Friday, December 30, 2016

Bahan Bacaan Sejarah Silam Melaka

 

Bacaan mengenai sejarah silam Melaka. 

"The issue of justice and injustice in Malacca Sultanate, 1400-1511 AD" Jurnal SusurGalur, 2018. 26 pages.

"Cabaran institusi beraja dari dahulu hingga kini" oleh Abdullah Zakaria Ghazali. 38 pages.

"Sulalatus Salatin sebagai medium mendidik nilai murni" oleh pengkaji UPSI. Jurnal Rumpun 2017. 20 pages.

"Kaum wanita di zaman kesultanan melayu Melaka: Antara batasan tradisi dan realiti" oleh Mahani Musa. Jurnal Sejarah. 34 pages.

"Tun Fatimah: Perempuan cantik dan kejatuhan sesebuah kerajaan" oleh staf Uitm. Jurnal Atma 2017. 11 pages.

Folder: DT50 

 

Taman Rekreasi Spritzer

- - - - -

Monday, December 26, 2016

Lagi Bacaan Sejarah Perak




Bagi menambah pengetahuan tentang sejarah silam Perak bahan bacaan berikut sangat disyor untuk dibaca;

British colonial violence in Perak, Sierra Leone and Sudan. Tesis PhD U of London 2017. Baca Chapter 2 “A little war in Perak – British intervention 1875-76. Page 51-94. D 1 2020 McGill.

Konflik dan campurtangan asing: Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim 1860-1875. Tesis MA, USM 2015. D 1 2020 Afamosa

Perak Darul Ridzwan oleh Zurina Ismail. Pelanduk Publication. 1987. 31 m/surat. D 1 2019 bacaan sejarah.

Sistem politik dan masyarakat Negeri Perak sebelum 1874: satu gambaran umum. D 1 2019 bacaan sejarah.

Pengaruh Sejarah Melayu dalam kesultanan negeri perak: satu penelitian sumber dan fasa baru Magna Carta Melayu oleh Jelani Harun. 29 m/surat. D 5 2020 Sejarah Utara.

Makam-makam Di Raja Perak. Tesis PhD USM 2010. D 1 2020 Lembah Bujang.

Masyarakat Perak abad ke-18: interpretasi historis daripada Misa Melayu. Muhamad Yusuff Hashim. 25 m/surat. D 30 sejarah kedah.

Perak The Abode of Grace – a study of an eighteenth-century malay state. Barbara Watson Andaya. Oxford U Press 1979. 461 pages. D 1 2020 sejarah negara – Esposito John.

Beruas kerajaan melayu kuno di Perak oleh Othman Mohd Yatim. Persatuan Museum Negara 1994. 163 m/surat. D 1 2020 sejarah negara – Esposito John.

Breakfast Cempaka Sari Parit




- - - - -

Sunday, December 04, 2016

Sultan Perak ke28 - Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1878-1916)

 

Setelah kemangkatan Sultan Yusuf, menantu beliau Raja Muda Idris dilantik menjadi Sultan Perak ke-28. Raja Muda Idris ialah putera kepada Raja Bendahara Alang Iskandar ibni Raja Kecil Tengah Ahmad ibni almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Syah (i.e., Sultan Perak ke-19; r.1806-25). Beliau mula naik takhta sebaik dan mengguna gelaran

Raja Idris terkenal sebagai raja yang cerdik dan beliau bersepupu dengan Sultan Abdullah (r.1874-76). Pada April 1875 ketika perbalahan di antara Sultan Abdullah dengan Birch memuncak Raja Idris telah menjadi ketua membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Surat tersebut menyalahkan perbuatan Birch sehingga menimbulkan kemarahan raja dan para pembesar Perak. Pada Julai 1875 Sultan Abdullah melantik Raja Idris sebagai hakim negeri Perak dan berikutnya menjadi hakim besar perak.

Pada Mac 1876 Raja Idris menjadi hakim perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu. Ketiga-tiga mereka didapati bersalah dan Raja Idris menjatuhkan hukum gantung sampai mati. Bagaimana pun pihak Inggeris campur tangan dan mengusul supaya Che Gondah dan Ngah Ahmad dihukum penjara seumur hidup. Seputum menjalani hukuman pada Mei 1876 dengan dihadiri oleh Sultan Abdullah. Septum pada awalnya ditangkap Inggeris dengan bantuan Uda Pulau dan Mah Amin. 

[Baca "perincian sidang mahkam kes pembunuhan Birch" - makkalosai] dan "141 tahun Seputum dan pertikaman anak Melayu" - mkini 2017; "Pembunuhan Birch: satu kajiantentang pembunuhnya" oleh Abdullah Zakaria Ghazali - jurnal ukm.

Frank Swettenham mengatakan sepanjang pengetahuannya setelah lama berkecimpung dalam hal ehwal negeri Perak Raja Idris merupakan Raja Melayu yang paling berkebolehan. Di satu sudut lain catatan sejarah juga menunjukkan Raja Idris dan juga Raja Yusuf merupakan penyokong kepada Inggeris dalam pergolakan Perak.

Sultan Idris Murshidul Azam mangkat pada 1916 di Istana Bukit Candan setelah memerintah 29 tahun. Gelaran beliau ialah Marhum Rahmatullah.

Masjid Jamek, Pekan Parit

- - - - -