Monday, November 30, 2015

Ottoman Murad (r.1362-1389)

 

Sultan Murad merupakan pemerintah ke3 Ottoman selepas Osman Gazi dan Orhan. Murad mula menjadi Sultan Ottoman pada 1362. Ada juga pengkaji yang menyatakan Murad telah pun mula berkuasa lebih awal iaitu sejak 1359. Pada ketika itu bapa beliau Orhan belum meninggal dunia. Pembesar Ottoman lain pada period tersebut adalah Lala Shahin Pasha. Berikutnya pada 1361 Murad berjaya menawan Edirne dan menjadikan kota pentadbiran Ottoman. Sebaik menjadi Sultan pada 1362 Murad telah mara masuk ke Ankara. 

Pada 1363 tercetus perang antara Ottoman dengan tentera Kristian yang menyeberang masuk ke Erdine. Pasukan Kristian dipimpin oleh King Lajos dari Hungary. Pasukan Ottoman pimpinan Murad berjaya mengalahkan tentera Kristian sekali pun jumlah tentera Kristian jauh lebih ramai. Pemimpin sebenar tentera Ottoman ketika perang ini adalah Haji Ilbegi.

Pada 1366 Pope umum menubuh pasukan tentera Salib untuk menyerang tentera wilayah Islam. Respon awal yang Pope terima ialah dari Duke of Savoy, Amedesus II. Beliau menghantar pasukan yang menyerang Ottoman dan berjaya menawan Gallipoli. Lanjutan serangan tersebut Ottoman membina semula kekuatan dan berkubu di wilayah Thrace.

Catatan bacaan Mehmet Maksudoglu - Osmanli, pg 37.

 

An Old Mosque in Erdine (Eski Camii)

Source: turkey archaeo news - link.

Binaan bermula pada 1403 dan siap pada 1414. Masjid dibina atas arahan anak Mehmet I,  Sulayman Celebi.

- - - - -

Friday, November 27, 2015

Pemerintah Agung Ottoman - Murad I (r.1362-1389)

 

Entri asal - geoab.

Murad I ialah khalifah ke-3 Uthmaniyah selepas Osman I bin Ertugrul dan Orhan bin Osman 1 (r.1326-1362). Period Murad 1 menyaksikan Uthmaniyah terus mara berjaya menakluki Thrace dan berikutnya bandar Adrianople. Murad 1 kemudian menukar nama Adrianople kepada Edirne dan menjadikan sebagai pusat pemerintahan Uthmaniyah. Pada 1363 Murad 1 menawan bandar Philippolis (kini Blovdiv, di Bulgaria). Seterusnya Murad 1 berjaya masuk ke wilayah Vassa di Eropah.

Pada 1371 Murad 1 terus mara dan berjaya menawan Macedonia. Pada 1382 beliau berjaya menawan Bulgaria Tengah dan Serbia. Kejayaan Murad 1 tersekat pada 1389 ketika cuba menawan tentera Balkan dalam Perang Kosovo. Murad 1 terbunuh dalam perang tersebut. Murad 1 diganti oleh anak beliau Bayezid I (r.1389-1402).

Catatan baca - pemerintah agung islam terbitan pts.

Masjid Hagia Sophia, Trabzon, Turki

source: archaeology - link.

Hagia Sophia Mosque to be restored. hurriyet daily news - link

Hagia Sophia in Trabzon was declared a mosque. news 2013 link.


- - - - -

Saturday, November 21, 2015

Ottoman ke3 Murad I (r.1362-1389)

 

Entri asal geoab:

Pemerintah Ottoman ke3 ialah Sultan Murad I bin Orhan. Sultan Murad I dilantik pemerintah Ottoman mengganti ayahnya. Orhan pada awalnya menamakan abang Murad I iaitu Sulaiman Pasya sebagai bakal pengganti. Namun Sulaiman meninggal dunia lebih awal iaitu pada 1359. Maka Murad I diangkat mengambil tempat Sulaiman Pasya. Pasya ialah gelaran kepada anak sulung.

Sepanjang hampir 30 tahun pemerintahan Murad I telah menempuh banyak perang. Ada yang menyebut hingga 37 peperangan. Beliau berjaya menang kesemua peperangan tersebut. Hasilnya luas wilayah pemerintahannya meningkat dari 95 ribu km persegi pada awal mewarisi kuasa kepada 500 ribu km persegi. Pertambahan lima kali ganda.

Kejayaan Murad I bermula pada 1362 dengan menawan Adrianople dan menukarnya kepada nama Edirne. Berikutnya pada tahun 1363 Murad I berjaya menawan Philippi (atau Filibe) iaitu pusat kota Balkan. Pada tahun yang sama bermula Perang Salib pimpinan Raja Louis dari Hungary. Murad I berjaya mengalahkan pasukan Salib tersebut. Sebagai merai kemenangan Murad I telah membina masjid dan banyak institusi kebajikan lain di Bilejik, Bursa dan Edirne.

Kejayaan Murad I yang seterusnya adalah menawan wilayah sekitar Balkan hingga ke Macedonia sekitar 1371-73. Menang Perang Plocnik dan Bileca pada 1387-88 dan terakhir menang Perang Kosovo menawan Serbia. Malangnya ketika di medan Perang Kosovo Murad I telah dibunuh oleh seorang tentera Serbia secara mengejut. Sebahagian jasad Murad I (iaitu organ dalaman) telah dikebumi di pusara berdekatan Kosovo. Jasad beliau yang lain dibawa pulang dan di kebumi di Bursa.

Setelah kematiannya Murad I diganti oleh Bayezid I.

Nota: catatan bacaan sejarah turki oleh ARA.

Et'hem Bey Mosque, Tirana, Albania

source: viator dot com (link)

Masjid dibina pada 1791 atau 1794 (?) dan siap pada 1819 atau 1821(?). Baca spotting history - link.

Masjid dibuka semula pada 1991 setelah tutup sejak kerajaan komunis 1960.

- - - - -

Sunday, November 15, 2015

Orhan bin Osman (r.1326-1362)

 

Petikan asal mengenai Ottoman Orhan (entri):

Selepas kematian Osman Gazi bin Ertugrul pemerintahan Ottoman diwarisi pula oleh anaknya yang bernama Orhan. Beliau mula memangku tugas ayahnya apabila Osman Gazi mula sakit pada 1320. Orhan juga meneruskan usaha meluaskan empayar Ottoman dengan menyerang dan menakluk wilayah sekitar. Orhan dibantu banyak oleh kumpulan tentera elit Ottoman yang digelar Yennisari (atau Jeniseri). Mereka terdiri dari anak-anak lelaki remaja Kristian yang menjadi tawanan perang atau bapa mereka terbunuh dalam pertempuran dengan Ottoman.

Kejayaan Orhan bermula dengan menakluki kota Busra pada 1324. Beliau seterusnya berjaya menakluki kota-kota lain seperti Kocaeli, Kartal dan Aydos. Seterunya pada 1329 Orhan menang Perang Palekanon menewaskan King Adronikus Byzantine. Sekitar tahun 1352-53 pasukan Orhan berjaya mara hingga ke Balkan.

Period Orhan juga menyaksikan banyak masjid dibina seperti di Busra, Iznik, Bilecik dan Gebze. Orhan juga berjaya menukar Gereja Ayasofya di Iznik (dulunya Nicaea) menjadi sebuah masjid. Beliau juga berjaya mendirikan universiti pertama Ottoman.

Sesetengah sejarawan menama Orhan sebagai pemerintah Ottoman yang paling berjaya. Ibnu Batutta juga menulis dalam bukunya menyebut Orhan sebagai sultan Turkoman yang terhebat. Orhan meninggal dunia pada 1362 dan diganti oleh anaknya iaitu Sultan Murad I yang memerintah dari 1362 hingga 1389.

Bangunan makam Osman Gazi dan Orhan, 

Bursa go turkey - link

- - - - -

Tuesday, November 10, 2015

Ottoman Orhan (d.1362)

 

Orhan bin Osman Gazi adalah pemerintah Ottoman ke2 selepas Osman Gazi. Orhan lahir pada c.1281 dan ibunya ialah Malhun Hatun (d.1323 - wiki), isteri pertama Osman Gazi. [Nota: isteri kedua Osman ialah Rabia Bala Hatun (d.1324 - wiki) anak kepada Syeikh Ebadali].

Orhan telah mula diberi tugas memimpin pasukan tentera Ottoman beberapa tahun sebelum kematian ayah beliau Osman (d.1326). Pada 1321 Orhan berjaya menawan Mudanya dan membawa Islam ke wilayah tersebut. Kemudian Orhan mara pula masuk ke Bursa dan berjaya menawan kota tersebut pada 1326. Iaitu selepas lima tahun mengepung dan mengena sekatan.

Pada 1327 Orhan mula memperkenal pemakaian wang syiling yang dihasilkan di Bursa untuk wilayah Ottoman. Pada 1328 pasukan tentera Byzantin yang diketuai Raja Byzantine cuba berdepan menyerang pasukan Orhan. Pasukan Byzantine dapat dikalahkan dan King Andronikos III sempat lari menyelamat diri. 

Pada 1331 Orhan berjaya Iznik (atau nama lamanya Nizae). Iznik berikutnya dijadikan ibu kota pemerintahan Ottoman menggantikan Bursa.


Nilufar Hatun Imaret (soup kitchen) [source: rome art lover link]

Nilufer Hatun ialah isteri kepada Orhan bin Osman Gazi

- - - - -