sebuah masjid.

Pada tahun 2005 kelulusan tersebut telah diluluskan oleh YAB TPM sebanyak Rm500K. Walau bagaimana pun pihak JK pembinaan telah mengumpulkan sumbangan orang ramai sebayak Rm100K bagi menampung peruntukan yang ada. 

- - - - -