Saturday, October 30, 2021

Pairin dan PRN Sabah 1994


Seminggu sebelum mahkamah bersidang memutuskan kes rasuah Pairin beliau mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Satu perkembangan yang berlaku ekoran pembubaran tersebut ialah Timblan Ketua Menteri Yong Teck Lee mengumum keluar PBS dan menubuh parti baru SAPP, Sabah Progresive Party. Yong mengumum bahawa parti beliau akan mengada hubung baik dengan pusat. Ekoran tindakan Yong kempen BN dalam Prn Sabah telah mendapat sambutan baik. SAPP juga kemudiannya diterima sebagai anggota BN. 

Dalam perkembangan lain Tun Datu Mustapha mengambil keputusan meletak jawatan dari kabinet Pusat. Beliau juga mengumum sokongan kepada PBS. Dua anak Tun Mustapha Amirkahar dan Baharuddin menyertai Prn bertanding di bawah tiket PBS. Tun Mustapha merupakan penyokong kuat Ghafar Baba. Beliau mungkin berasa kecewa dengan Umno bila mana Ghaffar dinafi bertanding jawatan no 2 Umno.

Bila keputusan Prn diumum PBS cuma mendapat majoriti dengan kelebihan dua kerusi iaitu menang 25 kerusi, 15 dari kawasan majoriti Kadazan, 4 kawasan majoriti Cina. BN memperoleh 23 kerusi melalui Umno 18, kesemua dari kawasan majoriti Islam, Sapp 3, LDP 1 dan Akar 1. Pairin mengangkat sumpah sebagai KM setelah menunggu 36 jam. Namun begitu tiga Adun PBS kemudiannya bertindak melompat parti menyokong BN.

Pairin menerima kejutan besar apabila adik beliau Jeffery Kitingan memberi sokongan kepada BN. Jeffery baru saja dibebas dari tahanan ISA. Beliau berikutnya digugur dari semua tuduhan rasuah. Satu lagi perkembangan mengejut adalah bila mana dua pemimpin PBS Bernard Dompok dan Joseph Kurup keluar PBS dan menubuh parti baru. Kedua mereka juga menyata sokongan kepada BN. Selanjutnya beberapa lagi Adun PBS menyata sokongan kepada BN. Akhirnya PBS cuma tinggal lima Adun sahaja dalam DUN Sabah. Pairin akhirnya meletak jawatan pada March 1994.

Mengganti Pairin adalah Sakaran Dandai yang dilantik sebagai KM. Beliau dipersetujui memegang jawatan selama dua tahun. Tiga jawabat Timbalan KM diisi oleh Mohamad Salleh, Yong Teck Lee dari SAPP dan Joseph Kurup mewakili PBRS.

Catatan bacaan artikel "Sabah politics under Pairin". mohamad agus 2001 - link.

Pasar Tamu Kota Belud, Sabah

Baca "Empat pasar menarik di Sabah". rileklah - link.

- - - - -

Thursday, October 28, 2021

PBS dan PRN Sabah 1990


Hubungan Pairin dan pusat terus dalam keadaan tidak harmoni ekoran tuduhan bahawa pusat terlibat dalam percaturan politik Sabah. Maka pada Mei 1990 Pairin membubar Dun Sabah tanpa menunggu tamat tempoh. Pembubaran tersebut dilakukan tanpa mengada perbincangan dengan pusat. PBS menang Prn dengan memperoleh 34 kerusi manakala Usno menang 14 kerusi. 

Pada Okt 1990 PM Mahathir pula membubar Parlimen memaksa PRU kebangsaan diadakan. PBS pada awalnya memilih bertanding di bawah BN dan diberi 14 kerusi dari 20 kerusi parlimen Sabah. Pada 15 Okt ketika dalam kesibukan kempen pilihanraya Pairin mengambil keputusan mengejut mengumum PBS keluar dari BN. Pairin juga membawa PBS untuk bersama gabungan pembangkang Gagasan Rakyat bawah pimpinan Tengku Razaleigh. 

BN menang Pru dengan menguasai 127 kerusi dari 180 yang dipertandingkan. Gagasan/APU menang 45 kerusi, Bebas menang empat dan PBS menang semua 14 kerusi yang mereka bertanding. PM Mahathir mengambil tindakan meminggir kerajaan PBS Sabah. Pairin tidak lagi bersama dalam mesyuarat pusat bersama negeri. Mahathir melantik Sakaran Dandai dari Usno sebagai wakil Sabah. Selain Sabah tindakan serupa juga dimbil kepada MB Kelantan.

Pada Jan 1991 pusat bertindak menyiasat Maximus Ongkili di bawah ISA. Beliau dikatakan mengancam keselamatan negara kerana menghasut membenci pusat. Dua hari selepas tindakan ke atas Ongkili pusat bertindak menahan Pairin. Beliau kemudiannya di dakwa atas tiga tuduhan rasuah.

Pada Feb 1991 Umno Sabah ditubuh dengan Ghafar Baba sebagai Presiden dan Tun Mustapha sebagai timbalan.

Pada Januari 1994 mahkamah mendapati Pairin bersalah dalam tuduhan rasuah. Beliau cuma dijatuhi hukuman denda Rm1800. Hukuman tersebut menyelamat Pairin dari hilang kelayakan sebagai Adun dan KM.

Homestay Taman Dolime, Penampang Sabah

Baca "Empat belas tempat menarik di Penampang". explore sabah - link.

- - - - -

Tuesday, October 26, 2021

Siasatan dan Pendakwaan Tokoh PBS

 

Sepanjang penggal pemerintahan PBS pada 1886-1990 beberapa tokoh parti telah diambil tindakan oleh agensi pusat. Antaranya adalah AG Sabah dan penasihat PBS Herman Luping. Beliau telah didakwa atas tuduhan rasuah. Pada April 1988 Lhdn telah membuat serbuan rumah tokoh PBS Mark Koding, Chan Tet Onn dan Bernard Dompok. Pada 1990 Pengarah Yayasan Sabah Jefrey Kitingan telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah melibat eksport balak.

Mark Koding digantung dan akhirnya buang dari PBS pada Ogos 1989. Tindakan ke atas Koding adalah ekoran pertembungan beliau denga Pairin atas isu bahasan Kadazandusun. Koding sebagai Presiden USDA, sebuah pertubuhan Dusun Sabah berbeza pendapat dengan Pairin sebagai Presiden pertubuhan Kadazan Sabah KDA. Pertelingkahan mereka adalah atas isu bahasa kedua etnik tersebut. Koding berikutnya menubuh parti baru AKAR, Angkatan Keadilan Rakyat. Koding hilang kelayakan sebagai Adun dan prk diadakan di Kunak yang berakhir kekalahan beliau kepada calun PBS.

Pada Feb 1989 sebuah lagi parti baru ditubuh iaitu Parti Rakyat Sabah PRS oleh James Ongkili. Harris Salleh turut menubuh sebuah lagi parti baru iaitu ADIL. Namun kesemua parti baru tidak mendapat sambutan.

Papar Riverfront, Sabah

Baca "Dua belas tempat menarik di Papar". explore sabah - link.

- - - - -

Saturday, October 23, 2021

Sabah dan Pairin PBS

 

Catatan artikel.

Pairin menubuhkan PBS pada awal 1985. Pairin bertindak menubuh PBS setelah beliau menang PRK Tambunan dan melihat penolakan Kadazandusun dan Cina Sabah terhadap Berjaya.Penolakan tercetus kerana Berjaya dilihat terlalu pro-Muslim dan dikata menindas etnik Kadazandusun dan Cina Sabah. Pada Feb 1985 Harris Salleh membubar DUN Sabah. Dalam PRN yang diadakan Berjaya kalah teruk menang hanya enam kerusi dan Harris sendiri kalah kerusi Tenom. Usno menang 16 kerusi manakala PBS mendapat 26 kerusi. 

Dua isu yang menjadi faktor warga Sabah menolak Harris Salleh adalah pertamanya rasa tidak puas hati bila Labua diserah sebagai wilayah persekutuan dan keduanya isu kemasukan ramai immigran Filipina.

Sepuloh bulan selepas kemenangan PBS Pairin mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Pembubaran tersebut pada Feb 1986. Dua minggu selepas pembubaran berlaku kekecohan di Sabah. Berjaya dan Usno mencetus beberapa demonstrasi politik. Keganasan turut berlaku melibatkan  kenderaan dibakar dan bom diletupkan di KK, Sandakan dan Kudat. Rusuhan tersebut dipercayai dilakukan oleh pendatang Filipina.

Bila pilihanraya diadakan PBS menang besar mendapat 34 kerusi dari 48 yang dipertandingkan. Usno menang 12 manakala Berjaya cuma dapat satu kerusi melalui Mohd Nor Mansur kerusi Buang Sayang, Papar. Berikutnya, PBS memohon menyertai BN dan diterima kemasukan pada Jun 1986.

Tugu Mat Salleh, Tambunan Sabah

Tambunan merupakan salah satu kubu kuat Pairin dan PBS

Baca "Empat belas tempat percutian menari Tambunan". sentiasa panas dot com - link.

- - - - -

Thursday, October 21, 2021

Bacaan Dakwah USIA Islam Sabah

 

Beberapa bahan yang telah dikumpul:

Tesis MA "Islam di Keningau: sejarah dan kesannya terhadap budaya perkahwinan masyarakat bumiputera Kadazandusun". students repo um - link

"Pendekatan dakwah USIA terhadap pribumi Sabah: tinjauan dari segi ekonomi". artikel seminar 2014 14 m/surat - ukm link.

"Peranan USIA dalam pendidikan, dakwah dan politik di Sabah 1969-1976". jurnal kajian sejarah 2013 - mindamas link.

"Sejarah perkembangan Muallaf di Sabah:peranan dan sumbangan USIA". jurnal tamadun 2005 - repo um tebal 40 m/surat - link.

"Fenomena agama di pedalaman Sabah". jurnal sejarah 2019 - link.

Bangunan USIA Sabah

Baca "Usia building to be replaced". daily express 2019 - link

"Sebelas jutawan Cina peluk Islam di rumah Tun Mustapha". udakwah - link.

- - - - -

Monday, October 18, 2021

Perkembangan Awal Badan Islam Sabah

 

Dakwah Islam di Sabah giat diusaha terutama bagi mengekang pengaruh Kristianisasi yang digembeling oleh SBBU. Beberapa badan Islam telah ditubuh seawal 1930 dengan tujuan bukan sahaja untuk Islam malah untuk memperjuang nasionalisme juga. Antara badan yang ditubuhkan adalah Pertubuhan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) Cawangan Sabah pada 1930. Ini dikuti pula period selepas Perang Dunia II yang menyaksi penubuhan Parti Barisan Pemuda (BARIP), Parti Kebangsaan Melayu (PKM) dan Khairat Jumaat Muslimin (KJM. Namun begitu British telah menyekat badab tersebut dari bergerak dan akhirnya membawa kepada pembubaran.

Pada period 1960an muncul pula pertubuhan yang lebih terorganisasi seperti Persatuan Islam Borneo Utara (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Persatuan Islam Tawau (PIT). Namun pertubuhan ini bercorak setempat dan tidak dapat bergerak jauh.

Kemuncaknya UISA telah ditubuh pada 1971 dengan dokongan USNO pimpinan Tun Datu Mustapha.

Sebuah masjid di Lahad Datu Sabah

[Istilah Bajau: Lahad = tempat; Datu = orang kenamaan]

 


Masjid Awam Tuan Guru Haji Muda (source: wikiwand - link ; link2)

Baca "Aku nak Islam lama balik: a look at one kampung is Sabah". dina zaman - link.

- - - - -

Saturday, October 16, 2021

Sekolah Mubaligh Awal Sabah

 

SBBU giat mendiri sekolah rendah Mubaligh di Sabah. Sekolah pertama didiri di Sandakan pada 1883 diikuti sekolah rendah di Inabong dan berikutnya di Kudat pada 1890. Sekolah terawal lainnya adalah di Kota Kinabalu (1903), Beaufort 1910, Tenom 1912, Inanam 1914, Pinangsoo 1915, Tawau 1917, Papar 1922, Telipok 1927, Menggatal 1930, Temalang 1933, Kinabatangan 1958, Lahad Datu, Sekuati dan Dumpirit (1959).

Petikan buku "Education policy and mission school" ed. Holmes, B., terbitan Routledge 1976 m/surat 9:

 '.. the policy of the missionaries was to convert people to Christianity and the school was one agency of conversion ...' 

Bagi bacaan lanjut "Politik dan Agama di Sanah" oleh Ismail Yusoff terbitan UKM Press 2004.

Catatan Ranau m/surat 26.

 

St Mary Primary School Sandakan dibina pada 1883

 

source: wikiwand (link)

- - -

Baca juga "Strategi kristianisasi di Kota Marudu 1985-1994". jurnal borneo 2018 - ums link."

"Peranan Protestant church Sabah di kalangan masyarakat Rungus di Kudat 1952-1993". ums 2020 - link.

- - - - -

Wednesday, October 13, 2021

Masjid Tua Sabah - Sandakan dan Papar

 

Masjid tertua di Sabah dikatakan di bina di Sandakan. Catatan bacaan buku Ranau m/s 24 pula menyebut masjid pertama Papar adalah sebuah masjid kayu di bina di Kampung Penyambat.

 

Masjid Jamek Sandakan

Baca "Sepuluh tumpuan utama Sandakan Heritage Trail". sunahsakura - link.

Baca "Lima rumah ibadat berdekatan bukti perpaduan kukuh di Tuaran". borneo post - link.

- - - - -

Saturday, October 09, 2021

Tesis Harvard Revelation in Islam

 

Sebuah tesis yang sangat tebal, 810 m/surat bertajuk "Revelation in Islam: Qur'anic, Sunni and Shi'i Ismaili perspective". Tesis oleh Khalil Andani Harvard Uni tahun 2020. Seliaan oleh Prof Ali Asani. Penulis menunjuk gaya yang condong kepada perspektif Ismaili.

Contents:

Seven chapters.

Semitic Museum Harvard Uni

source - nelc harvard (link)

- - - - -


Wednesday, October 06, 2021

Artikel Yvonne Haddad Israel 1967

 

Yvonne Haddad menulis artikel bertajuk "Islamist and the problem of Israel: the 1967 awakening". Artikel terbit dalam Middle East Journal tahun 1992 dan dimuat turun dari z-lib. Tebal 21 m/surat.

Folder asus afq.

Six Day War

Baca "1967 and the rise of extremism". aljazeera 2009 - link.

"Six-Day War in 1967 reshaped the Middle East". thought dot com - link.

- - - - -

Monday, October 04, 2021

Kaum Melanau Sarawak

 

Membaca sebuah buku mengenai Melayu Sarawak disebut di sana Melayu Sarawak termasuk juga kaum Melanau. Nama asal Melanau adalah a likou yang bermaksud orang sungai. Melanau juga dikatakan sebagai penduduk tertua atau penduduk asal Sarawak. Antara kawasan yang banyak didiami kaum Melanau adalah Bintulu, di antara Tanjung Kedorong dengan Kuala Rejang.

Antara tokoh ternama kaum Melanau adalah Tun Taib Mahmud dan YB Datuk Abdul Wahab Dollah. Datuk Wahab merupakan Ahli Parlimen Igan yang dimenangi pada Pru 2004 mewakili parti PBB. Sebelum itu beliau merupakan Adun Matu Daro sejak 1983.

Kaum Melanau di kalangan ahli akademik pula adalah Dr Rashid Abdullah, Dr Yusuf Hadi dan Dr Sulaiman Hanafi.

Sebuah rumah panjang kaum Melanau

[dibina sekitar tahun 1872]

Baca "Warisan rumah panjang Melanau Islam Kampung Sok". malaysia aktif - link.

Kampung Sok terletak di Matu, Mukah Sarawak.

Lihat fb "sarawak borneo history chennal" (perhati ejaan!).

- - - - -