Wednesday, February 28, 2024

Kassim Ahmad - Kenapa Jiwa Radikal


Kassim mencerita sebab kenapa beliau berjiwa radikal. Ada banyak faktor penyebab. Termasuk kerana keturunan. Sebelah ayahnya dikata seorang yang degil. Faktor lainnya adalah keadaan penindasan kaum petani sekitar tempat lahir (i.e., Kubang Pasu) dan tempat beliau dibesarkan. Faktor ketidakadilan kaum penjajah dan kaum feudal. Turut berperanan adalah ajaran keadilan dalam Islam.

Jiwa pengasih Kassim terhadap kaum tertindas datang dari ibu beliau. Ibunya seorang yang pengasih. Satu faktor lain adalah ajaran Islam dan ideologi sosialis yang beliau anuti sewaktubelajar di universiti.

Buku Ratu - Napoleon and Islam

- - - - -

Sunday, February 25, 2024

Kassim Ahmad - Jasa Buku Pak Leh


Antara yang dicerita dalam memoir Kassim Ahmad adalah jasa Pak Leh, seorang tukang kayu di Bandar Baharu Kedah. Ketika itu bapa Kassim Ahmad bertukar sekolah mengajar di BB. Pak Leh juga merupakan guru bertukang dalam kelas pertukangan sekolah. Jasa Pak Leh adalah meminjamkan tiga jilid buku cerita  Hikayat Hang Tuah kepada Kassim Ahmad. Kassim mencerita ia membaca buku tersebut dengan gelojoh dan bacaan yang meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa muda beliau.



Buku Ratu - The Spanish Conquistadores
[Terbitan 2009]

The Spanish quest to colonize the New World, especially Aztec Mexico, Mayan Guatemala, and Incan Peru and Columbia, led to the eventual Spanish rule of the continent by politicians and bureaucrats. This compelling edition examines the politics and personalities behind one of the most expensive, bloody, and far reaching campaigns in human history. Chapters discuss relevant topics, including the rise of the Spanish empire, Cortes's adventure in Mexico, the shape and composition of the Spanish and native armies, the subjugation of the Incas, the voyage down the Amazon, and Cabeza de Vaca's journey from president day Florida to Texas.

amazon - link.

- - - - -


Friday, February 23, 2024

Pengalaman Kassim Ahmad - Mengail dan Kemalangan


Mengisah pengalaman masa cuti sekolah atau setiap hujung minggu. Aktiviti mengail ikan di kawasan bendang. Diceritakan teknik menangkap ikan yang berbagai. Antara teknik yang disebut - teknik mengail, menyerkap ikan, menahan taut, menangkul ikan, dan mengelau ikan. Hasil tangkapan dikawasan bendang adalah ikan keli, puyu, dan haruan.

Ada lima kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau berlaku semasa kecil dan ketika sudah bersekolah dan juga setelah dewasa;

Jatuh dari tingkap rumah ke bawah ke tanah pasir pada ketinggian sekitar tujuh kaki (ketika usia dua tahun).

Peristiwa pecah batas ban dan hampir hanyut.

Kena bola ragbi yang ditendang kuat dan terus pengsan.

Jatuh dua belas anak tangga ketika membawa pakaian siap basuh untuk dijemur.

Kereta dipandu ister jatuh ke dalam Sungai Gedung, Perak, ketika pulang satu mesyuarat parti.


Rak buku Ratu Level 2

- - - - -

Wednesday, February 21, 2024

Pengalaman Kassim Ahmad - Guru Mandi Murid


Kassim Ahmad dilahirkan pada 9 September 1933 di Kg Kubang Tampang, Kubang Pasu Kedah. Nama asal beliau adalah Osman tetapi kerana kerap sakit nama itu ditukar menjadi Kassim.

Pada masa kecil ketika di sekolah Kassim melihat amalan guru memandikan kanak-kanak yang kurang bersih di pancur. Ketika murid dimandikan guru berkenaan turut menggunakan batu kasap untuk mengeluarkan daki. 

Sebuah buku oleh Kassim Ahmad

- - - - -

Friday, February 16, 2024

Tafsir Juz 28 - Dua Anak Thamit


Membaca tafsir juz 28 dimulai dengan surah Al-Mujadalah. Ayat awal adalah mengenai kisah hukum zihar Khaulah dan suami beliau, Aus bin Thamit. Tafsir oleh Hamka turut menyebut nama abang Aus iaitu Ubadah bin Thamit (b.586M). Ketokohan Ubadah jauh lebih banyak dikisahkan dalam sejarah. Ubadah adalah antara tokoh yang terlibat dalam perjanjian aqabah pertama dan kedua. Perjanjian yang memberi dokongan kepada perjuagan Nabi Muhammad dalam awal menyebar Islam. 

Ubadah juga menyertai banyak perang bersama Nabi Muhammad. Antaranya adalah Badar, Uhud, Khandaq dan berbagai lagi. Ubadah juga menyertai perang merebut Cyprus dari Byzantine. Beliau membawa bersama isteri, Umm Harram ketika serangan tersebut. Diceritakan bahawa Umm Harram terbunuh dalam perjuangan menawan Cyprus. Peristiwa berlaku pada 648M.

Nota:

Khaulah panjang hayatnya hingga era khalifah Umar. Umar pula sangat menghormati Khaulah. Menyebut bahawa suara/persoalan Khaulah didengar Allah maka tentulah beliau sangat istimewa.

Mushaf yang tersimpan di Tashkent

- - - - -

Saturday, February 10, 2024

Terjemahan Quran Alexander Ross 1649


Terjemahan Quran pertama ke bahasa Inggeris dihasilkan oleh Alexander Ross sekitar 1649. Sebetulnya terjemahan oleh Ross bukanlah dari Quran bahasa Arab. Ross menterjemah berasas kepada sebuah terjemahan lain yang asalnya dalam bahasa Perancis. Terjemahan asal tersebut dibuat oleh Andre du Ryer pada 1647.

Petikan quran archive (link):

Alexander Ross (1590–1654) was a Scottish Christian cleric, orientalist and a chaplain to King Charles I, known for making the first complete English translation of the Quran on May 7, 1649. The translation was named “The Alcoran of Mahomet” and is actually translated from a French translation by André du Ryer published in 1647, and not from original Arabic (Ross did not know Arabic). Some have stated that the original author of this translation is anonymous, but it is attributed to Ross due to his writing a caveat to it. The translation is at times widely different from the original. Notwithstanding the protestant missionary and combative tone of the translation, it stands out as the first English translation of the Quran.

Produk Tajikistan

- - - - -

Tuesday, February 06, 2024

Bacaan Petikan Buku Harun


Ketika membicara tentang Harun Nasution penulis buku SOFISEA turut memetik petikan beberapa buku Inggeris. Antaranta adalah;

Fazlur Rahman, Islam and Modernity: Transformation of an intellectual tradition, 1982.

John Walbridge, God and Logic in Islam: The Caliphate of Reason, Cambridge U Press, NY 2011. [Professor at NELC Indiana Uni] 

Ulrike Freitag, A history of Jeddah, Cambridge Uni Press 2020. 16 pages intro (link).

Binyamin Abrahamov, Islamic Theology: Traditionalism and Rationalism, Edinburgh Uni Press 1998.

Muhammad Abdel Haleem, Understanding the Quran, IB Tauris 1999.

Muhammad Abdel Haleem, Exploring the Quran: Context and Impact, IB Tauris 2017.

Johanna Pink, Muslim Qur'anic Interpretation Today: Media, genealogies and interpretive communities, Equinox Publishing 2019. 18 pages intro - link.

MyeongDong

- - - - -

Friday, February 02, 2024

Bacaan Harun Nasution


Harun Nasution disenarai sebagai salah seorang 'shapers of Islam in SE Asia'. Shaper diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai 'pembentuk'. Selain Harun turut tersenarai dua tokoh Indonesia, Kuntowijoyo dan Zakiah Daradjat. 

Petikan - menteri agama RI Haji Rasjidi (1915-2001) was the most aggressive interlocutor of Nasution. He described Nasution as a byproduct of orientalist training.

Berbalik kepada Harun Nasution ada beberapa buku tulisan beliau yang sering dipetik. Senarainya seperti berikut;

Pembaharuan dalam Islam: Sejarah pemikiran dan Gerakan, terbitan Bulan Bintang 1992.

Islam Rasional: Gagasan dan Pemikiran, Penerbit Mizan 1989.

Akal dan wahyu dalam Islam, Universitas Indonesia Press 2011.

Falsafat dan Mistisisme Dalam Islam, Bulan Bintang 2014.

Teologi Islam: Aliran-aliran sejarah analisis perbandingan, Univsrsitas Indonesia Press 2002.

Falsafat Agama, Bulan Bintang 1973.

Islam ditinjau dari berbagai aspeknya, UI Press 1985.

Sebuah kafe

- - - - -