Sejarah Kedatangan Islam Brunei
Antara tajuk yang banyak dikaji adalah kedatangan Islam ke Nusantara. Termasuk dalam kajian ini adalah Islam ke Brunei. Berikut beberapa sumber bacaan yang dipetik dari penerbitan Brunei.
Siri 1 - Sejarah kedatangan Islam ke Brunei Darussalam (source - link1)
Siri II - Cina: Pusat perdagangan Islam (source - link2)
Siri III - Tertubuhnya Kesultanan Brunei (source - link3)
Siri IV - Kesan-kesan Islam di Brunei (source - link4)
Baca "The golden history of Islam in Brunai" - link islam awareness.
Baca juga .. perkembangan Islam dan tamadun Melayu di Brunei Darussalam (source - D 1 2020 lembah bujang)
Sebuah Sekolah di Felda Lurah Bilut
- - - - -
Kesultanan Brunai - Sultan Abdul Majid Hasan (d.1408)
Kesultanan awal Brunai mencatatkan senarai lima Sultan pertama sebagai berikut:
Sultan Pertama - Sultan Muhammad Shah (r.1363-1402) [Awang Alak Betatar]
Sultan Kedua - Sultan Ahmad (r.1408-1425) [Patih Berbai/Pengiran Bendahara]
Sultan Ketiga - Sultan Sharif Ali (r.1425-1432) [Sultan Berkat]
Sultan Keempat - Sultan Sulaiman (r.1432-1485) [Di gelar Raja Tua kerana memerintah lama; mangkat pada 1511]
Sultan Kelima - Sultan Bolkiah (r.1485-1524) [Zaman keemasan Empayar Brunai meliputi Borneo dan Filipina]
Dari senarai tersebut dapat dilihat sultan pertama (Sultan Muhammad Shah) mangkat pada 1402 manakala sultan kedua (Sultan Ahmad) naik takhta pada 1408. Persoalannya apa berlaku pada tahun antara 1402-1408. Siapakah yang memerintah pada period tersebut?
Sejarah mencatatkan bahawa Sultan Muhammad Shah sepatutnya diganti oleh anak lelaki beliau yang bernama Majid Hassan. Sultan Majid Hassan telah berangkat melawat China dan mangkat di China pada Okt 1408. Beliau berangkat melawat China untuk berkunjung dan bertemu Maharaja China. Usia kemangkatan Baginda adalah ketika 28 tahun. Turut sama dalam rombongan ke China adalah 150 orang termasuk isteri Baginda, anak-anak dan ramai lagi. Laksamana Cheng Ho juga disebut turut mengiringi pelayaran Baginda.
Menurut catatan Sultan Majid Hassan sepatutnya naik takhta menggantikan Sultan Muhammad Shah. Namun dalam senarai kesultanan Brunai tidak pula mencatat nama Baginda. Sultan Majid Hassan pula mempunyai seorang putera bernama Hsia-wang.
Foto makam Sultan Majid Hassan di Nanjing, China
- - - - -
Labels: Brunai
Sejarah Awal Kesultanan Brunei
Membaca sebuah tesis tentang sejarah Brunei (tesis um 2016) tercatat di sana mengenai sejarah awal kesultanan Brunei. Tiga nama sultan awal Brunei adalah seperti berikut:
Awang Alak Betatar mula memerintah pada 1363M. Beliau menukar nama kepada Sultan Muhammad Shah (SMS) sesudah memeluk Islam pada 1371M. Ada juga yang menulis nama asalnya sebagai Awang Khalak Betatar.
Setelah kemangkatan SMS diganti oleh saudaranya Patek Merbai (atau Sultan Ahmad). Beliau memerintah darri 1408-1425M.
Setelah Sultan Ahmad mangkat diganti pula oleh Sharif Ali dengan gelaran Sultan Berkat. Sharif Ali adalah menantu kepada Sultan Ahmad. Beliau merupakan keturunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hasan.
Bacaan sebenar 012020. source - lisanbrunei.
Artikel panjang mengenai silsilah kesultanan Brunei boleh baca di sini - link.
Suasana perumahan period PKP
- - - - -
Labels: Brunai