Tuesday, April 15, 2008

Sedikit Mengenai Buyid Fars, Ray dan Baghdad

 

Buyid diasaskan oleh Ali ibn Buya pada 934. Beliau berjaya menawan Fars dan menjadikan Shiraz sebagai kota pusat. Adik Ali ibn Buya bernama Hassan ibn Buya pula berjaya menawan Jibal pada penghujung 930 dan pada 943 telah menawan Ray dan menjadikannya kota pusat. Pada 945 adik bongsu mereka Ahmad ibn Buya berjaya menawan Iraq dan mengambil Baghdad sebagai kota pusat. Ahmad ibn Buya diberi gelaran hormat Muizz al-Dawla, Ali ibn Buya pula gelaran Imad ad-Dawla dan Hassan gelaran Rukn ad-Dawla.

Dinasti Buyid meneruskan penguasaan mereka di tiga wilayah Fars, Ray dan Baghdad untuk beberapa tempoh. Buyid Fars dipimpin oleh mulanya Imad ad-Dawla pada 934-949 dan berakhir oleh Abu Mansur pada period 1051-1062. Manakala Buyid Ray oleh Rukn ad-Dawla (935-976) dan berakhir dengan Majd ad-Dawla (997-1029). Buyid Baghdad pula oleh Muizz ad-Dawla 945-967; Izz ad-Dawla 966-978; Adud ad-Dawla 978-983; Samsam ad-Dawla 983-987 hinggalah berakhir dengan al-Malik al-Rahim 1048-1055. 

Pemerintahan Buyid Ray berakhir selepas jatuh ke tangan Mahmud Ghaznavid pada 1029. Buyid Baghdad pula berakhir setelah Tughrul Beg dari puak Seljuq mengalahkan Buyid pada 1055.

 

Masjid Al-Khadimiya, Baghdad

Masjid puak Syiah dibina pada 915 (wiki)

Lagi masjid-masjid lain Baghdad (wikiwand - link)

- - - - -

Sunday, April 06, 2008

Membaca Buyid Baghdad

 

Buyid atau ada yang mengguna term Buwayhid sering ditemui bila kita membaca tentang perkembangan pemerintahan khalifah Islam Baghdad. Buyid menjadi dominan dalam period Abbasiah khususnya menjelang kurun ke10. Period kemunculan dan kemuncak puak Buyid di Baghdad adalah sekitar 934 hingga 1062.

Beberapa entri tentang Buyid/Buwayhid telah dimuat dalam beberapa tempat berasingan. Untuk memudahkan rujukan kesemua entri tersebut akan dikumpul bersekali dalam satu laman.

Berikut adalah beberapa tajuk entri yang dimaksudkan:

Abbasid dan Buwayhid period awal 1000s - entri.

Dinasti Buwayhid al-Mustakfi hingga al-Qaim  - entri.

Pengganti Izz - Adud ad-Dawla (d.983) - entri

Pengganti Muizz ad-Dawla - Izz ad-Dawla (d.978) -  entri

Amir Ibn Raiq dan Muizz ad-Dawla (entri)

Period Amir Umara Ibnu Raiq (d.942) - entri.

Buwayhids, Samanids, Ghaznavids - entri

Abbasid dan dominasi Buwayhids 964-991 (entri)

Buwayhid kawal kewangan Abbasid al-Mustakfi (945M) dan Abbasid seterusnya - entri

 

Masjid Al-Khulafa, Baghdad 

Masjid sunni dibina pada period Abbasid al-Muktafi (r.902-908). Menara asal masjid masih kekal hingga sekarang. 

source - wikiwand

- - - - -