Tesis Ottoman 1789-1839
Entri asal geoab - link:
Ottoman period 1789-1839 adalah di bawah pemerintahan Selim III
(1789-1807) dan Mahmud II (1808-1839). Ada sebuah tesis tentang Ottoman
period 178-1839. Tesis bertajuk “Elite configurations and clusters of
power: the Ulema, waqf, and Ottoman state 1789-1839”. Tesis phd McGill
University tahun 2013.
Kandungan:
Ottoman political structure and the Ulema: Pre-Tanzimat period.
Thw waqf as leverage for elite institutionalization in the Ottoman Empire.
Centralization of Awqaf as a tool for elite reconfiguration.
Reforms, elite conflicts and historical contingency.
Conclusion.
Folder: Hzq 2021 Ottoman Mustafa
Alamya Bay, Turkey
source: travelling - link
- - - - -
Tesis Russia dan Ottoman 1821-1833
Entri asal geoab - link:
Tesis bertajuk “The Grand Strategy of the Russian Empire in the Caucasus against Its Southern Rivals (1821-1833)”.
Antalya Harbout, Turkey
travelling - link
- - - - -
Tesis Ottoman Mehmed Pasya 1805-1839
Tesis berkaitan pemerintah Ottoman dengan Egypt “Households in Ottoman
politics: the rivalry between Husrev Mehmed Pasha and Mehmed Ali Pasha
of Egypt”. Tesis MA Sabanci University tahun 2013.
Olympos Beach, Turkey
travelling - link
- - - - -
Tesis Ottoman Mahmud II 1808-1839
Entri asal geoab - link:
Mahmud II diangkat sebagai Ottoman ke30 mengganti abangnya Mustafa IV
pada 1808. Ada sebuah tesis tentang pemerintahan Mahmud II khususnya
mengenai diplomasi dengan Mehmed Ali. Tesis bertajuk “Mahmud II
and Ottoman Diplomacy in the context of the
Mehmed Ali Problem (1832‐1839): with special
reference to the Ottoman Archives in İstanbul”. Tesis
phd oleh Serkan Demirbas, East Anglia University, tahun 2015.
Kandungan:
The Mehmed Ali crisis.
The striking effects of Russian military presence in Istanbul during the Mehmed Ali problem.
The vital importance of the Treaty of Unkiar Skelessi from the point of view of Mahmud II’s secret plan.
The Euphrates Project in the context of the Mehmed Ali crisis and its effects on Anglo-Ottoman relations.
Mahmud and his statesmen’s Diplomatic Harvest Season after all their efforts to win British cooperation.
British public opinion , change and Balta Limani.
Anglo-Ottoman cooperation to enhance the Ottoman Empire in the new era after Unkiar Skelessi.
The culmination of Sultan Mahmud’s diplomacy prior to his ultimate critical bettle with Mehmed Ali.
Conclusion.
Source – uaeprint (link).
Baca artikel “Mahmud II and His Statesmen’s Diplomatic Manoeuvers to
Solve Mehmet Ali Pasha Crisis”. Journal of History and Idea, 17 m/surat
by S Demirbas (link).
Kampus East Anglia University
- - - - -
Ottoman Mahmud II - Catatan Maksudoglu
Mahmud II adalan anak kepada Abdul Hamid I bersama ibu bernama Naksidi Sultan, dikatakan berasal Georgia (d. 1817 - wiki). Mahmud II adalah adik beradik tiri dengan Mustafa IV.
Pada period awal Mahmud II keadaan dalam negara masih bergolak. Puak yang menyokong dan menolak reform ketenteraan masih bertelagah. Pada satu malam golongan yang menentang reform dan bersama dengan sebahagian Janissari telah bertindak menyerang kediaman Alemdar Mustafa Pasha dan membunuh beliau.
Dalam keadaan Ottoman yang bercelaru Czar Russia dan Raja Perancis telah berpakat untuk bersama-sama menentang Ottoman. Pada 1810 Russia telah menyerang Ottoman dari bahagian Anatolia. Mereka berjaya menguasai Castle Ismail dan Ibrail yang terletak di bahagian Ottoman sebelah Eropah. Russia juga masuk meyerang Wallachia dan Modova. Namun tetiba pasukan Napoleon Perancis pula yang datang menyerang Russia. Maka pada 1812 Russia terpaksa membuat perjanjian Bucharest dengan Ottoman. Perjanjian tersebut menetapkan beberapa isu pembahagian wilayah sempadan.
Perjanjian Bucharest dapat menghentikan isu perang dengan Russia dan Serbs. Kini Ottoman memberi perhatian pula kepada isu ancaman Wahabbi di Semenanjung Arab. Muhammad Ali Pasha dari Ottoman Egypt diarah untuk berbincang dan bertindak mengenai hal tersebut. Ali Pasha telah menghantar dua anak beliau Tosun Pasha dan Ibrahim Pasha untuk mengetuai pasukan tentera ke Arab. Mereka berjaya mengalahkan puak Wahabbi di beberapa lokasi pertempuran dan mengembalikan kekuasaan Ottoman.
Isu Nasionalisme dan kesannya terhadap Ottoman .
Isu nasionalisme mula diperkenal oleh Eropah sebagai senjata untuk menaik semangat warga non-Muslim wilayah Ottoman bangkit menentang Ottoman. Isu nasionalisme digunakan oleh Eropah bagi menyatu Jerman dan Itali serta usaha untuk memecah belah Ottoman.
1821: Pemberontakan warga Greek Ottoman.
Russia telah meniup semangat supaya warga Greek dan non-Muslim Eropah di Ottoman bangun menentang pemerintahan Ottoman. Rusuhan mula tercetus di Eflak dan Morea pada 1821. Rusuhan di Eflak dapat dibendung manakala yang di Morea telah merebak kerana hasutan dari para agamawan (priest). Di Istanbul archbishop gereja orthodoks Greeks turut menghasut supaya merusuh dan beliau telah didakwa dan dibunuh atas tuduhan khianat. Pada 1825 Ibrahim Pasha, anak kepada Muhammad Ali Pasha, telah berusaha keras untuk meredakan rusuhan dan memulihkan keadaan.
1826: Abolition of Janissary Corps.
1828: The Greek Independence. Ada peranan Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir, mengkhianati Ottoman dalam memerdekakan Greek.
1830:Occupation of Jeyazir by France.
1839: Pasukan Muhammad Ali Pasha menyerang dan menguasai Syria.
Mahmud II died of tuberculosis, in 1839. His funeral was
attended by crowds of people who came to bid the Sultan farewell. His son
Abdul Majid I succeeded him and would continue to implement Tanzimat reform
efforts. Abdul Majid reign from 1839 till 1861.
Safranbolu, Turkey Heritage Site
Baca "Safronbolu: the city of saffron". itinari dot com - link.
- - - - -
Pemerintah Agung Ottoman Mahmud II (r.1808-1839)
Entri asal geoab - link:
Mahmud II adalah pemerintah Ottoman ke-30. Beliau memegang takhta
Sultan Ottoman pada period 1808 hingga 1839. Period pemerintahan Mahmud
II menyaksikan banyak reformasi dalam sistem pentadbiran, fiskal dan
juga ketenteraan. Banyak wilayah empayar Ottoman mula dapat bebas.
Antaranya adalah Serbia yang berjaya mendapat kuasa autonomi. Greece
pula mula memperjuang untuk mendapat kemerdekaan.
Pada 1826 Mahmud membuat reformasi ketenteraan dengan menamatkan Kor
Janassari dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka. Seterusnya
Mahmud II menubuhkan sebuah angkatan tentera baru. Pada 1834 Mahmud
melakukan satu lagi reformasi iaitu menubuhkan perkhidmatan pos. Beliau
juga mewajibkan pendidikan sekolah rendah di seluruh empayar. Mahmud II
juga membuka sekolah perubatan dan menghantar ramai pelajar melanjutkan
pelajaran ke Eropah. Beliau juga memperkenal pakaian ala Eropah dalam
wilayah jajahannya.
Satu lagi reformasi Mahmud II adalah memperkenal reformasi Tanzimat
yang menzahirkan dokumen rasmi penting Hatt-i Serif Gulhane dan Hatti
Humayun.
Mahmud II juga menghadapi serangan dari tentera pimpinan Ibrahim
Pasya iaitu anak kepada Ali Pasya. Mahmud II pernah berjanji untuk
melantik Ali Pasya sebagai Gabenor Syria. Namun Mahmud II mungkir janji
maka Ibrahim Pasya bertindak menyerang Syria yang ketika itu sebhagian
empayar Ottoman. Ibrahim Pasya berjaya merampas Damsyik, Aleppo dan
seterusnya Konya.
Pada 1839 Mahmud II menghantar tentera ke Syria untuk menyerang
Mesir.Wakau bagaimana pun pasukan Mahmud II tewas teruk di Nizip, sebuah
daerah di tenggara Turki. Tidak lama selepas kekalahan tersebut Mahmud
II pula meninggal dunia.
Tomb of Mahmud II (source – link)
- - - - -
Ottoman ke30 Sultan Mahmud II 1808-1839
Entri asal geoab - link:
Sultan Mahmud II naik takhta Ottoman pada 1808 selepas Mustafa IV
(Ottoman ke29) dilucut jawatan dan dibunuh. Mahmud II anak kepada Sultan
Abdul Hamid I (Ottoman ke27)dan adik kepada Mustafa IV.
Sultan Mahmud II diingati sebagai pelopor yang memperkenal Ottoman
Turki kepada sistem sekular moderat. Ketika penghujung hayatnya beliau
memperkenal pembaharuan atau sebuah reform yang dinamakan Tanzimat.
Reform tersebut menandakan bermulanya Turki bergerak ke era modernisasi
yang memberi impak besar kepada sistem sosial, perundangan dan gaya
hidup Ottoman.
Sultan Mahmud II meninggal dunia pada 1839 kerana sakit batuk kering
(tuberculosis). Beliau meninggal dunia ketika dalam suasana peperangan
tentera Ottoman diketuai Hafiz Pasya dengan tentera Mesir pimpinan
Ibrahim Pasya. Peperangan di Nizip tersebut berakhir dengan kekalahan
pihak Ottoman. Sultan Mahmud II diganti oleh Sultan Abdul Majid I
sebagai Ottoman ke31 yang meneruskan usaha reform Tanzimat.
Tomb of Mahmud II
(normadic – link)
- - - - -