Tuesday, February 28, 2017

Bacaan Tentang Sejarah British Di Perak

 

Bacaan mengenai sejarak silam perak.

"Playing along the Perak River: Readings of an Eighteen-Century Malay State" oleh Husni Abu Bakar. Southeast Asian Studies, Vol 4, No 1, April 2015. 34 pages.

 "Perak disturbances 1871-75: British colonialism, the Chinese secret societies and the Malay Rulers" oleh Azmi Ariffin. Jurnal Jebat, 39(1), July 2012. 24 pages.

"Perak and the Kinta Valley" oleh Victor T King and Mohamed Halib. 68 pages. Draft 2008.

"The origins of British colonization of Malaya with special reference to its tin" oleh Hideo Yamada. 21 pages.

Jendela Masa - Kumpulan Esei Sempena Persaraan Khoo Kay Kim. Penerbit Universiti Malaya. 2001. 262 pages.

Folder DT50 1 2020 Perak Sultanate.

 

Taman Rekreasi Spritzer

- - - - - 

Friday, February 17, 2017

Fracticide Ottoman Selim II

 

Entri asal geoab - link:

Semasa pemerintahan Selim II amalan fracticide masih diteruskan. Kali ini anak-anak dan ahli keluarga Selim II pula yang menjadi mangsa. Petikan berikut di ambil dari satu laman online (link). Setakat mana betulnya fakta tersebut perlu bacaan lanjut:

Selim II opened the list of weak sultans – the lack of 'survival of the fittest' in the form of battles of brothers after the death of their father could be felt. The practice of murdering brothers was continued by successive rulers, until Mehmed III. When he took the throne in 1595 he ordered to kill his 19 brothers. It evoked such depressing impression that the same sultan changed the course of action towards his sons: instead of sending them to the country to learn how to rule, he ordered to keep them in closed pavilions of the castle harem, called kafes (cage). The dukes were forbidden to leave the kafes or conceive children. They lived in constant fear of execution, which favoured mental illnesses – and in the long run weakened the quality of the ruling sultans. The influence of the ruler's mother grew in power.

Petikan dari sebuah artikel lain (link) - 

Selim II sendiri tidaklah terlibat dengan fracticide. Namun anak-anak Selim II ramai yang terbunuh. Mereka dibunuh oleh pengganti Selim II, Murad yang bimbang kepada ancaman adik beradik beliau

Five sons of Selim II, who have their sarcophagi in the mausoleum, were murdered on the night of their father's death. Their executions were made on orders of Selim's eldest son, Murad, to guarantee the seamless takeover of power in the Ottoman Empire.

22 selim ii legacy

Keindahan Masjid Selim II dari jauh

- - - - -

Monday, February 13, 2017

Pertempuran Period Selim II

 

Entri asal geoab - link:

Pentadbiran Selim II sebenarnya banyak diserahkan kepada Perdana Menteri beliau bernama Mehmed Pasya. Tidak berapa lama selepas naik takhta pada 1567 Selim II membuat perjanjian damai dengan Austria. Selim II juga mengiktiraf kekuasaan beberapa wilayah seperti Wallachia dan Bogdan (Moldova). Pada 1568 berlaku pula pergolakan di Yaman ditimbulkan oleh puak Syiah Zaidiyah. Pergolakan tersebut dipimpin oleh Imam Muhtar dan Selim II menghantar Hidir Reiss untuk menghadapi ancaman tersebut. Pada ketika itu Hidir Reiss sedang dalam perjalanan ke Aceh untuk misi membantu. Namun beliau terpaksa membatal rancangan ke Aceh sebaliknya belayar ke Yaman.

Pada 1569 Selim II mengadakan perjanjian dengan Raja Charles IX Perancis. Dikatakan juga perjanjian sebeginilah yang kemudiannya membawa kepada kehancuran Ottoman. Satu perkara yang berlaku ketika pemerintahan Selim II adalah jatuhnya wilayah Astrakhan pada 1557 ke tangan Russia. Akibatnya terhalangnya perjalanan jemaah Haji yang melalui Krimea. Pada 1569 Ottoman cuba untuk menguasai semuala Astrakhan. Namun cubaan Ottoman tersebut gagal. Menambah kusut keadaan apabila Laut Mediterranean juga sentiasa terganggu kepada pelayar dari Ottoman.

Maka pada 1571 Selim II mengarah pasukan Ottoman untuk menawan Cyprus. Mehmed Pasya tidak bersetuju dengan tindakan Selim II kerana bimbang berlaku semula Perang Sabil. Kebimbangan Pasya ternyata benar apabila berlakunya Perang Lepanto di antara pasukan Kristian pimpinan Don Juan menyerang angkatan Ottoman. Perang Lepanto menyebabkan kekalahan besar kepada Ottoman.

Namun kekalahan Ottoman dalam Perang Lepanto dapat ditebus semula apabila dapat menawan Tunisia pada 1574. Ottoman berjaya menewaskan pasukan kuasa besar Kristian Sepanyol dan Jerman.

Selim II died on December 15, 1574, because of head injuries sustained due to a fall. He was buried in a tomb at Hagia Sophia in Istanbul. He was the first of the few Sultans who died in Istanbul. Source: famous people - link.

Selim died in the Topkapı Palace after a period of fever brought on when he drunkenly slipped over on the wet floor of an unfinished bath-house, getting a head injury. 

Source: peoplepill dot com link.

23 selim ii

Senibina sebahagian Masjid Selim II

- - - - -

Friday, February 10, 2017

Ottoman ke11 Selim II (r.1566-1574)

 

Entri asal  geoab - link:

Selim II naik takhta Ottoman mengganti bapanya Suleyman The Magnificient yang meninggal dunia pada 1566 di khemah medan Perang Szigetvar, Hungary. Suleyman memang banyak memimpin perang melebarkan empayar (baca senarai peperangan zaman Suleyman - wiki). Amat berbeza pula dengan Selim II yang dikatakan tidak pernah turun memimpin perang sepanjang period pemerintahan beliau. Makanya sejarawan mengatakan beliau adalah pemerintah yang lemah dan period pemerintahan beliau sebagai permulaan jatuhnya Ottoman. Namun hal tersebut berlaku kerana Selim II diangkat sebagai pengganti Sultan dengan campur tangan dan helah ibu beliau Roxelana.

Salah seorang pesaing Selim II yang turut terbunuh angkara hasutan Roxelana ialah Mustafa (1515-1553). Baca artikel jurnal "Murder of Şehzade Mustafa as an ordinary but very painful event in terms of the Ottoman history". Jurnal Childs Nerv System 2016 - Springer link.

Petikan dari sebuah laman online (link):

Selim II's accession was a result of Suleyman’s decision to get Şehzade Mustafa strangled and Şehzade Bayezid killed on account of betrayal and rebellion respectively. His elder brother, Mehmed, died of smallpox, while his youngest brother, Cihangir, died of grief from Mustafa’s assassination.

Masjid Selim II, Erdine (link)

Baca "World heritage in Turkey: Selimiye Mosque makes grandeur of the Ottomans eternal". Daily Sabah 2020 - link.

- - - - -

Tuesday, February 07, 2017

Period Ottoman Selim II Selepas 1571 hingga 1574

 

Berikut adalah beberapa misi Ottoman ketika period Salem II sekitar 1571 hingga kematiannya 1574. Catatan diambil dari buku Maksudoglu page 139-142.

1571: Osmanli defeat at Lepanto (Inebahti)

Kejayaan Ottoman Selim II memasuki Cyprus telah membuatkan Kristian Eropah bertindak menyerang balas. Pada 1571 pasukan pakatan Papal, Spanish dan Venetian telah bergabung  membetuk pasukan laut. Mereka datang menyerang pasukan Ottoman di Lepanto (Inebahti) diketuai Don Juan, anak kepada Raja Charles V. Mereka dapat mengalahkan Ottoman yang diketuai Uluch Ali Pasha.

1572: Attempt at Suez Canal 

Pada sekitar period Selim II Portugis  telah menguasai laluan pelayaran ke Lautan India. Mereka turut menganggu pelayaran kapal jemaah haji menuju Mekah/Jeddah. Ottoman bertindak dan cuba membantu memudahkan pelayaran jemaah haji menuju Mekah.

1573-1574: Annexation of Tunisia

Kejayaan menguasai Tunisia adalah atas usaha yang diketuai Vizier Sinan Pasha dan Kapten Kilich Ali Pasha. Mereka berjaya menghadapi pasukan Kristian Eropah pimpinan Don Juan.

Sultan Selim II sepanjang pemerintahannya tidak pernah berangkat untuk bersama pasukan tentera Ottoman. Makanya Selim II boleh dikata pemerintah Ottoman yang lemah. beliau naik sebagai sultan kerana usaha ibunya Roxelana mengenepi dua pesaing Selim iaitu Mustafa dan Bayezid.

Selim II meninggal dunia pada 1574. Selim II amat suka dengan kota Edirne dan telah membina masjid hebat, Masjid Selimiyeh, sebagai legasi. Beliau diganti oleh sultan Murad III yang memerintah dari 1574-1595.

 

Masjid Selimiye, Edirne (dibina 1568)

 

 

source: archnet - link

Baca "World heritage in Turkey: Selimiye Mosque makes grandeur of the Ottomans eternal". daily sabah march 2020 - link.

- - - - -

Saturday, February 04, 2017

Ottoman Selim II (r.1566-1574)

 

Selim II adalah anak kepada Suleyman The Magnificient. Ayah Suleyman meninggal dunia pada 1566 ketika berada dalam khemah perang di Szigetvar, Hungary. Beliau mengetuai pasukan tentera Ottoman masuk ke wilayah Hungary. Ketika itu usia Suleyman sudah pun 72 tahun. Sebelum berangkat ke medan perang beliau sudah mulai sakit.

Ketika Suleyman meninggal dunia Selim II masih bertempur bersama pasukan di medan Perang di Belgrade. Sebaik mencapai kemenangan Salim II mengutus berita kepada ayahnya tanpa mengetahui Suleyman sudah tiada. Berikutnya, sekembali ke khemah tempat jenazah Suleyman, Selim II dilantik sebagai sultan Ottoman pada Sept 1566.

1569: Attempt to construct the Volga Canal. The purpose is to keep the Russian out of the lower Volga basin.

1570-1571: Membuka Cyprus kepada Islam. Cyprus kerap menimbulkan ancaman dengan menganggu laluan jemaah haji ke Hijaz.to Islam.Mustafa Pasha dan Piyale Pasha ditugas untuk menentang ancaman musuh. Pada 1570 mereka berjaya membuka Kyrenia (Girne) dan Baf (Paphos). Akhirnya pada 1571 mereka berjaya menguasai castle utama, Famagusta (Magosa) di Cyprus. 

 

 

Famagusta Castle

Source: wikiwand - link.

- - - - -