Tesis Surah Yasin
Bagi menambah ilmu berkaitan Surah Yasin elok kita baca sebuah tesis dari UM. Tesis MA bertajuk "Penggunaan uslub khabari dalam al-Quran: kajian terhadap Surah Yasin". Tesis oleh W Rohani W Mokhtar pada 2012.
Source: studentsrepo - link.
Masjid India Muslim Sungai Siput (U), Perak
[sebuah masjid musafir friendly - dibuka 24 jam]
Baca BH Jan 2018 (link)
- - - - -
Sejarah Adam Hingga Khuzaah
Bagi mengetahui salasilah keturunan Adam a.s membawa kepada Khuza'ah dan seterusnya Nabi Muhammad SAW boleh baca artikel berikut:
"The Prophet's family line No 1 - Adam to Banu Khuza'ah". Link -
source.
Baca juga "Sejarah Tanah Haram". Nota Kursus Haji. Link -
source.
Mimbar Masjid Kampung Bukit Kecil
- - - - -
Labels: islamic history, Sejarah Islam
Membaca Sedikit Tentang Khuzaah
Khuza'ah dikaitkan dengan asbabun nuzul at-Taubah 14. Apakah sejarah Khuzaah? Jawapannya adalah mereka punya sejarah dengan penjagaan Ka'abah.
Seperti mana yang kita tahu sejarah Ka'abah bermula dengan Hajar dan Ismail sebagai penjaganya. Kemudian mereka bersama menjaganya dengan Puak Jurhum. Nabi Ismail telah berkahwin dengan seorang wanita puak Jurhum. Dalam artikel Inggeris mereka ditulis Gorrhamite (
wiki). Puak Jurhum adalah terdiri dari Bani Bakr dan Bani Khuza'ah. Bermakna kedua-dua Bani ini telah bersaing untuk menjaga Ka'abah sejak zaman silam lagi.
Bani Khuza'ah dipimpin oleh Amr' bin Rabiah (atau Luhay). Beliaulah yang pernah membawa pulang idol berhala Hubay dari negeri Syam. Beliau berbuat begitu kerana terpegun apabila sembuh penyakit yang dirawat oleh mereka yang tinggal di Syam yang mengamal penyembahan berhala.
Penjagaan Ka'abah berikutnya diserah kepada kaum Quraisy yang dipimpin oleh Qusay bin Kilab. Qusay telah berkahwin dengan Hubay binti Halil yang berasal dari Bani Khuza'ah.
Pada tahun 630 Bani Khuza'ah telah diserang oleh Bani Bakr. Serangan ini berlaku ketika berkuatkuasanya Perjanjian Hudaybiah. Peristiwa inilah yang membawa kepada asbabun nuzul at-Taubah 14. Rentetan peristiwa ini juga lah berikutnya membawa kepada serangan pembukaan kota Mekah oleh Baginda Rasulullah SAW.
Masjid Jamek Kampung Bukit Kechil, Kedah
Baca buku "Suatu Tempat Bernama Ka'abah" terbitan Jakim.Tebal 41 m/surat. Link -
jakim.
- - - - -
Labels: Sejarah Islam
Asbabun Nuzul At-Taubah 14
At-Taubah Ayat 14 ... "Dan Ia akan memuaskan hati orang yang beriman".
Asbabun Nuzul menyebut ayat ini diturunkan kepada Khuza'ah yang merupakan sekutu Rasulullah SAW. Puak Quraisy telah memungkiri perjanjian yang wujud antara Rasulullah SAW dengan mereka menolong Bani Bakr secara diam-diam memerangi Bani Khuza'ah. Lalu Bani Khuza'ah memerangi mereka yang dibantu oleh orang beriman sehingga hati mereka lega kerana dapat menuntut bela ke atas Bani Bakr.
Ruang solat Masjid Kampung Bukit Kechil Kedah
- - - - -