Golongan Radikal MCA
Tokoh Young Turks / Pejuang Radikal MCA
Dr Lim Chong Eu. Tokoh MCA lain yang bersama dalam kumpulan radikal Young Turks ialah Too Joon Hing, Yong Pung How (Ketua Publisiti MCA) dan Ng Ek Teong.
Dong Jiao Zong ditubuh pada 1951 diketuai oleh Lim Lean Geok.
Lombong Timah Rahman Hydraulic
source: sobri yaacob dot com
- - - - -
Young Turks Dalam MCA
Kumpulan Young Turks dalam MCA diketuai oleh Dr Lim Chong Eu. Tokoh MCA lain yang bersama dalam kumpulan radikal YT ialah Too Joon Hing, Yong Pung How (Ketua Publisiti MCA) dan Ng Ek Teong. Kumpulan pengasas MCS pula dipanggil golongan pengawal tua (Old Guards - OG). Antara perkara yang dibangkitkan oleh Young Turks adalah soal bahasa dan dasar pelajaran. Mereka tidak setuju tolak ansur dalam tentang bahasa, pendidikan dan perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui oleh golongan PT. Isu yang dibangkit oleh YT disokong pula oleh para guru dan murid sekolah Cina yang berdemonstrasi pada akhir 1957. YT menyatakan secara terbuka pendirian untuk mendapatkan kesakmaan hak dan memastikan pengekalan bahasa dan sekolah Cina.
Isu sekolah Cina mulanya diperjuang oleh Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu UCSTA. Persatuan UCSTA (kini dikenali nama Dong Jiao Zong) ditubuh pada 1951 diketuai oleh Lim Lean Geok dan mereka membantah keras Ordinan Pelajaran 1952. Kemuncaknya adalah desakan untuk mengiktiraf Bahasa Cina sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu. Desakan tersebut disuarakan oleh Lim Chong Eu dalam Persidangan Kebangsaan Tentang Pendidikan Cina di Ipoh pada November 1958.
Pergeseran UMNO dan MCA bertambah meruncing menjelang pilihanraya 1959 apabila MCA menuntut tambahan kerusi. Lim menuntut supaya MCA diperuntuk sekurang-kurangnya 40 kerusi. Tuntutan MCA ditolak oleh Tunku dan beliau juga memberi amaran tidak mahu lagi bersama MCA dalam pilihanraya 1959 yang menjelang tiba. LCE akhirnya meletak jawatan presiden MCA pada September 1959. Cheah Toon Lock dilantik sebagai pemangku Presiden sebelum Tun Tan Siew Sin mengambil alih sebagai Presiden. Para penyokong LCE mula meninggal parti MCA diketuai oleh Yong Pung How. Beliau bertanding dalam PR 1959 sebagai calun Bebas.
Laluan cruise Bandar Melaka
- - - - -
Pemimpin MCA - Tun HS Lee
MCA ditubuh pada 1946 oleh tiga tokoh yang menjadi pengasas iaitu Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yew Koh (entri). Tun HS Leey atau nama penuhnya Henry Lee Hau Shik dilahir pada 1900 di Hong Kong. Beliau ialah anak sulung satu keluarga peniaga kaya yang membuka pejabat di Hong Kong dan Singapura. HS Lee adalah lulusan Ekonomi dan Undang-undang London University. Beliau pernah bekerja dengan P&O Bank, di HK.
Beliau datang ke Malaya untuk bercuti pada 1924. Namun telah terus menetap apabila beliau membeli sebuah lombong di Kepong dan kemudiannya menjadi pelombong berjaya di Selangor dan juga Perak. Semasa Jepun datang menyerang Tanah Melayu HS Lee sempat melarikan diri ke Mumbai, India. Selepas tamat perang Jepun beliau kembali ke Malaya dan dilantik menjadi ahli jawatankuasa untuk membangun semula ekonomi Malaya.
Pada 1949 HS Lee mula berusaha membuat deraf penubuhan MCA bersama Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee. Mereka kemudiannya menjemput Tan Cheng Lock untuk mengetuai MCA. Pada 1952 HS Lee berpakat untuk bergabung dengan Umno bertanding pilihanraya KL. Gabungan Umno-Mca berjaya menang 9 kerusi dari 12 yang dipertandingkan. Kejayaan tersebut memberi semangat kepada HS Lee untuk membentuk gabungan yang serupa di peringkat pusat. Tan Cheng Lock pada mulanya menolak cadangan HS Lee dan lebih cenderung menyokong IMP pimpinan Dato' Onn. Bagaimanapun Lee berjaya memujuk dan pada Mac 1952 mereka mula berbincang dengan Tuanku Abdul Rahman untuk gabungan Umno-MCA pusat.
Pada 1955 perikatan Umno-Mca dan Mic bergabung sebagai Perikatan dan bertanding pilihanraya pertama 1955. Mereka menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Berikutnya, HS Lee dilantik duduk dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan pada period 1955-57. Setelah kemerdekaan HS Lee dilantik pula sebagai Menteri Kewangan bagi period 1957-59. HS Lee melepas jawatan tersebut pada 1959 kerana masalah kesihatan.
Beliau kemudiannya menubuhkan D&C Bank dan mengetuai bank tersebut sehingga kematian beliau pada 1988.
Baca Tun HS Lee - wiki. Baca "The life & times of HS Lee - a patriot and nationalist". MCA magazine 2005 (link).
Buku terbitan UM "Ahli tokoh perniagaan dan tokoh politik" tahun 2018. UM Press (link).
Satu terbitan paling kini 'As empires fell: the life and times of HS Lee". Buku tulisan Ooi Kee Beng terbitan Iseas (link).
Tun HS Lee
- - - - -
Bacaan Tentang Penubuhan Parti MCA
Parti politik kaum China Malaysia mempunyai sejarah sejak sebelum tahun kemerdekaan Malaysia. MCA ditubuh pada 1946. Sebuah buku "Chinese politics in Malaysia: A history of the MCA" oleh Heng Pek Khoon terbitan tahun1988. Buku tersebut berasas dari tesis phd soas Heng pada 1984.
The historical background: Chinese settlements and political institutions in Malaya.
Radicalization of Chinese politics and the conservative revival.
The social and ideological foundations of the MCA.
The Emergency: Beginning of indigenization.
The maturation of MCA politics.
The MCA and the politics of Independence.
The Independence constitution.
Epilogue: from indigenization to marginalization.
Baca juga tesis "The Chinese Peninsular Malaysia: a study of race relations in a plural society". Tesis oleh Ting Chew Peh, Warwick University pada 1976. [warwick - link]
Folder: D 1 2021 Februari.
Sebuah jeti cruise Bandar Melaka
- - - - -
TYT Melaka - Tun Leong Yew Koh (1888-1963)
Membaca sejarah di ambang kemerdekaan Tanah Melayu menemu kita dengan berbagai maklumat menarik. Salah satunya adalah mengenai perjuangan kaum Cina Tanah Melayu sehingga terbentuknya Parti MCA pada Feb 1949. Penubuhan MCA adalah hasil usaha tiga tokoh iaitu Tun Tan Cheng Lok, Leong Yew Koh dan Tun HS Lee.
Tokoh yang mendapat penghargaan tinggi ialah Leong Yew Koh (1888-1963) kelahiran Salak Utara, Sg Siput. Beliau anak kepada Leong Yew Teen pengasas penempatan Salak Utara. Leong Yew Koh mendapat ijazah undang-undang dari London University pada 1908. Beliau pernah dilantik sebagai TYT Melaka selama dua tahun pada period 31 Ogos 1957 hingga 30 Ogos 1959. Makanya beliau adalah satu-satunya tokoh Cina yang pernah menjawat jawatan TYT.
Leong YK juga pernah memenangi pilihan raya pertama pada 1955. Beliau mewakili MCA dan menang kerusi Ipoh-Mengelembu menewaskan tiga calun lain Loh Ah Kee (Parti Negara), DR Seenivasagam (PPP) dan WE Balasingam (Bebas). Hasil kemenangan tersebut Leong dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 1955-57. Jawatan tersebut kemudian diganti oleh Sambanthan pada 1957-59. Sambanthan mewakili MIC dan menang kerusi Kinta Utara.
Baca LYK - wiki. 1955 election results (wiki).
Tun Leong Yew Koh
- - - - -
Penubuhan Parti Malaya (1956)
Entri asal mlja3 - link:
Malayan Parti merupakan sebuah parti untuk kaum Cina serpihan
MCA. Parti tersebut ditubuh di Melaka pada 24 Okt 1956 oleh pengasasnya Tan Gee
Gak. Parti Malaya mendapat dokongan dari the Federation of Chinese Guilds and
Associations dan juga the Malacca Chinese Chamber of Commerce. Kedua-dua badan
ini sememangnya di ketuai oleh Tan Gee Gak. Malayan Party ditubuhkan sebagai
respon kepada kebimbangan kaum Cina terhadap pendirian Perikatan Umno-MCA
kepada deraf perlembagaan yang sedang dirangka. Parti Malaya ditubuh bertepatan
dengan tarikh Hari Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai menyata sokongan kepada
Universal Declaration of Human Rights. Parti Malayan juga mendokong status
Melaka sebagai sebuah crown colony, yang memberi kaum Cina lebih hak berbanding
negeri-negeri Melayu.
Parti Malaya menyertai pilihan raya tempatan Melaka dan
berjaya memenangi kerusi pada 1956, 1957 dan 1958. Parti tersebut gagal
memenangi kerusi dalam pilihanraya peringkat negeri pada 1959. Namun begitu
dalam pilihanraya perseketuan pada 1959 Parti Malaya berjaya menang kerusi
Bandar Melaka yang ditandingi oleh Tan Gee Gak.
Parti Malaya dibubar pada March 1964 apabila Tan Gee Gak
kembali semula menyertai MCA.
Pemandangan sebuah librari
Baca "What fiction has to say about the libraries of the future". the conversation - link.
- - - - -
Polemik Ahmadiyya UK
Ahmadiyya merupakan aliran yang tidak diakui Islamnya oleh banyak negara Asia terutama Pakistan, Malaysia dan Indonesia. Pengamal Ahmadiyya tidak saja terbatas di Asia malah lebih meluas di negara Eropah di mana mereka bebas mengamalkan pegangan tanpa sebarang sekatan. Namun di sana berlaku juga konflik antara pengamal Ahmadiyya dengan golongan Islam Sunni.
Baca "Inside the tiny Muslim community in Cambridge you may never have heard of - here Ahmadiyya Muslims are free to practice their faith safely". Link cambridge news.
"Shunned for saying they're Muslims: life for Ahmadis after Asad Shah's murder". Link the guardian apr 2016.
Baca juga tesis phd oleh penganut Ahmadiyya "Politics of exclusion: Muslim nationalism, State formation and legal representations of the Ahmadiyya community in Pakistan". Tesis Michigan Uni link - michuni 2010.
Masjid Ahmadiyya Glasgow
- - - - -
QR Destination ... Home
Boarding flight at 9 am through gate D20.
- - - - -
Jamocha Cafe HIA
Jamocha Cafe is run by Qatar Duty Free. By 2015 they already have six cafes opened at HIA.
Jamocha Cafe
(at Departures Zone D)
QDF Jamocha Cafe (link -
qdf)
Read 'Qatar Duty Free opens sixth JC at HIA (source:
gulf-times).
- - - - -
Illy Cafe HIA
Sebuah lagi kafe konsep western yang ada di HIA.
illy Caffe takes pride in being the world reference for coffee culture and excellence. illy is a company innovating to create and offer the finest products throughout the world's best destination, while demonstrating its character as the leader in the premium coffee segment.
illy adalah syarikat Itali mempunyai ibupejabat di Trieste Itali (link -
wiki)
- - - - -
Konsep Alam Menurut Daud al-Fatani
Konsep kosmologi adalah suatu yang agak sukar untuk di telaah. Untuk mengetahui bagaimana kosmologi dibincang dengan wadah Islam elok kita baca sebuah artikel terbitan tahun 2016. Artikel bertajuk "Konsep alam menurut Daud al-Fatani dalam karyanya Manhal Al-Safi: Analisis dari perspektif Astronomi Islam". Tebal 42 m/surat.
Astronomi Islam dari segi konsep dan perkaedahan ilmu; Astronomi Islam dari sudut prinsip keutamaan; Analisis konsep alam dari perspektif Astronomi Islam; Biografi ringkas Daud al-Fatani; Karya Manhal al-Safi; Dapatan dan perbincangan; Kesimpulan.
Source - Jurnal Afkar. [Folder: D 1 2020 mel geobaca]
Kenangan Kashmir
- - - - -
Musola HIA
Mencari musola amat mudah di HIA. Musola pula terjaga elok dengan petugas yang sangat rajin.
Waktu solat terpapar sentiasa
Ruang solat amat cantik
Pintu masuk
- - - - -
Hamad International Airport
HIA sebuah airport besar dengan ruang dalaman yang luas untuk keselesaan pengguna. Ia juga dihiasi dengan berbagai rekaan yang menarik.
Salah sebuah hiasan dalaman unik HIA
- - - - -