Tuesday, January 22, 2019

Tesis Arsenal Ottoman 1838-1871


Entri asal geoab - link:

Tesis bertajuk “The arsenal of Ottoman modernity: workers, industry, and the state in late Ottoman Istanbul”. Tesis phd Northeastern University tahun 2018.


Pamukale - sebuah lokasi heritage Turkey

source: tour - link

- - - - -

Saturday, January 19, 2019

Ottoman Abdul Majid 1 (1839-61) - Catatan Maksudoglu


Abdul Majid I adalah anak kepada Mahmud II bersama ibunya Valide Sultan Bezmialem (d.1853 - wiki). Abdul Majid berpendidikan Barat dan fasih berbahasa Perancis. Abdul Majid naik takhta pada usia 18 tahun. Maka pemerintahan Abdul Majid banyak bergantungan kepada dokongan kuat dari pembesar Mustafa Resid Pasha, Mehmet Amin Pasha, dan Fuad Pasha.

Resid Pasha diberi tugas melaksana perubahan penradbiran yang dikenali sebagai Tanzimat. Tanzimat memberi hak yang sama kepada semua tanpa mengira pegangan agama dan bangsa. Tanzimat juga bermakna menyerah urusan kewangan negara sepenuhnya kepada perbendaharaan pusat.

Strukutur pentadbiran Ottoman pada period tersebut  merosot teruk dann memerlukan perubahan dilakukan. Namun begitu pendekatan Nizam-i Jedid dan Tanzimat yang dirancang menunjukkan kurang berkesan malah keadaan menjadi semakin rosak. Perubahan yang dirancang tersebut semata-mata atas inisiatif Resid Pasha secara persendirian. Beliau pula dikatakan menerima desakan dari kuasa luar. 

Perkembangan lain yang berlaku sepanjang period Abdul Majid I adalah Perang Crimea yang berlarutan pada 1853-56. Tanah Suci Jerusalem menjadi isu pertikaian di antara Katolik dan Ortodoks. Pihak Russia mahukan cengkaman mereka ke atas Ortodoks yang ada seramai 1.2 juta penganut di Ottoman. Namun kemahuan Russia telah ditolak oleh satu committee yang ditubuh oleh Resid Pasha. Majoriti seramai 43 ahli committee menolak berbanding dua yang bersetuju. Russia marah dengan keputusan tersebut dan bertinadak menyerang Wallachia dan Moldova pada 1853. Pasukan pimpinan Omer Pasha pula berjaya mengalahkan Russia di Oltanniche. 

Berikutnya Britain dan France bersekutu dengan Ottoman melawan Russia pada 1854. Gabungan ini berjaya megalahkan Russia di beberapa lokasi pertempuran. Perang Crimea berakhir dengan adanya Paris Treaty pada 1856 di mana Crimea diserahkan kepada Russia manakala Kars kepada Ottoman. Kawasan Laut Hitam pula ditutup sepenuhnya kepada Russia dan Ottoman. Wallachia dan Moldova bebas mentadbir sendiri wilayah masing-masing manakala Serb pula diakui sebagai merdeka.

Perkembangan yang berlaku mengakibatkan Muslim Ottoman marah dengan Abdul Majid I. Kemarahan tersebut bertambah parah bila melihat pembesar Ottoman hidup dalam keadaan mewah dengan amalan rasuah. Manakala negara terpaksa berhutang banyak dengan Eropah dan inflasi meningkat tinggi.

Keadaan yang meruncing tersebut menyebabkan beberapa tokoh merancang berkomplot menjatuhkan Abdul Majid. Komplot tersebut disertai oleh Syeikh Ahmed dan Ferik Huseyn Pasha. Mereka turut menjemput Hasan Pasya menyertai sama. Namun Hasan telah membocor rahsia kepada sultan. Akibatnya seramai empat puluh ahli komplot telah ditangkap pada 1858. Kesemua mereka dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati. Namun Abdul Majid meringankan hukuman mereka kepada penjara. 

Apa yang telah berlaku telah menyebabkan Abdul Majid berasa terganggu dan kesiahatan beliau merosot. Abdul Majid meninggal dunia pada 1861. Beliau diganti oleh adiknya Abdul Aziz yang memerintah period 1861-1876. 

Goreme - salah satu tapak heritage Turkey

source: info - link

- - - - -


Tuesday, January 15, 2019

Pemerintah Agung Ottoman Abdul Majid I (r.1839-1861)


Entri asal geoab - link:

Pemerintah Ottoman ke-31 ialah Sultan Abdul Majid I. Beliau menggantikan bapanya Sultan Mahmud II yang mangkat pada 1839. Period pemerintahan Abdul Majid I ialah 1839-1861 menyaksikan kebangkitan gerakan nasionalisme Ottoman. Abdul Majid I berusaha menerap semangat patriotik Ottoman di kalangan puak pemisah untuk mengelak perpecahan.

Abdul Majid I juga cuba membentuk angkatan tentera bersekutu dengan United Kingdom dan Perancis yang keduanya menjadi kuasa besar di Eropah. Beliau juga dengan rasmi menjadikan Ottoman sebagai sebuah anggota negara Eropah pada 1856.

Pencapaian paling besar Abdul Majid I adalah pelaksanaan reformasi Tanzimat yang disediakan oleh bapa beliau Sultan Murad II. Reformasi tersebut berjaya memajukan dan memodenkan Ottoman secara berkesan pada 1839.


Istana Dolmabahce yang dibina pada zaman Abdul Majid I (source – link)

- - - - -

Saturday, January 12, 2019

Ottoman ke31 Abdul Majid (1839-61)


Entri asal geoab - link:

Sultan Abdul Majid naik takhta sebagai Ottoman ke31 pada tahun 1839. Beliau adalah anak kepada Sultan Mahmud II (Ottoman ke30). Beliau naik takhta menggantikan ayahnya, Mahmud II, ketika itu Abdul Majid baru berusia 18 tahun. Abdul Majid naik takha ketika Mesir sedang bangkit dengan kehebatan pemimpinnya Mehmed Ali Pasya. Mehmed pula tidak mengakui kepimpinan Sultan Abdul Majid.

Pentadbiran pada zaman Sultan Abdul Majid digerak oleh sebuah badan birokrasi yang diketuai oleh tokoh Freemason, Mustafa Reshid Pasya. Pentadbiran Ottoman Sultan Abdul Majid bersama Reshid Pasha melancar program pembaharuan Tanzimat yang disusun sesuai dengan konsep Barat. Program Tanzimat mula dilancar pada 1839 di Rose Pavilion, Istana Topkapi. Pada 1856 program Tanzimat diperkukuh melalui peringkat piagam atau Edict of Improvement yang dipanggil Piagam Hatti-i Humayun. Bagi melancarkan tugas berkenaan Tanzimat, Reshid Pasya telah dibantu oleh dua pengikut setianya iaitu Ali Pasya (Perdana Menteri) dan Fuad Pasya (Menteri Luar). 

Dolmahbace Palace

Dolmahbace Palace served as the main administrative center of the Ottoman Empire from 1856 to 1887 and from 1909 to 1922.

- - - - -

Wednesday, January 09, 2019

Mesin Espresso


Melihat jualan mesin espresso yang dipamer di Norman.




- - - - -