Saturday, May 13, 2023

Qusai bin Kilab


Selepas Amru bin Luhay tugas menjaga Kaabah dan urusan haji dipikul pula oleh Qusai bin Kilab.

Salzburg 2

- - - - -

Wednesday, May 10, 2023

Amru bin Luhay


Kabilah yang menguasai kota Mekah di pimpin oleh Amru bin Luhay. Beliau dikata pembesar yang memula penyembahan berhala dan meletak patung berhala di Kaabah. Beliau juga menjamu makan kepada jemaah yang datang berhaji ke Mekah.

Salzburg 1

- - - - -

Saturday, May 06, 2023

Kaum Jurhum, Qatura dan Quzaah Mekah


Menurut buku EM kaum Jurhum yang berasal dari Yaman mendiami Mekah selepas penjumpaan telaga zamzam oleh Hajar. Nabi Ismail mengahwini dua wanita kaum Jurhum. Perkahwinan pertama dengan Hara (ada yang menulis Imarah) binti Saad. Kemudian dicerai atas nasihat bapa (Nabi Ibrahim). Perkahwinan kedua dengan Sayyidah al-Harits. Pernikahan Nabi Ismail dengan anak elit Jurhum dikurnia dua belas anak. Mereka adalah Nabit, Qidar, Adbil, Mubsim, Musymi', Dauma, Dawam, Masa, Haddad, Tsitsa, Yathur dan Nafisy. 

Selepas kewafatan Ismail anak-anak Baginda mewarisi tugas menjaga Ka'abah dan Mekah. Tugas tersebut berakhir kepada seorang waris Baginda bernama Madhadh bin Amru Al-Jurhum. Kabilah Jurhum ketika itu telah berpecah dua - Jurhum dan Qatura. Jurhum pimpinan Madhadh manakala Sumaidza memimpin Qatura. Kedua-duanya masih mendiami kota Mekah.

Selang beberapa lama timbul persengketaan di antara dua kabilah tersebut. Puak Jurhum dapat mengalahkan Qatura dengan Sumaidza sendiri gugur terbunuh.

Puak Jurhum kemudiannya kalah pula kepada Bani Haritsah bin Tsalabah bin Amr bin Amir. Menurut sesetengah ahli sejarah mereka adalah Bani Khuzaah (atau Quzaah). Bani Quzaah asalnya juga dari Yaman.

[Catatan buku EM m/surat 6-8].

Baca kisah keturunan Nabi Ismail terusir dari Mekah. kalam id (link).

Sebuah pondok bas (Austria)

 


Peta perjalanan Nabi Ibrahim dan Ismail ke Mekah

- - - - -

Wednesday, May 03, 2023

Mekah dan Bakkah

 

Nama kota Mekah juga dikenali dengan nama Bakkah seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran ayat 96-97. Ada yang menyebut Bakkah bermakna padat dan mendorong. Merujuk kepada suasana ramai orang dan sesak ketika ibadah tawaf. Ada juga yang memakna Bakkah sebagai tempat leher orang zalim dipatahkan. Seperti mana merujuk kepada peristiwa Abrahah yang cuba masuk menyerang Mekah. 

Ada juga yang membeza Bakkah merujuk kepada cuma sekitar Kaabah dan Baitul Haram. Manakala Mekah merujuk wilayah sekitar yang lebih luas.

Nama lain Mekah disebut juga Bait al-'Atiq atau Baitul Atiq (bererti rumah pembebasan). Mekah juga memberi makna tempat kering dan kurang air.

[Catatan bacaan Ensiklopedia Mekah].

Baca "Makkah dan Bakkah". republika id dec 2017.

Masjid Putrajaya 0223

- - - - -