Tuesday, December 22, 2020

Pokok Tua Sg Lembing

 

Pelawat yang datang ke Pekan Sg Lembing pasti tidak melepas peluang untuk berfoto di sekitar beberapa pokok tua yang ada betul-betul di tengah pekan. Sebatang pokok paling tua namanya pokok Aspuha yang telah ditanam pada 1775. Bermakna usianya sudah melebihi 245 tahun. Kini pohon tersebut menjadi ikon pekan sg lembing.

 

Pokok Askpuha

 source - casahill (link)

Foto pokok aspuha boleh lihat di fb hyatt (link).

Sedikit penulisan tentang sejarah sg lembing boleh baca di pulasan (link).

- - - - -

Friday, December 18, 2020

Gua Charas - Sg Lembing

 

Sebuah lagi tempat tarikan di Sg Lembing adalah Gua Charas. Ia terletak beberapa kilometer dari Pekan Sg Lembing menghala bandar Kuantan. Pelawat yang datang berkereta akan menghampiri lokasi gua menyelusuri jalan kecil dengan banyak lembu berkeliaran. Parkir kereta dikena bayaran Rm3 manakala untuk melihat gua dikena pula bayaran Rm2 seorang.

Baca artikel "Meneroka Gua Charas - destinasi penuh misteri di Kuantan". Source kuantanloka dot com - link.

"Mengupas cerita mitos di Pahang". Source: dunia itu 2012 - link.

"Crita mitos rakyat Pahang (2): kapal besar menjadi gua". Source - fb warisan melayu pahang (link).

"Geologi Pahang Timur - nota kuliah geologi". Source ukm - link.

Baca juga "59 tempat menarik Pahang". Source: mai singgah (link).

Kaki Gua Charas, Sg Lembing

Petikan (source: visit malaysia - link);

Gua Charas is a cave temple near Panching village, hidden in a palm oil plantation about 25km west of Kuantan. A limestone masiff (i.e., compact group of mountains) that towers around 300 meters high. The hill has a large cave chamber accessible by steps from the foot below. Inside, a reclining Buddha statue is housed at the end of a large rib cage-like passageway, along with smaller altars placed at random recesses along the walls.

- - - - -

Monday, December 14, 2020

Lombong Bijih Timah Sg Lembing

 

Lombong Sg Lembing mengusaha bijih timah bawah tanah. Ia mula diusahakan oleh seorang pelombong bangsa Cina, Lim Ah Sang, pada 1868. British mula menerokai kawasan lombong Sg Lembing pada 1888. Berikutnya, Sultan Pahang bersetuju menyerah lombong kepada pihak British untuk diusahakan dengan sewa pajakan yang amat rendah.

Baca "Sejarah perlombongan bijih timah di Sg Lembing". Source - negeri pahang dot com (link).

Baca "Sg Lembing: Terowong bijih dalam & panjang". Source - Libur (link). 

Baca "Menyusuri sejarah Sg Lembing". Source - metro 2019 (link).

Baca "A history of the Pahang Consolidated Company Limited". 10 pages. PNM (link).

 


Gerbang masuk lombong Bijih Timah Sg Lembing

- - - - -

Saturday, December 12, 2020

Pantai Cherating - Asal Usul Nama

 

Sempena musim hujung tahun berkesempatan berkunjung ke Negeri Pahang. Antara tempat yang sempat disinggahi ialah Pantai Cherating yang terletak tidak jauh dari bandar Kuantan. Bagaimanakah asal usul nama Cherating?

Menurut satu artikel nama Cherating adalah cantuman dari dua perkataan iaitu cerau dan ranting. Dikisahkan bahawa pelopor yang mula membuka Cherating ketika tiba dengan perahu mendapati sungai yang beliau muarai banyak pokok bakau dan ada juga buaya. Apabila setiap kali bakau jatuh ke sungai maka bunyinya cherau, cherau, cherau. Dan setiap kali jumpa buaya beliau menghalau buaya dengan ranting. Maka itu lah asal usulnya nama Cherating.

Source - kg cherating - link.



Pantai Cherating ketika panas terik

- - - - -

Thursday, December 03, 2020

Ayat Qur'an Terakhir Turun

 

Buku "The Power of Al-Quran" dalam Bab 9 menerangkan tentang ayat pertama dan ayat terakhir turun. Mengenai ayat terakhir ada beberapa pendapat yang menyatakan tentang ayat mana satu yang dikata terakhir turun. Yang pasti tidak ada nas yang pasti tentang ayat yang dikata terakhir. Penulis buku (Dr Danial) menyenarai beberapa pendapat oleh tokoh ulama terdahulu tentang yang dikata ayat terakhir. 

Antara pendapat tersebut adalah ayat 278 Al-Baqarah iaitu ayat mengenai riba (menurut Imam Bukhari merekod dari Abdullah Ibn Abbas). Ada pula pendapat mengata ayat 282 Al-Baqarah, iaitu ayat berkaitan hutang (menurut Imam Said bin Musayyib).

Menurut Al-Baraa' bin Azib seperti direkod oleh Imam Bukhari dan Muslim pula ayat terakhir ialah ayat 176 surah An-Nisa'. Ayat tersebut berkaitan kalalah atau harta pusaka. Satu rekod lain pula oleh Ubai bin Kaab mengata ayat 129 surah at-Taubah iaitu ayat tentang sifat rahmat Rasulullah SAW terhadap umat Islam dan ketegasan Baginda terhadap golongan kafir.

Buku oleh Dr Danial page 35 (entri).

Pekan Sg Lembing pada petang hari

- - - - -