Siapa Ibn Ishaq?
Catatan bacaan m/s 85.
Prof Hamka dalam kitab azhar dalam tafsir ayat 162 surah An Nisa (i.e., Juz 6 m/s 85) menyebut dua periwayat - Ibn Ishaq dan al-Bayhaqi. Prof Hamka menyebut orang Yahudi yang mendapat pujian kerana dalamnya ilmu mereka dan disertai sama iman. Mereka adalah Abdullah bin Salam serta dua teman beliau - Usaid bin Sya'ah (ada yang eja Sa'yah) dan Tsa'labah bin Sya'ah. [Ada yang menambah nama ketiga Asad bin `Ubaid - link].
Siapakah Ibn Ishaq?
Nama beliau Abu Abd Allah Muhammad ibn Ishaq ibn Yasar al-Muttalibi. Ibn Ishaq lahir sekitar 85H/704M di Madinah dan meninggal dunia pada 150H/767M di Baghdad. Ibn Ishaq terkenal sebagai seorang sejarawan Muslim berbangsa Arab. Beliau telah mengumpulkan periwayatan lisan yang menjadi asas penting biografi Nabi Muhammad SAW. Sirah yang ditulis Ibn Ishaq kemudiannya di sambung pula oleh Ibn Hisyam dan dikenali sebagai Sirah Ibn Hisyam.
Baca wiki - link.
Baca juga 'The Making of an Image: The Narrative Form of Ibn Ishaq's Sirat
Rasul Allah'. Katherine Amanda Milby 2008 - link.
'The problem with ibn ishaq' answering christians claim (link).
who was ibn ishaq (islam great religion - link).
Masih dikedai buku
- - - - -
Imam Al-Baihaqi (994-1044M)
Siapakah Imam Al-Baihaqi? Nama beliau Imam al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Husain bin Ali bin Musa al-Baihaqi. Beliau lahir pada 994 dan meninggal dunia pada 1044M. Tempat kelahiran beliau adalah Baihaq yang kini dikenali Sabzevar di wilayah Khurasan. Beliau meninggal dunia di Nishabur, juga sebuah kota di Khurasan.
Imam Bayhaqī (384-458 AH) was a great hadith master and Shāfeʿī jurist, who was praised by Dhahabī as ‘Shaykh of Islam’ and ‘unequalled in his age’ (wāḥid zamānih). He authored monumental works on Hadith and Islamic law, as well as important books of theology (in which he represented an early Ashʿarī persuasion).
Antara kitab besar Imam Baihaqi adalah Sunan al-Kubra - "The Major Book of the Prophet's Sunnnas", is a 24 volume hadith compilation and considered his magnum opus. It is considered the largest, most organized and comprehensive of all the Sunan collections.
Ada sebuah tesis mengenai al-baihaqi - Siddiq, S. Muhammad (1930) A critical examination of the "Tarikh I Bayhaqi". soas (link).
Kedai buku tertua - Salzburg, Austria
The Creed of Imam Bayhaqi
[GBP8 / RM47]
- - - - -
Imam Masjid Thailand 2005
Rajeswary dalam buku beliau menyebut berdasar wawancara peribadi dengan para Imam Thailand berikut;
Masjid Mahank - masjid paling kaya; Imam bernama Nai Samar Wongsangiam; lulusan Al Azhar Uni Cairo.
Masjid Ansoritchachunnah dikenali juga sebagai Masjid Noi (Noi Mosque Bangkok); Imam bernama Nai Abdul Rohmanhasan Karimi; lulusan dari Arab Saudi dan Mesir.
Masjid Nah-to-tul-itsalah, Nonthaburi - Imam Nai Saphi-I Wanaelo lulusan Arab Saudi.
Baca info tentang dua puloh enam masjid sekitar Bangkok - halal travel (link).
Bang Luang mosque - wiki (link).
Minoriti Melayu Bangkok dan sekitar. tesis um 2017 (link).
Salzburg
- - - - -
Tokoh Thailand
Selain menyebut tentang beberapa buah masjid shiite, Rajeswary dalam note 87 juga menyebut beberapa nama tokoh shhite thailand. Antaranya adalah - Syed Sulaiman, graduan lulusan dari Universiti Islamiyah Qom sebagai formal leader. Selain beliau disebut juga beberapa tokoh akademia seperti Dr Chulitphong Chularat (Dept ofHistory, Chulalongkorn Uni), Manas Kiattarai (Silpakorn Uni) dan beberapa tokoh dari Mahidol Uni (nama mereka tidak dinyatakan). Tokoh lainnya adalah Adul Manajit, Rainan Arunrangsri dan Usman Lookyee.
General Sondhi Bunyaratkalin (b.1946) adalah seorang Shia (walau tidak alim/pious) yang pernah memimpin penentangan secara rebel terhadap Thaksin pada 2006 [note 99 buku rajeswary page 241; wiki - link].
View kat Hallstatt
- - - - -
Masjid Imam Ali BKK
Sebuah lagi masjid bagi jemaah shiite di bkk adalah masjid imam ali. Cuba elak dari tersilap tempat. Lokasinya dikatakan kawasan Bangkru -
Southern Outer Ring Rd., Lat Luang, Phra Pradaeng District, Samut Prakan 10130. [Bangkok Thailand 44/14 Suksawad 70/21, Bangkru, Pra-pradang Samutprakarn 10130]
Satu lagi Masjid Alhuda Bkk - Masjid Al-Huda 64 / 22 mu.5 Suanpak, Chim Phli Taling Chan Bangkok 10170 - fb (link).
Masjid Imam Ali
- - - - -
Masjid Shia Thailand
Kalau nak mencari tempat solat di Thailand eloklah berhati-hati. Elak dari beberapa masjid yang menjadi tempat tumpuan jemaah Shia. Buku Rajeswary m/s 240 catatan note 87 menyebut -
most of the shiite mosques are in Thonburi (the other side of Chaophraya River) and in Thungkru, Phrapradaeng, Baankhaek, Bangkokyaiand Suanplu. The most famous shiite mosque is Gudi Charonenpas in Bangkok.
Baca wiki - link.
Baca juga 'Shia Muslims held Friday prayer at Patthalung, Thailand'. - link.
'Historical mosques and their environs in Bangkok'. siam society - link. ahlul bayt link2.
Masjid Kudi
source -fb (link)
- - - - -
Persekolahan Awal Melayu Singapura - Sekolah Telok Blanga
Ada sebuah artikel bertajuk 'Sejarah persekolahan Melayu Singapura'. Artikel ditulis oleh Kamsiah Abdullah (ikuti bspot beliau - link). Buku SNU menyebut juga, dengan memetik artikel KA, bahawa kegusaran ibu bapa melarang anak mereka belajar di sekolah missionary Inggeris. Kegusaran mereka ada betulnya juga kerana memang ada kes murid Melayu yang terpengaruh dengan dakyah misionari berkenaan.
Sumber - buku benih budiman 2015 (link).
Baca buku yang terukir (link).
Baca juga brand icon malay leader - link.
Sekolah Perempuan Telok Blanga
[sumber - link]
- - - - -
Sekolah Melayu Kota Raja
Buku SNU m/s 9 menyebut bahawa Sekolah Melayu Kota Raja, Spore merupakan sekolah yang menempat pelajar Melayu belajar dalam Darjah VII. Ia adalah satu-satunya sekolah yang ada penempatan Darjah VII untuk pelajar Melayu.
Namun untuk layak ke Darjah VII bukanlah mudah. Pelajar sekolah Melayu darjah IV dikehendaki terlebih dulu menduduki ujian masuk sekolah Inggeris. Hanya yang lulus dapat masuk dan ditempatkan dalam SMC1 dan SMC2. Setelah dua tahun (tamat SMC1 dan SMC2) mereka akan didaftar pula ke sekolah Inggeris darjah III. Memang panjang perjalanannya dan lama masa.
Dalam awal tahun 80an ia dijadikan sebagai ibupejabat MENDAKI, sebelum berpindah di bangunan barunya sekarang di Sekolah Melayu Siglap. (fb - link).
Sekolah Kota Raja
[sumber - link]
- - - - -
Lea Sports Center Kuching
Semasa berada di Kuching beberapa minggu lalu sempat juga menyinggah ke sebuah kedai pakaian sukan, Lea Sports Center atau singkatannya LSC. LSC adalah bisnes yang diasas secara famili berpusat di Kuching. LSC kini diketuai oleh Raymond Sim. Kalau di Semenanjung kita ada bisnes yang serupa dengan jenana Al-Ikhsan.
LSC memula bisnes pada Mei 1984. Kebanyakan premis perniagaan mereka adalah merata bandar Kuching. Turut membuka cawangan di Sibu, Miri, Bintulu dan juga di Kota Kinabalu. Mereka turut punya dua cawangan di Semenanjung iaitu di Aeon Mall Nilai dan Kota Bharu.
Nota sampingan:
Singkatan LSC juga ada dalam matematik dan geodesi. LSC yang bermakna least squares collocation. LSC dalam geodesi diguna banyak dalam menghitung dan memodel bentuk sebenar bumi.
Sebuah premis LSC, di Plaza Sarawak
LSC penaja utama jersey pasukan Kuching City FC
- - - - -