Ottoman Ahmed III (r.1703-1730) - Catatan Maksudoglu
Sebaik Sultan Mustafa II dijatuhkan pada 1703, Ahmed III datang menuju Istanbul dari Edirne. Ahmed III naik takhta Ottoman dan bertindak mengawal keadaan dan mengatur semula peraturan. Ahmed III juga mengeluarkan banyak wang untuk membayar para tentera untuk menyokong beliau.
Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemerintahan Ahmed III yang dimuatkan dalam buku Maksudoglu:
1711: Battle of Prutt. Pasukan Ottoman diketuai Batalji Mehmed Pasha, manakala Russia diketuai Czar Peter. Pasukan Ottoman yang berjaya. Russia memulangkan Azak Castle kepada Ottoman.
1716: War with Austria. Pada 1715 pasukan Ottoman diketuai oleh Ali Pasha berjaya dalam pertempuran Petervaradin. menawan Semenanjung Morea dari Austria. Pada 1717 pasukan mara ke Belgrade bertempur sekali lagi dengan Austria. Kali ini Ottoman kalah dan Belgrade jatuh ke Austria. Ketua pasukan Otttoman diganti pula oleh Ibrahim Pasha. Beliau melihat kelemahan Janissari kerana adanya unsur rasuah yang melampau. Pada 1718 Pasha enggan meneruskan perang dan bertindak mengadakan Perjanjian Passarowitz. Ottoman terpaksa menyerah beberapa wilayah dan kota termasuk Belgrade kepada Austria. Apabila Ibrahim Pasha pulang ke Istanbul beliau berjaya memulihkan ekonomi Ottoman. Namun tindakan beliau mengadakan festival tulip dengan berbelanja besar menyebabkan rakyat marah. Ibrahim Pasha akhirnya ditentang dan berakhir dengan kematian.
1723: War with Iran.
Pada 1723 berlaku revolt di Iran bila mana puak Afghan bertindak mennetang Safavid. Mereka berjaya menawan Isfahan dan mengakhiri kekuasaan Safavid. Kejayaan tersebut menaikkan Sunni memerintah dan mereka bergandingan dengan Ottoman.
Kejayaan pasukan Ottoman di bawah pimpinan Ibrahim Pasha membuatkan Ibrahim melantik ramai kerabat memegang jawatan penting Ottoman. Amalan nepotism oleh Ibrahim membuatkan rakyat marah dan bangun menentang Ottoman. Penentangan tersebut membawa kepada Sultan Ahmed III diturunkan dari takhta pada 1730. Beliau diganti oleh Mahmud I yang memerintah period 1730 hingga 1754.
Haydar Pasha Mosque, Nicosia, Cyprus
source: travel articles - link
Haydar Pasha Mosque, the former church of St. Catherine, was
built in the 14th century and it follows the southern France architectural style. In 1570, it was changed into a mosque by the Ottomans, who
added a minaret on to the southwest corner of the church. [supermastertv - link]
- - - - -
The 1720 Imperial Circumcision Celebrations Ottoman
Entri asal geoab - link:
Period pemerintahan Sultan Ahmed III dari 1718-1730
dikatakan zaman sultan bermewah. Salah satu sejarah berbelanja mewah tersebut
ialah majlis berkhitan yang diadakan secara besaran. Ada sebuah buku ditulis
oleh ahli sejarawan mengesahkan majlis khitan tersebut. Buku bertajuk “The 1720
Imperial Circumcision Celebrations in Istanbul” terbitan Brill. Publication
date Sept 2020 (brill – link).
Buku The 1720 Imperial Circumcision Celebrations
Baca juga artikel “Chasing Documents at the Ottoman Archive:
An Imperial Circumcision Festival Under Scrutiny“. Artikel tebal 26 m/surat.
Medieval History Journal 2019 – link.
- - - - -
Tesis Ottoman Sultan Ahmed III
Entri asal geoab - link
Sultan Ahmed III memerintah dari 1703-1730. Ada sebuah tesis
tentang Sultan Ahmed III yang memfokus kepada bakat dan sumbangan beliau dalam
seni khat. Tesis bertajuk “Sultan Ahmed III (r.1703-1730) as a calligrapher and
patron of calligraphy”. Tesis phd oleh Philippe Bora Keskiner, SOAS London Uni
pada 2012 (link).
Kandungan:
The reign of Ahmed III and visual arts of the period.
The Calligrapher Sultan and his court of Calligraphers.
Sultan Ahmed III calligraphic panels, monumental
inscriptions, and works applied on tiles.
Sultan Ahmed III’s Qur’an manuscripts and calligraphic
albums.
Re-employing the Royal Monogram: the introduction of the
Tughra as a calligraphic format.
Completing the new image of the Calligrapher-Sultan: Ahmed
III innovative signatures.
The legacy of Ahmed III as a calligrapher.
Conclusion.
Folder: Hzq 2021 Ottoman Selim.
Ahmed III Fountain’s Kiosk (istanbul guide – link)
Fountain dibina pada 1728 atas arahan Sultan Ahmed III
- - - - -
Ottoman ke23 Sultan Ahmed III (1703-1730)
Entri asal geoab - link:
Selepas Sultan Mustafa II diturun dari takhta adik beliau
Ahmed III pula diangkat menjadi sultan. Kedua-dua beradik ini adalah anak
kepada Mehmed IV tetapi berlainan ibu. Period pemerintahan Ahmed III yang
panjang dapat dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah dari 1703 hingga
1718 yang dikatakan sebagai period yang positif di mana keamanan wujud di dalam
negeri. Zaman awal pemerintahan Ahmed III juga menyaksikan kejayaan Ottoman
merampas kembali beberapa wilayah yang jatuh ke tangan musuh.
Period kedua pemerintahan Ahmed III bermula 1718 hingga 1730
dinamakan sebagai zaman Tulip dan merupakan period dengan gejala negatif. Pada
period ini wujud nepotisme dalam pemerintahan Ottoman dan berlakunya amalan
hedonisme. Nepotisme dimulakan oleh wazir Damad Ibrahim.
Akhirnya pada 1730 Sultan Ahmed III telah diturun kuasa
melalui satu pemberontakan yang diketuai Patrona Halil. Ahmed III diganti pula
oleh Mahmud I yang memerintah pada 1730-1754.
Sultan Ahmed III Library, Topkapi (travel – link)
- - - - -