Ottoman ke19 Sultan Mehmed IV (1648-87)
Lounge Istanbul Airport
Entri asal geoab - link:
Setelah kematian Sultan Ibrahim yang dibunuh oleh
pemberontak pada 1648 naik menjadi Sultan Ottoman ke19 ialah anak beliau Mehmed
IV.
Pada awal period pemerintahan Mehmed IV iaitu dari 1648-1656
yang berkuasa penuh ialah nenek beliau iaitu Kosem Sultan sehinggalah ia
meninggal dunia pada 1651. Kemudian diikuti oleh ibu Mehmed IV bernama Turkan
Hatice Sultan (dari 1651-56). Period awal ini juga menyaksikan berlakunya
pemberontakan oleh tentera Janissari bersama tentera Sipahi. Di kalangan
pembesar yang berkuasa timbul pula pertembungan di antara Kosem Sultan dengan
wazir Sofu Mehmed Pasya. Kosem Sultan juga sebelum kematian beliau punya
rancangan untuk membunuh Mehmed IV.
Period pemerintahan Mehmed IV dari 1656 – 1676 merupakan
period tadbiran keluarga Koprulu. Period yang amat berjaya ini dikemudi oleh
dua tokoh Koprulu. Antara kejayaan mereka adalah berjaya menamatkan tentangan
pemberontakan Jalali. Pada 1657 Koprolu juga berjaya mengalahkan blockade yang
dilakukan oleh Venice. Kejayaan terbesar Koprolu adalah berjaya mengalahkan
tentera Russia pada 1659.
Tahun 1683 merupakan tahun duka pemerintahan Mehmed IV
kerana gagal dalam usaha menawan kota Vienna, Austria. Kegagalan tersebut
menyebabkan wazir Kara Mustafa telah dihukum bunuh. Impak dari kegagalan
tersebut juga telah menimbulkan pemberontakan pasukan Janissari.
Sultan Mehmed IV diturunkan dari takhta melalui
pemberontakan oleh Janissari. Turut menjadi mangsa ialah wazir Sijavus Pasya
yang mati dibunuh. Selepas dijatuhkan Mehmed IV telah di kenakan tahanan di
Istana Topkapi. Beliau akhirnya meninggal dunia di Istana Edirne pada 1693.
Pengganti Mehmed IV sebagai Ottoman ke20 ialah adik beliau Sultan Suleyman II
(r.1687-1691).
Yeni Valide Mosque, Uskudar
Bina pada 1708-10 oleh Sultan Ahmed III untuk ibunya
Baca wiki dan raillynews (link)
- - - - -
Bacaan Sultan Ibrahim Ottoman
Entri asal geoab - link:
Berbagai artikel dan bahan bacaan telah ditulis tentang Sultan
Ibrahim khususnya hal peribadi beliau. Dalam banyak tulisan beliau
digelar juga sebagai The Mad Sultan.
Baca “42 unhinged facts about Ibrahim, the mad Sultan of the Ottoman Empire”. factinate dot com – link. [entri ditulis oleh calun phd toronto canada]
“Mad Ottoman sultan: Ibrahim the first 1616-1648”. turkeyhomes – link.
“The surprising pastimes of ten of history’s worst rulers “. history collection – link.
“Facts about Ibrahim I – the man who lived in a cage”. ranker dot com – link.
“Ibrahim I of Turkey”. the mad monarchs – link.
The cage of Topkapi Palace
- - - - -
Sultan Ibrahim Ottoman (1640-1648)
Penerangan mengenai Sultan Ibrahim dalam buku Maksudoglu amat ringkas. Catatan mengenai beliau cuma ada dalam satu m/surat sahaja. Yang diceritakan cuma tentang kempen yang dilakukan oleh Ottoman Ibrahim ke atas Crete.
Rentasan sejarah bermula dengan persitiwa Sunbul Aga, seorang pegawai Ottoman dipintas oleh lanun ketika beliau dalam perjalanan ke Egypt. Mangsa berkenaan dirampas hartanya dan beliau dibunuh. Barang rampasan tesebut seterusnya dijual di Pulau Crete. Pada 1645 Ottoman bertindak menghantar kapal untuk berdepan Crete. Setelah puluhan hari menyerang Ottoman berjaya menguasai kota kubu Hanya Castle.
Catatan Maksudoglu berakhir dengan menyebut Sultan Ibrahim meninggal dunia pada 1648 kerana sakit lunacy (atau insanity). Artikel wiki pula menyebut Ibrahim mati dibunuh oleh para pembesar Ottoman yang menentang beliau. Turut dalam kumpulan penentang ialah ibu Ibrahim sendiri iaitu Kosem Sultan.
Naik mengganti Ibrahim adalah anak beliau Mehmed IV. Pada ketika mula menaiki takhta usia Mehmed cuma enam tahun.
Baca ibrahim (wiki), kosem sultan (wiki) dan mehmed iv (wiki).
Chania Castle, Crete
source: west-crete (link)
- - - - -
Ottoman ke18 Sultan Ibrahim (1640-48)
Entri asal geoab - link:
Ottoman ke18 menggantikan Murad IV ialah Sultan
Ibrahim. Beliau adalah anak Sultan Ahmed I dan juga adik kepada Murad IV (Ottoman ke17).
Sultan Ibrahim naik takhta ketika berusia 24 tahun. Beliau mewarisi
tahkhta kerana Sultan Murad IV tidak mempunyai anak lelaki. Sebelum
menjadi sultan Ibrahim hidup dalam depresi yang memanjang. Beliau
kehilangan ayahnya, Sultan Ahmed I, ketika berusia dua tahun. Beliau juga
menyaksikan sendiri trauma yang dialami Sultan Mustafa I yang hidup
stress dan kemudian dibunuh oleh kumpulan Janissari. Sultan Ibrahim juga
mengalami trauma akibat terbunuhnya abang-abang beliau Bayezid, Suleyman
dan Kazim kerana amalan fracticide. Sehingga beliau sendiri
ternanti-nanti nasib buruk yang bakal menimpanya.
Period pemerintahan Sultan Ibrahim selama lapan tahun boleh dibahagi
dua period – empat tahun pertama sebagai gemilang manakala empat tahun
kedua zaman yang kecundang. Kejayaan pada empat tahun pertama dicapai
dengan sumbangan oleh wazir Mustafa Pasya yang berkhidmat cemerlang.
Manakala period empat tahun kedua situasi mula kacau apabila Mustafa
Pasya telah dihukum bunuh kerana hasutan ibu Ibrahim (Kosem Sultan atau
Valide Sultan).
Pentadbiran negara bertambah parah apabila Ahmed Pasya memegang
jawatan sebagai wazir besar pada 1647. Penentangan terhadap Ahmed Pasya
bertambah runcing sehingga tercetus pemberontakan oleh Ali Pasya yang
memegang jawatan gabenor Sivas. Pembrontakan tersebut berakhir dengan
pemecatan Sultan Ibrahim dari jawatan beliau. Pemberontak melantik anak
Sultan Ibrahim bernama Mehmed IV sebagai pengganti. Ketika dilantik Mehmed IV baru
berusia tujuh tahun. Selepas dipecat Sultan Ibrahim mulanya dikurung namun akhirnya
dibunuh pada 1648. Sultan Ibrahim dimakamkan di Masjid Ayasofia.
Kocatepe Mosque Istanbul (jadaliyya dot com – link)
- - - - -