Kejatuhan Sultan Bayezid I (1402)
Entri asal - geoab.
Kejayaan Bayezid seperti entri sebelum adalah suatu yang amat
memberangsang. Namun kini dibicarakan pula perkara duka tentang Sultan
Bayezid I. Salah satu usaha besar yang Bayezid lakukan ialah untuk
menawan Konstantinople. Pasukan beliau telah memulakan usaha tersebut
dengan tindakan kepungan ke atas Konstantinople. Kepungan berlarutan
lama dari 1394 hinggalah 1402. Pada period yang sama Bayezid terpaksa
pula menghadapi tentangan tentera Salib. Setelah berjaya menewaskan
pasukan Salib maka Bayezid bersedia untuk meneruskan serangan ke
Konstantinople.
Namun secara tiba-tiba muncul pula serangan oleh pasukan Tamerlane
(r.1370-1405). Serangan melibatkan kedua musuh ini dikenali sebagai
Perang Ankara yang terjadi pada Julai 1402. Pasukan Bayezid terdiri dari
120 ribu tentera manakala Tamerlane bilangan mereka lebih kecil sekitar
80 ribu. Apa yang berlaku adalah Tamerlane berjaya mengalahkan pasukan
Ottoman dan Bayezid sendiri telah ditawan bersama anak beliau, Mustafa.
Bayezid akhirnya meninggal dunia selepas setahun dalam tahanan di
Aksehir pada 1403.
Selepas kematian Bayezid para pembesar Tamerlane telah memilih Mehmed
Celebi mewarisi takhta Ottoman. Namun saudara-saudara Mehmed yang
seramai empat orang tidak mahu mengakui kedaulatan Mehmed. Keempat
mereka adalah Isa Beg, Musa Beg, Emir Sulayman dan Mustafa saling
berebut wilayah untuk pemerintahan masing-masing. Maka berlakulah perang
saudara yang berlanjutan selama sebelas tahun. Perang saudara tersebut
meninggal kesan buruk kepada Ottoman. [Celebi = prince or young lord].
Baca “Dramatic representation of the Battle of Ankara and Bayezid I captivation by Tamerlane”. 12 pages (link).
“The Battle of Ankara and its consequences” Two pages of introduction (brill).

Gambaran Tamerlane bersama Bayezid ketika dalam tahanan (wiki)
– – – – –
Ottoman ke4 - Sultan Bayezid I
Entri asal - geob.
Selepas kematian Murad I pada 1389 naik sebagai pengganti dan
mengetuai Uthmaniyah ialah Sultan Bayezid I. Beliau ialah anak kepada
Sultan Murad dan menjadi Uthmaniyah ke4 memerintah period 1389 hingga
1402. Period pemerintahan Bayezid I dipenuhi sejarah gembira dan juga
duka. Hal yang gembira adalah bila mana Bayezid berjaya menyatu padu
emirates kecil atau wilayah kecil yang pada awalnya memberontak. Bayezid
berjaya memulihkan perpaduan politik wilayah Aydin, Saruhan, Mentese,
Germiyan dan juga Karaman. Berikutnya perpaduan politik berjaya
diwujudkan di wilayah Aksaray, Nigde, Kayseri, Amasya dan kota-kota
lainnya.
Pada 1391 Bayezid mulakan usaha menyerang Byzantine untuk menawan
kota Konstantinople. Tindakan awal beliau adalah mengepung Konstatinople
dan pengepungan itu berterusan selama lima tahun. Pada masa yang sama
Bayezid terus juga berusaha masuk ke Eropah dan pada 1394 beliau berjaya
menawan Bulgaria, Greece, Venice dan Salonica.
Kejayaan besar Bayezid I adalah menang Perang Salib pada 1396.
Bayezid dengan kekuatan tentera cuma seramai 70 ribu berdepan dengan
pasukan Salib yang jauh lebih besar seramai 200 ribu. Perang salib
tersebut dikenali nama Perang Nikopolis kerana tercetus di pinggir
Sungai Danube lokasi tepatnya di kota Nikopol, Bulgaria.
Kemenangan besar Bayezid dalam Perang Salib pada 1396 menyebabkan
Raja Manuel yang menguasai Konstantinople berasa tergugat. Beliau lantas
menerima tuntutan Bayezid dan memberi izin membina masjid untuk
kegunaan Muslim di wilayah Byzantine. Kejayaan Perang Salib dan
keputusan Raja Manuel menyebabkan Bayezid menunai nazar dengan membina
sebuah masjid besar di Bursa. Kota Bursa terletak sekitar 90km dari
Istanbul. Kalau berkereta jauhnya sekitar 152 km. Lebih dekat dengan menaiki feri.

Masjid Besar Bursa (source – istanbul)
– – – – –
Ottoman Murad I (1362-1389) dan Janissari
Entri susun semula (link):
Satu perkembangan besar yang diperkenal oleh Sultan Murad I (r.1362-89) ketika
period pemerintahan beliau ialah penubuhan pasukan tentera yang dikenali
sebagai Janissari. Sebelum penubuhan Janissari pasukan tentera Ottoman
adalah terdiri dari rekrut yang diambil bekerja atas inisiatif Jeneral
Kara Halil (d.1387) di kota Busra. Kaedah merekrut menimbul masalah
kerana ramai rekrut yang lari keluar meninggalkan pasukan tentera.
Kerana
masalah dalam merekrut maka kaedah baru ialah dengan menubuh pasukan
askar baru bermula pada sekitar tahun 1378. Pasukan tentera baru ini
dikenali dalam nama Turki, Yenichari, yang membawa makna askar baru
(i.e., Janissari). Anggota janissari terdiri dari anak-anak kaum Balkan
yang wilayah mereka menjadi tawanan Ottoman.
Rumelian Fortress, Istanbul
Nota:
Turki pada zaman Ottoman terkenal juga dengan binaan kubu untuk
mempertahan dari serangan musuh. Salah satunya adalah Kubu Rumali
Istanbul.
The
Rumelian Fortress Istanbul was built by Fatih Sultan Mehmet in 1452.
The castle was built on the narrowest point of the Bosporus to prevent
possible attacks from the north of Istanbul. Its construction was
completed in just ninety days.
Source - daily sabah (link).
- - - - -
Buku Consorts of the Caliphs
Buku terbitan NYU Press tahun 2015. Buku 'Consorts of the Caliphs - women and the court of Baghdad' editing oleh Shawkat M Toorawa dan dua lagi editor. Buku asal tulisan Ibn al-Sa'i.
Ibn al-Sa'i (d.674H/1276M) was a historian, law librarian, and prolific author from Baghdad. His considerable scholarly output included treatises on hadith, literary commentaries, history of the caliphs, and biographical collections, though little has survived.
Women and the Court of Baghdad
Terbitan NYU Press
Consorts of the Caliphs is a seventh/thirteenth-century compilation of anecdotes about thirty-eight women who were, as the title suggests, consorts to those in power, most of them concubines of the early Abbasid caliphs and wives of latter-day caliphs and sultans. This slim but illuminating volume is one of the few surviving texts by Ibn al-Sa'i (d. 674 H/1276 AD). Ibn al-Sa'i was a prolific Baghdadi scholar who chronicled the academic and political elites of his city, and whose career straddled the final years of the Abbasid dynasty and the period following the cataclysmic Mongol invasion of 656 H/1258 AD.
- - - - -