geopractice
Tuesday, April 14, 2020
Wednesday, April 08, 2020
Al-Farabi 870-950 (Bacaan Buku RAJ)
Entri mengenai al-Farabi pernah dipost pada Mei 2011 (al-farabi). Selepas menemui buku oleh RAJ yang menyenarai AF sebagai tokoh besar maka sedikit catatan dibuat berdasarkan bacaan tersebut.
Nama sebenar Farabi ialah Abu Nasr Muhammad ibn Muhammad ibn Tarkhan ibn Awzalagh (atau Uzlugh). Ia lebih dikenali sebagai al-Farabi sempena tempat kelahirannya Farab di Turkestan. Beliau lahir pada sekitar 870M. Ia berpindah ke Baghdad pada usia 40 tahun (sekitar tahun 910 M) dan menetap di sana selama 20 tahun. Beliau meninggal dunia di Damsyik Syria pada 950M akibat di serang oleh perompak ketika beliau dalam pengembaraan.
Menurut RAJ al-Farabi adalah berfahaman Syiah. RAJ juga menyebut kurun ke 10 masehi dirujuk sebagai kurun Syiah kerana ia bertepatan dengan zaman peningkatan kegemilangan fahaman tersebut. Kota Baghdad sendiri sungguh pun menjadi kota khalifah pemerintah namun perlahan2 ia beralih tangan kepada kumpulan dinasti militari Syiah iaitu golongan Buyid. Pada zaman hayat al-Farabi juga Imam ke-12 Syiah diisytihar bertukar dari ghaib kepada occultation (iaitu pada 941M).
Pemerintah Abbasiah ketika sepanjang hayat al-Farabi adalah Al-Muktasim (833-842M); Al-Wathiq (842-847M); Al-Mutawakkil (847-861M); Al-Muntasir (861-862M); Al-Musta’in (862-866M); Al-Mu’taz (866-869M); … Al-Mu’tafi (902-908M) dan Al-Muqtadir (908-932).
Hari pertama ketika di kota Mekah 2013
– – – – –
Monday, April 06, 2020
Al-Farabi (872-950M)
Al-Farabi terkenal sebagai tokoh falsafah. Beliau juga memberi sumbangan dalan bidang metafizik, logik, matematik dan muzik. Nama penuh beliau Abu Nasr Muhammad al-Farabi lahir pada 872M di daerah Khurasan atau Kazakhstan. Sumber berikut- ptta, menulis tempat kelahiran sebagai Farab di Turkistan (kerana itu nama al-Farabi). Beliau meninggal dunia 950M di Damsyik.
Baca – wikipedia; muslimphilosophy.
Bacalah buku “Teori politik Al-Farabi dan masyarakat Melayu” tulisan Idris Zakaria. Buku terbitan DBP tahun 1991. Dah beli lama tapi belum baca pun.
Sebuah buku terbitan Oneworld Publication – Al-Farabi, Founder of Islamic Neoplatonism: His life, works and influence. Buku tulisan Majid Fikhry.
Sebuah universiti di Khazakhstan – Al-Farabi Kazakh National University (kaznu).
Sebahagian binaan bangunan Kellie’s Castle
– – – – –
Sunday, April 05, 2020
Dua Puluh Lima Cendekiawan Islam
Selain buku mengenai tokoh sahabat dan tokoh musyrik dalam Qur’an turut dipasarkan ialah buku mengenai ilmuwan Islam yang telah menempa nama. Sebanyak dua puluh lima disenaraikan dalam buku berkenaan. Mereka ialah;
Al-Batani (858-929M); Al-Biruni (973-1048); Al-Farabi (872-951); Al-Farghani (w.861); Al-Jahiz (781-869); Al-Jazari (1136-1206); Al-Khazin (900-971); Al-Khawarizmi (780-850); Al-Kindi (801-873); Al-Razi (865-925); Al-Zahrawi (936-1013); Al-Zarqali (1029-1087); Ibnu Al-Baitar (1188-1248); Ibnu Bajjah (1095-1138); Ibnu Firnas (810-887); Ibnu Al-Haitham (965-1040); Ibnu Khaldun (1332-1406); Ibnu Al-Nafis (1213-..); Ibnu Miskawyh (932-1030); Ibnu Rusyd (1126-1198); Ibnu Sina (980-1037); Ibnu Tufail (1105-1185); Ibnu Zuhr (1091-1161); Jabir Ibnu Hayyan (750-815); Umar Khayyam (1048-1131)
Senarai berikut pula disusun menurut tarikh riwayat hidup;
1. Jabir Ibnu Hayyan (750-815)
2. Al-Khawarizmi (780-850)
3. Al-Farghani (w.861)
4. Al-Jahiz (781-869)
5. Al-Kindi (801-873)
6. Ibnu Firnas (810-887)
7. Al-Razi (865-925)
8. Al-Farabi (872-951)
9. Al-Batani (858-929)
10. Al-Khazin (900-971)
11. Ibnu Miskawyh (932-1030)
12. Al-Zahrawi (936-1013)
13. Ibnu Al-Haitham (965-1040)
14. Al-Biruni (973-1048)
15. Ibnu Sina (980-1037)
16. Al-Zarqali (1029-1087)
17. Umar Khayyam (1048-1131)
18. Ibnu Zuhr (1091-1161)
19. Ibnu Bajjah (1095-1138)
20. Ibnu Tufail (1105-1185)
21. Ibnu Rusyd (1126-1198)
22. Al-Jazari (1136-1206)
23. Ibnu Al-Baitar (1188-1248)
24. Ibnu Al-Nafis (1213-.. )
25. Ibnu Khaldun (1332-1406)
Stesen hentian jip di puncak Bukit Larut
Friday, April 03, 2020
Tokoh Pengelasan Ilmu
Membaca para awal bab pertama (m/s 3) buku Bicarawara Sains Islam disebut nama-nama tokoh pengelasan ilmu. Mereka adalah al-Khawarizmi al-Katib, al-Farabi, al-Ghazali, Ibn Khaldun dan al-Ikfani. Empat nama pertama merupakan tokoh yang biasa didengar namun tokoh kelima (al-Ikfani) adalah nama yang agak asing. Siapakah al-Ikfani?
Tidak banyak yang dapat di google tentang al-Ikfani. Mungkinkah nama tersalah eja yang sepatutnya al-Akfani. Elok benar kalau menyebut nama dalam penulisan disertakan sekali nama penuh atau setidak-tidaknya dinyata juga tahun kelahiran atau tahun kewafatan tokoh tersebut. Cara yang dicadang ini banayak diguna pakai dalam penulisan di Barat.
Pek KFC jualan Mekah
– – – – –
Labels: Sejarah Islam
Wednesday, April 01, 2020
Membaca al-Farabi
Labels: islamic history