Wednesday, September 28, 2016

Sultan Perak ke14 - Sultan Muhammad Shah (1742-1743)

 

Sebagaimana  ditulis dalam entri sebelum ini ketika pemerintahan Sultan Perak ke-13 (Sultan Muzaffar Syah III) telah wujud dua Sultan diangkat oleh dua kumpulan pembesar negeri. Selain Sultan Muzaffar Syah III yang bersemayam di Berahman Indera, seorang lagi Sultan telah dilantik di Pulau Tiga. Raja Bisnu yang sebelum itu adalah Sultan Muda telah diangkat pula sebagai Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1742.

Peristiwa ini berlaku ekoran campur tangan Yamtuan Muda Riau iaitu Daing Celak yang datang menyerang Perak. Daing Celak kemudiannya menyebelahi Sultan Muda Raja Bisnu yang ketika itu berbalah dengan Sultan Muzaffar Syah. 

Namun apabila Daing Celak balik ke Riau Sultan Muhammad Syah berbaik dan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah. Maka pada 1743 Sultan Muzaffar Syah teruslah menjadi Sultan Perak. 

Yang DiPertuan Muda Muhammad Shah meninggal dunia pada 1750. Beliau meninggal dunia lebih dulu dari Sultan Muzaffar Syah dan dimakamkan di Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah "Marhum Aminullah". Makam beliau kini telah tiada lagi kerana telah jatuh ke sungai.

 

Ruang solat Masjid Negeri, Ipoh

- - - - -

Monday, September 19, 2016

Sultan Perak ke13 - Sultan Muzaffar Syah III (1728-1756)

 

Raja Muda Inu iaitu adik kepada Sultan Alauddin Mughayat Shat atau Marhum Sulong dilantik menjadi Sultan Perak ke-13 pada tahun 1728. Raja Inu memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah III dan beliau bersemayam di Berahman Indera, Bota Kanan. Adik Raja Inu bernama Raja Bisnu dilantik menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga.

Pada period Sultan Muzaffar Syah III memerintah telah datang pasukan Bugis menyerang Perak diketuai oleh Daing Celak (beliau ialah Yamtuan Riau ke-2). Serangan tersebut berlaku pada 1742. Pada period tersebut Sultan Muzaffar berbalah dengan adiknya Sultan Muda Raja Bisnu. Penyerang Bugis tersebut telah menyebelahi Sultan Muda. Dengan bantuan pasukan Bugis Sultan Muda telah diangkat mereka menjadi Sultan Perak. Makanya kesultanan Perak pun berpecah dua.

Namun persengketaan dua sultan tersebut tidak berlarutan. Sultan Muda sendiri membuat cadangan berdamai semula dengan Sultan Muzaffar Syah III.

Pada tahun 1743 belaku juga satu lagi peritiwa sejarah ketika period Sultan Muzaffar Syah III. Seorang raja Bugis Daing Selaili dengan gelaran "Haji Besar" telah menawan beberapa orang lanun di Pulau Sembilan, Perak. Kumpulan lanun tersebut telah diserah kepada Sultan. Ekoran hal tersebut Daing Selaili telah dikahwinkan dengan Raja Tengah iaitu adik perempuan Sultan.  

Daing Selaili berikutnya telah dilantik menjadi Mufti pertama Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi Orang Besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela.

Sultan Muzaffar Syah III meninggal dunia pada 1756. Beliau dimakamkan di Berahman Indera dan diberi gelaran "Marhum Haji Allah".

Masjid Negeri Perak

- - - - -

Friday, September 16, 2016

Sultan Perak ke12 - Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-28)

Setelah mangkat Sultan Mahmud Iskandar Syah, anak saudara beliau yang bernama Raja Radin dilantik menjadi Sultan Perak ke-12. Beliau mengguna gelaran Sultan Alauddin Mughayat (atau Riayat) Syah dan bersemayam di Geronggong. Adik Raja Radin yang bernama Raja Inu pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Bernam.

Pada period penghujung pemerintahan Sultan Mughayat pasukan Yamtuan Muda Riau datang menyerang dengan bantuan Bugis dari Selangor. Ada juga yang menyebut serangan tersebut adalah dengan dibantu oleh Raja Inu sendiri. Ini adalah kerana Raja Inu mahu merebut takhta dari abangnya.

Sultan Mughayat meninggal dunia pada 1728 dan dimakam di Geronggong. Gelaran beliau ialah Marhum Sulong. Makam beliau kini telah tiada kerana jatuh ke Sungai Perak.


 Suasana Tasik Cermin

- - - - -

Saturday, September 10, 2016

Sultan Perak ke11 - Sultan Mahmud Iskandar Syah (1653-1720)

 

Selepas Sultan Muzaffar Syah mangkat beliau diganti oleh anaknya yang bernama Raja Mahmud. Beliau menjadi Sultan Perak ke-11 dengan gelaran Sultan Mahmud Iskandar Syah. Sultan Mahmud bersemayam di Geronggong. Baginda memerintah paling lama iaitu untuk tempoh 67 tahun.

Period pemerintahan Sultan Mahmud Perak tidak lagi di bawah Acheh. Sejak 1641 apabila pemerintah Aceh Sultan Thani mangkat Acheh berada di bawah perintah empat orang Raja perempuan secara bergilir dan mereka cuma berkuasa di Acheh semata.

Sungguh pun tidak lagi terlibat dengan pemerintah Acheh namun pentadbiran Perak ketika period ini masih berdepan dengan pergolakan yang timbul berkait perniagaan bijih timah dengan Kompeni Belanda.

Sultan Mahmud Iskandar Syah meninggal dunia pada 1720 ketika usia 120 tahun. Beliau dimakamkan di Geronggong, Mukim Pulau Tiga. Gelaran beliau ialah Marhum Besar Aulia Allah.

Trek menuju ke Tasik Cermin

- - - - -

Monday, September 05, 2016

Period Sultan Muzaffar Syah (1636 hingga 1653)

 

Period pemerintahan Sultan Muzaffar adalah paling panjang berbanding sultan-sultan sebelum beliau. Beliau memerintah selama tujuh belas tahun. Berbagai peristiwa dan sejarah tercatat sepanjang tempoh tersebut. Lebih-lebih lagi dengan adanya urus niaga bijih timah serta hubungan dengan Kompeni Belanda di Perak.

 Bukit batuan banyak merata negeri Perak
(ni sekitar Tasik Cermin)

- - - - -