Bacaan Period 1600 - 1650
Banyak juga bacaan Ottoman bersangkutan dengan period 1600-1650. Ottoman pada period tersebut termasuk Mustafa, Osman II dan Murad IV. [Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa].
No33: Teachers of the Public, Advisors to the Sultan: Preachers
and the Rise of a Political Public Sphere in Early Modern Istanbul (1600-1675).
Sumeyra Aslihan Gurbuzel, Harvard Uni, 2016. 310 pages.
No34: The involvement of the English Crown and its embassy in
Constantinople with pretenders to the throne of the principality of Moldavia
between the Years 1583 and 1620, with particular reference to the pretender
Stefan Bogdan between 1590 and 1612. Laura Jane Fenella Coulter, University of
London. 507 pages
No36b: Self, space, society, and saint in the well-protected
domains: a history of Ottoman saints and sainthood 1500-1780. Jonathan Parkes
Allen, phd thesis Maryland University, 2019. 561 pages.
No53: The Celali effects in 17th century ottoman transformation.
Oguz Cabar. MA thesis, Metu 2018. 156 pages.
No59: Gifts in Motion: Ottoman-Safavid Cultural Exchange,
1501-1618. Sinem Arcak. phd thesis, Minnesota University 2012. 371 pages.
Folder: Hzq 2021 ottoman mustafa.
Revan Castle, Iran-Turkey border
source: revan war (link)
- - - - -
Sultan Murad IV Ottoman (1623-1640)
Buku Maksudoglu mencatat mengenai Murad IV hanya sekadar dalam tiga m/surat sahaja. Murad IV adalah anak kepada Sultan Ahmed I (r. 1603-1617) dan adik kepada Sultan Osman II (r.1618-1622). Selepas Osman II meninggal dunia naik mengganti beliau ialah Mustafa. Namun Mustafa hanya menjadi sultan pada tempoh amat singkat kerana keadaan kesihatan yang buruk. Murad IV naik takhta mengganti Mustafa mulai pada September 1623.
Pada period Murad IV berlaku pergolakan di Baghdad yang ditadbir oleh gabenor Yusuf Pasha. Yusuf telah dibunuh oleh Bekir Subashi. Subashi mengambil alih Baghdad dengan membelakang arahan Ottoman. Murad IV bertindak dengan menghantar Hafiz Pasha, pembesar Diyarbakir, untuk berunding dengan Subashi. Subashi pula meminta Shah Iran untuk membantu beliau. Hafiz Pasha pula memutuskan untuk membiar Subashi terus dengan kedudukannya untuk mengelak Shah Iran masuk campur urusan Ottoman.
Setelah menerima permohonan Subashi Shah Iran telah segera menghantar pasukan namun Subashi kali ini enggan menerima bantuan berkenaan. Shah Iran mengambil keputusan bertindak menguasai Baghdad. Beliau bertindak begitu setelah berpakat dengan anak Subashi bernama Mehmed. Namun kemudiannya Shah Iran bertindak membunuh Subashi dan juga Mehmed. Mereka juga bertindak kejam terhadap ramai Sunni Baghdad.
Tindakan Shah Iran membuat Murad IV bertambah marah. Beliau datang sendiri mengetuai pasukan ke Baghdad pada 1635. Berikutnya pada 1638 Murad IV mara ke Baghdad mencari Shah Iran di tempat persembunyian beliau. Murad IV berjaya menguasai semula Baghdad setelah sebulan. Beliau sempat menziarahi pusara Imam Abu Hanifah dan Syeikh Qadir Jailani. Murad IV pulang semula ke Istanbul pada 1639.
Setelah pulang ke Istanbul Murad IV menmbina Revan Kiosk sebagai memperingati kejayaan beliau dalam perjuangan di Revan dan juga menawan Baghdad.
Pada 1640 Sultan Murad meninggal dunia ketika berusia 27 tahun. Kematian Murad IV kerana sakit cirrhosis. Mengganti Murad IV ialah adik beliau Ibrahim bin Sultan Ahmed.
Revan Kiosk, Topkapi
Binaan yang dibangunkan oleh Murad IV
source: archnet
- - - - -
Ottoman Period Murad IV (1623-40)
Entri asal geoab - link:
Masalah pertama yang dihadapi oleh Murad IV adalah
pemberontakan dalaman yang ditimbulkan oleh Mehmed Pasya. Mehmed ialah Gabenor
di Erzurum dan beliau memberontak untuk menuntut bela atas kematian Sultan
Osman II. Mehmed berjaya menawan Erzurum pada 1624 dan beliau bertindak menekan
pasukan Janissari yang sebelumnya telah membunuh Osman II. Hafiz Ahmed Pasya
yang berkahwin dengan anak Vilade Sultan telah diarah menentang pasukan Mehmed
Pasya. Pasukan Ahmed Pasya berjaya menewaskan Mehmed Pasya di Anatolia Tengah.
Pada 1628 Ahmed Pasya bangkit sekali memberontak di Erzurum. Namun kali ini
beliau tewas dan dapat di tangkap serta dibawa ke Istanbul. Apabila Sultan
Murad mengetahui yang Ahmed Pasya memberontak semata-mata untuk membela Osman
II maka beliau diberi keampunan.
Pada 1632 Sultan Murad IV mula bertindak lebih agresif dan
menguatkan cengkaman pemerintahan beliau. Beliau memperkenal era rejuvenasi
bermakna kuasa pemerintahan berada penuh ditangan beliau. Bukan lagi
dipengaruhi ibu dan wazir besar seperti period lapan tahun silam. Antara
langkah baru yang beliau ambil adalah mengharamkan arak dan rokok. Murad IV
juga mengarah kedai kopi ditutup kerana ia menjadi pusat pertemuan para
petualang dan penyamun seluruh wilayah Ottoman.
Pada 1635 Sultan Murad IV mengambil tindakan keras ke atas
puak Druze yang mencetus huru-hara di wilayah Lebanon dan Syria. Pemimpin
mereka Fakhrudin al-Ma’ani ditangkap dan dibawa ke Istanbul dan telah dihukum
bunuh. Sultan Murad IV turut mengambil tindakan ke atas Safavid Iran pimpinan
Syah Abas. Pada 1635 Murad IV menghantar pasukan Safavid dan Ottoman berjaya
menguasi Benteng Yerevan.
Pada 1638 Sultan Murad mara lagi dan kali ini sasarannya adalah
kota Baghdad. Setelah sebulan mengepung akhirnya beliau berjaya menguasai
Baghdad. Di Baghdad Murad IV sempat melawat makam Syeikh Qadir Jailani dan
makam Imam Abu Hanifah. Dengan kejayaan tersebut Murad IV telah digelar
“Conqueror of Baghdad”.
Yereven Pavilion, Topkapi (source – link)
- - - - -
Ottoman Valide Sultan
Entri asal mlja3 - link:
Bila membaca sejarah Ottoman akan ditemui juga panggilan
atau gelaran Valide Sultan. Terutama apabila sejarah tersebut bercerita tentang
campur tangan wanita istana dalam urusan pemerintahan Ottoman. Campur tangan
ibu Sultan atau para wanita istana adalah suatu fenomena dalam corak
pemerintahan Ottoman. Bukan sahaja di kalangan Ottoman malah banyak kerajaan
lain juga.
Bila membicara tentang Ottoman banyak nama-nama para wanita
istana yang diceritakan tentang peranan mereka memilih waris yang diangkat
sebagai Sultan. Antara mereka adalah Valide Sultan Maypeyker Kosem yang menjadi
nama besar sekitar ketika Ottoman Sultan Murad IV memerintah. Period Sultan
Murad IV memerintah adalah 1623-40.
Bogazici University, Turkey
est 1863 (wiki)
Baca artikel "The women who oversaw 3 generations
of the Ottoman empire". Daily sabah
2015 - link.
"Kosem Sultan the last influential female ruler of the
Ottoman Empire". History of famous people 2020 - link.
"Who was Kosem Sultan?" - link.
"The most powerful women of the Ottoman Empire".
link.
"Women who ruled: Mahpeyker Kosem Sultan of Ottoman
Turkey". History and women 2012 - link. Baca juga komen yang disertakan.
"Game of Ottoman thrones". love istanbul 2016 -
link.
Kosem Sultan Mahpeyker (1589-1651) - wiki.
- - - - -
Ottoman ke17 Murad IV (1623-40)
Entri asal geoab - link:
Sultan Mustafa I diturunkan dari takhta buat kali kedua
pada 1623. Beliau diganti oleh Murad IV yang diangkat menjadi Sultan Ottoman
ke17. Murad IV ialah anak saudara kepada Sultan Mustafa I (Ottoman ke15) dan
adik kepada Osman II (Ottoman ke16). Murad IV menaiki takhta Ottoman pada usia
amat muda iaitu 11 tahun. Oleh kerana usia yang muda urusan pemerintahan banyak
dikendali oleh ibu beliau (Valide Sultan) Maypeyker Kosem bersama Wazir
Kemankes Ali Pasya. [Baca valide sultan (mlja – entri). Separuh period awal
(lapan tahun pertama) pemerintahan Murad IV di bawah tadbiran Valide Sultan dan
wazir. Pada period awal pemerintahan negara berada dalam keadaan kucar kacir
dengan ancaman dari dalam dan luar. Manakala perbendaharaan negara pula hampir
habis. Lapan tahun berikutnya barulah Murad IV memerintah menggunakan
kebijaksanaan beliau sendiri.
Sultan Murad IV meninggal dunia pada 1640 ketika usia baru
28 tahun akibat sakit gout. Sebelum kematiannya beliau berjaya memulihkan
keamanan wilayah dan juga memulihkan perbendaharaan negara. Murad IV juga
menyumbang pembaikan Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah. Usaha
pembaikan yang bermula pada 1629 akibat banjir besar dan selesai kerja pada
1640.
Sebahagian dari binaan Erdine Palace (tour turkey – link)
- - - - -
Tokoh Kedah Lawan Malayan Union
Penentangan terhadap Malayan Union di Kedah diilham bersama oleh tokoh berikut. Ramai mereka adalah alumni Kolej Sultan Abdul Hamid, iaitu sebuah sekolah ternama Kedah:
1 Abdul Hamid bin Abdullah (Pak Mid Ubat).
2 Syed Agil Barakbah
3 Ahmad Nordin bin Haji Mohd Zain
4 Tun Azmi bin Mohd
5 Mohamed Khir bin Awang
6 Mohd Khir bin Johari
7 Dr Mahathir Mohammad
8 Dato Dr Omar bin Din
9 Senu bin Abdul Rahman
Pembesar Kedah yang rapat dengan Istana pada period tersebut ialah Haji Mohamed Sheriff.
Source - Stockwell page 83.
Gunung Keriang Kedah
- - - - -