Artikel Kaum Madura di Malaysia
Sebuah artikel "Komuniti Madura di Malaysia: satu pengamatan antropologikal tentang aspek kepimpinan" terbit dalam Jurnal Akademika. Jurnal adalah terbitan UKM pada 2009. Berbanding etnik Jawa lain orang Madura merupakan kelompok etnik yang agak lewat
berhijrah ke Malaysia iaitu bermula pada awal tahun 1980-an.
Terdapat satu anggapan di Indonesia bahawa orang Madura
merupakan kelompok etnik yang sangat kuat dalam mempertahankan identiti dan
cara kehidupan mereka. Orang Madura dikatakan tidak mahu berubah meski pun ke
mana mereka bermigrasi, sama ada di Jawa Timur, Jawa Barat, dan Kalimantan
Barat. Andaian tersebut juga menjadi sebab kenapa berlaku konflik antara kelompok etnik Melayu, Dayak dan Madura di Sambas, Kalimantan Barat pada Januari 2009.
Sumber: akademika (link).
Artikel ini ditemui apabila membuat carian tentang Tengku Shamsul Bahrin. Beliau merupakan akademia yang telibat dalam menubuhkan UKM. Tengku Shamsul Bahrin pernah menulis sebuah artikel "The pattern of Indonesian migration and settlement in Malaya". Artikel terbit dalam jurnal Asian Studies pada 1967.
Premis McD Teluk Cempedak
- - - - -
Tesis Budaya Politik Melayu Shah Alam (2004)
Sebuah tesis "Budaya politik Melayu bandar: kajian kes di Shah Alam" pada tahun 2004. Tesis oleh Abdul Latiff Mohd Ibrahim.
Source - UM link.
Event di stadium aquatic
- - - - -
Tesis Islamic Talismanic Shirts (2014)
Mereka yang pernah berkunjung ke Museum Topkapi Istanbul pasti pernah melihat koleksi baju perang yang dipamer. Di kalangan pengkaji Barat baju tersebut dinama sebagai Islamic Talismanic Shirts. Sebanyak lebih dari seratus baju berkenaan tersimpan dalam koleksi Topkapi. Kebanyakannya datang dari zaman Uthmaniah.
Untuk penjelasan lanjut baca sebuah tesis "God is the best Guardian: Islamic talismanic shirts from the gunpowder empires". Tesis phd in religious studies oleh Rose Evelyn Muravchick Pennsylvania University pada 2014.
Baca juga artikel "A warrior's magic shirt" - link 2015. [Victoria & Albert Museum]
Islamic Talismanic Shirt (source - vam ac uk)
- - - - -
Buku Kontrak Sosial
Buku Kontrak Sosial ditulis oleh Datuk Abd Manaf Haji Ahmad. Buku terbitan Utusan pada tahun 2009. Pengarang pernah bertugas sebagai Pegawai Pelajar di Kedutaan Malaysia di Cairo. Beliau juga berjaya memperolehi MA dari Cairo.
Kontrak Sosial
Baca juga artikel "Toleransi orang Melayu mengharmonikan pemajmukan kaum di Malaysia". Artikel 14 m/surat terbit dalam Jurnal Melayu 2019 - link ukm.
"Isu-isu sensitif dalam masyarakat majmuk di Malaysia pasca PRU-14: aplikasi pendekatan kesederhanaan. Artikel terbit dalam sebuah prosiding ipta 2018 - UM link.
- - - - -