Tesis Ottoman – Sultan Ahmed I
Entri asal geoab - link:
Bagi mengetahui sejarah mengenai Sultan Ahmed I ada sebuah tesis yang
boleh dibaca. Tesis bertajuk “Factions and favorites at the courts of
Sultan Ahmed I (r.1603-17) and his immediate predecessors”. Tesis phd
oleh Gunhan Borekci, Ohio State University, tahun 2010.
Kandungan:
Introduction
chp 1: a sultan and a dynasty in crisis – Mehmed III and his short reign 1595-1603.
chp 2: a young sultan on the throne – Ahmed I and his early reign an unusual succession.
chp 3: a court of factions and favorites
chp 4: Ahmed I and his favorites
Conclusion.
Folder: D 1 2019 bayezid timurlane.

Topkapi Palace
- - - - -
Inovasi Pentadbiran Sultan Ahmed
Entri asal geoab - link:
Sultan Ahmed ialah pemerintah Ottoman yang dilantik pada usia muda.
Maka beliau merupakan sultan pertama menaiki takhta tanpa pengalaman
pentadbiran. Namun begitu semasa period pemerintahan beliau telah
memperkenal beberapa perubahan kepada sistem pentadbiran Ottoman.
Antaranya Sultan Ahmed menghentikan tradisi shehzade iaitu khidmat
sebagai gabenor wilayah. Sultan Ottoman sebelum ini dilantik dari
kalangan shezade atau perlu pengalam tugas sebagai shezade. Sebaliknya
Sultan Ahmed memperkenal lantikan sultan berasaskan prinsip akbariyye
(bermakna yang lebih tua) dan arshadiyye (yang lebih matang). Satu lagi
perubahan besar yang dilakukan oleh Sultan Ahmed ialah menghentikan
amalan fracticide. Satu amalan bagi para pewaris takhta menghapus
pesaing mereka.
Di segi pembangunan fizikal pula Sultan Ahmed telah membina Masjid Sultan Ahmed dengan tujuan menandingi kehebatan Hagia Sophia.
Petikan wiki (link):
Sultan Ahmed I died of typhus and gastric bleeding on 22 November 1617
at the Topkapı Palace, Istanbul. He was buried in Ahmed I Mausoleum,
Sultan Ahmed Mosque. He was succeeded by his younger brother Şehzade
Mustafa as Sultan Mustafa I. Later three of Ahmed’s sons ascended to the
throne: Osman II (r. 1618–22), Murad IV (r. 1623–40) and Ibrahim (r.
1640–48).
Hippodrome – sebuah mercu tanda di Sultan Ahmed Square, Istanbul
Source: wiki ; tour turkey (link)
- - - - -
Sultan Ahmed Membaiki Masjidil Haram
Entri asal geob - link:
Semasa period pemerintahan Sultan Ahmed beliau menyumbang usaha
memperelok Masjidil Haram Mekah. Antara usaha beliau ialah membaiki
Kaabah yang rosak kerana banjir. Beliau juga membuat pancuran emas
(mizab) untuk pembuangan air di loteng Kaabah. Pancuran emas tersebut
berguna ketika mencuci loteng tatkala turun hujan.
Selain membina pancur emas, Sultan Ahmed juga menyumbang di segi usaha
membuat kelambu Kaabah atau kiswah. Pada masa dulu kiswah Kaabah
diperbuat di Mesir. Pada period Sultan Ottoman Ahmed kiswah telah mula
diperbuat di Istanbul, Turki.
Satu lagi sumbangan Sultan Ahmed ialah meletakkan binaan besi seperti
sarang labah-labah di telaga Zamzam. Beliau menutup telaga zamzam untuk
mengelak bahaya mereka yang suka terjun ke telaga supaya kononnya dapat
mati syahid.
Selain usaha di Masjidil Haram Sultan Ahmed turut memperelok Masjidil
Nabawi Madinah. Beliau menukar mimbar lama Masjid Nabawi kepada batu
marmar yang dibawa khas dari Turki.
Source: page 267 Turki Abdullah Abd Rahman.
Banyaknya binaan megah di Istanbul
- - - - -
Pergolakan Period Sultan Ahmed I
Entri asal geoab - link:
Apakah sejarah yang berlaku sepanjang period Sultan Ahmed I dari 1603-1617?
Pemerintahan Ottoman waktu tersebut menghadapi ancaman berterusan dari
Kristian Eropah. Penentangan ke atas Ottoman juga datang dari gerombolan
Safavid Iran iaitu puak Syiah dan juga pemberontak Jalali (Celali)
Anatolia. Pergolakan di antara Ottoman dengan Austria sudah berterusan
selama 14 tahun. Sultan Ahmed akhirnya mengambil keputusan untuk
mengadakan perjanjian damai Zsitvatorok pada 1606. Perjanjian ini akan
berkuatkuasa selama dua puluh tahun. Tindakan ini memberi ruang keamanan
kepada Ottoman namun ia juga menandakan tamatnya era perluasan kuasa
Ottoman. Sultan Ahmed juga memperbaharui hak istimewa kepada rakyat
Perancis, British dan Venice. Tindakan ini membantu Ottoman dari segi
sosial dan ekonomi, Namun maksud lainnya ia menunjukkan Ottoman dalam
keadaan semakin lemah.
Pemberontakan oleh Jalali Anatolia pada 1603 berjaya dipatahkan oleh
Ottoman. Pemberontakan puak yang sama (Jalali) timbul semula pada 1605
dipimpin oleh Tavil Ahmad dan diikuti pada 1607 oleh anak Tavil yang
bernama Mustafa. Pasukan Ottoman pimpinan Mustafa Pasya berjaya
mengalahkan Mustafa Jalali. Pada tahun yang sama i.e., 1607 timbul pula
pergolakan oleh Canbolad Oglu Ali. Namun dapat dipatahkan oleh pasukan
Ottoman yang dipimpin Murad Pasya.
Pemberontakan oleh puak Syiah Safavid ke atas Ottoman tidak sangat
diberi perhatian oleh Sultan Ahmed kerana desakan lebih kuat ialah oleh
pihak Kristian Eropah dan pemberontak Jalali. Maka Ottoman melalui Nasuh
Pasya telah mengada perjanjian damai dengan Safavid Iran pada 1612.
Perkembangan lain pula berlaku di mana pemimpin Safavid Syah Abas
mengambil kesempatan dari perjanjian damai tersebut. Syah Abas berunding
dan berpakat pula dengan para pemimpin Kristian Eropah untuk sama-sama
menyerang Ottoman.

Blue Mosque Facade [Masjid Sultan Ahmed]
- - - -
Ottoman ke14 Sultan Ahmad I (r.1603-1617)
Entri asal geoab - link:
Selepas kematian Sultan Mehmed III naik sebagai Ottoman ke14 adalah
anak Mehmed III bernama Ahmed. Beliau naik takhta ketika usia 13 tahun.
Semasa ayah Ahmad, Sultan Mehmed III, mula naik takhta pada 1595 beliau telah
membunuh semua adik beradik Ahmad yang seramai 19 orang. Mehmed III juga
membunuh seorang lagi anak beliau, Mahmud (abang Ahmed I) sebaik sebelum kematian
Mehmed III pada 1603. Maka Ahmed I tidak langsung punya pesaing untuk takhta Ottoman. Baca – wiki.
Petikan mengenai biografi Sultan Ahmed (ottoman org – link):
Sultan Ahmed I was born on 18th April 1590 in Manisa. His father was
Sultan Mehmet III, his mother was Handan Sultana. He was very well
educated, he had spoken Arabic and Persian fluently. He was a very
brilliant rider, and a fencer. He was a successful soldier and he was
very fond of archery and hunting. He had dressed up so modest. He came
to throne after his father’s death on 21st December 1603. Sultan Ahmed I
was the first sovereign who organized the administrative regulations
since Suleyman the Magnificent. He was a political genius, although he
ascended throne very young he administrated the empire very
successfully. In Sultan Ahmed’s life the number 14 was important. He
came to throne in the age of 14, he reigned for 14 years and he was the
14th sultan of the Ottoman Empire. He had died at the age of 28 because
of typhus (22nd November 1617).
His wives : Hatice Mahfiruz Sultana, Kosem Sultana (Mahpeyker Sultan), Fatma Haseki
His sons: Osman II, Murad IV, Ibrahim, Bayezid, Suleyman, Kasim, Mehmed, Hasan, Selim, Hanzade, Ubeyde
His daughters: Gevherhan, Ayse, Fatma, Atike.

Sultan Ahmed Mosque dibina pada 1609-1616
[source: move2turkey – link]
- - - - -
Period Ottoman Ahmad (1603-1617)
Sultan Ahmad memerintah pada period 1603-1617. Sultan Ahmad diingati sebagai sultan yang menghentikan amalan fracticide Ottoman. Apabila beliau naik takhta sudah tiada lagi fracticide pembunuhan ahli keluarga.
Tidak banyak aktiviti yang berlaku sepanjang pemerintah Ahmad yang ditulis dalam buku Maksudoglu. Antara aktiviti yang disenaraikan adalah;
1605: March against Austrian and re-opening Esztergom to Islam.
1606: Treaty of Zsivatorok.
1610: Marched upon Shah Abas at Tabriz.
1615-1618: War with Iran.
Sultan Ahmad I meninggal dunia pada 1617 ketika usia masih muda 28 tahun. Ahmad I diganti pula oleh adik beliau bernama Mustafa sebagai Ottoman ke15. Beliau menjadi sultan Ottoman dua kali. Kali pertama pada period November 1617 hingga Feb 1618. Kali kedua Mei 1622 hingga Sep 1623. Di antara dua period tersebut Ottoman dipegang oleh Osman II (r.1618-1622).
Selepas pemerintahan Mustafa ada tiga orang anak Sultan Ahmad I yang menjadi Sultan Ottoman iaitu Osman II
(r. 1618–22), Murad IV (r. 1623–40) and Ibrahim (r. 1640–48).
Blue Mosque Istanbul
simbol kemegahan Sultan Ahmad
Baca "Nine interesting facts about the Blue Mosque of Istanbul". turkey travel center - link.
- - - - -
Ottoman Sultan Ahmad dan Fracticide Mahmud
Sultan Ahmad menjadi Sultan ke14 bermula pada 1603 mengganti bapanya Sultan Mehmed III. Cuma ada dua putera Mehmed III iaitu Ahmad dan Mahmud yang terselamat dari fracticide Mehmed III. Dalam peristiwa pembunuhan pada Disember 1595 tujuh belas anak Mehmed III terbunuh. Bapa Sultan Ahmad meninggal dunia pada usia agak muda 37 tahun. Enam bulan sebelum kematian Mehmed III beliau sekali lagi bertindak fracticide membunuh anaknya bernama Mahmud. Maka tinggal Ahmad dan seorang lagi adiknya, Ibrahim sahaja anak Mehmed III yang masih ada. Ahmad naik mengganti Mehmed III pada 1603. Tragedi pembunuhan Mahmud dicerita agak panjang dalam entri wiki - link. Disebalik fracticide Mahmud adalah hubung kait keluarga istana iaitu ibu Mahmud, Sultan Mehmed III dan ibu Ahmad.
Tomb of Mahmud bin Mehmed III (from wiki)
- - - - -