Tesis Tanzimat Ottoman 1839-76
Entri asal geoab - link:
Pembaharuan Tanzimat mula diperkenal. Tesis bertajuk “The Tanzimat
and the Problem of Political Authority in the Ottoman Empire:
1839-1876”. Tesis MA Rhode Island College, University of Chicago tahun
2006.
Kandungan:
Prelude to Reform in the Ottoman Empire 1774-1839.
Official Reformers: Statesmen and Official Reform of the Tanzimat Era.
Unofficial Reformers: The Intellectuals of the Tanzimat Era.
Conclusion.
Walls of Amed, Turkey
Sebuah heritage site Turkey (culture - link)
- - - - -
Pengakhiran Period Abdul Aziz 1876
Pada penghujung period pemerintahan Abdul Aziz berlaku pergolakan kerana adanya campur tangan kuasa asing untuk merosak pentadbiran Ottoman. Ramai yang membenci Muhammad Nezim Pasha dan menuduh beliau sebagai punca berlakunya kerosakan pentadbiran Ottoman. Pada Mei 1876 berlaku rusuhan mendesak Nezim Pasha meletak jawatan. Turut didesak melatak jawatan ialah Syeikhul Islam. Untuk menyelamat kedudukan Nezim Pasha telah melantik Hasan Fehmi Efendi sebagai Syeikhul Islam yang baru. Namun Sultan Abdul Aziz tidak bersetuju dan segera memecat Fehmi Efendi.
Bagi mereda keadaan Sultan Abdul Aziz dengan berat hati telah melantik Mehmed Rushtu Pasha sebagai grand vizier, Husin Efendi sebagai Syeikhul Islam dan Huseiyn Pasha sebagai menteri perang. Abdul Aziz tidaklah menaruh sepenuh kepercayaan kepada mereka yang telah dilantik. Sebaliknya menunggu masa untuk melantik semula Nezim Pasha. Maka kesemua mereka yang baru dilantik tadi telah berkomplot untuk menurunkan Abdul Aziz dari takhta. Melalui komplot tersebut mereka meminta fatwa dikeluarkan bahawa Abdul Aziz tidak lagi siuman dan mesti dilucut dari jawatan. Akhirnya pada penghujung Mei 1876 kumpulan yang berkomplot telah menyerang istana dan mengumum perlucutan jawatan Abdul Aziz. Beliau diganti oleh Murad V.
Stesen keretapi Rumeli Railway yang dibangun oleh Abdul Aziz
Source: raillynews - link
- - - - -
Ottoman Abdul Aziz - Catatan Maksudoglu
Maksudoglu
mm
Balloon flight Turkey
Source: travellingbackflip - link
- - - - -
Pemerintah Agung Ottoman Abdul Aziz (r.1861-1876)
Entri asal geoab - link:
Sultan Abdul Aziz ialah pemerintah Ottoman ke32. Beliau naik takhta
mengganti abangnya Abdul Majid I. Abdul Aziz dan Abdul Majid I adalah
anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30 – entri). Period pemerintahan
Sultan Abdul Aziz adalah dari 1861 ke 1876. Sultan Abdul Aziz
merupakan Sultan pertama Ottoman yang mengembara ke Eropah Barat. Pada
1867 beliau telah melawat kota Paris, Vienna dan England.
Sultan Abdul Aziz juga dingati atas sumbangan beliau membangun
pasukan armada Ottoman. Armada tersebut dibangun pada 1875 merupakan
yang ketiga paling besar di dunia. Beliau juga menyumbang sebagai
pengasas Kesatuan Pos Sedunia dengan Ottoman menjadi anggota pada 1875.
Sultan Abdul Aziz juga meminati bidang penulisan karya. Beliau juga
seorang ahli muzik berbakat dan mampu menggubah lagu.
Pada 1876 Sultan Abdul Aziz diguling dari takhta oleh para Menteri beliau yang diketuai Midhat Pasya.
Baca wiki.
Beylerbeyi Palace – dibina semula oleh Abdul Aziz pada 1861-1865
Beylerbeyi Palace – asalnya dibina pada zaman Sultan Mahmud II
(Source – link1 dan daily sabah – link)
- - - - -
Ottoman ke32 Sultan Abdul Aziz (1861-76)
Belum ada entri geoab
Hosap Castle, Turkey
source: travelling - link
- - - - -