Friday, January 21, 2022

Asas Kerajaan Islam Aceh

Info m/surat 33 menyebut bahawa kerajaan Islam Aceh diasas oleh salah seorang keturunan Bani Seljuk  bernama MakhdumAbi Abdullah Syaikh Abdurrauf al-Mullaqab. Beliau datang ke Aceh dari Baghdad. Antara raja Aceh yang terkenal adalah Sultan Ali Mughayat Syah (r.1507-1530M).

Semasa Melaka dikalahkan Portugis Aceh masih merupakan kesultanan kecil. Dari Melaka pedagang Muslim kemudiannya berpindah berurus niaga di Aceh. Keadaan tersebut membuat Portugis marah dan mereka cuba pula menguasai Aceh.

Sebelum kewujudan Aceh telah ada beberapa kerajaan Islam di Sumatera. Antaranya adalah Peureulak (840-1291M), Samudera-Pasai (1042-1427M), Beunua/Tamieng (1184-1398), dan Pidie/Pedier (sekitar 500 -1509M). 

Semasa pelayaran Marco Polo tiba ke Nusantara pada 1292M kerajaan Samudera Pasai diketuai oleh Sultan Malikul Saleh.

Sebuah masjid di Sumatera

Baca "Kesultanan Samudera Pasai". minimalis co - link.

- - - - -

Wednesday, January 19, 2022

Sepanyol Tiba Di Filipna

Info m/surat 42 buku Filipina (link) menyebut Islam tiba di Pulau Sulu melalui usaha mubaligh Arab bernama Makhdum Ibrahim al-Akhbar. Ada juga yang menyebut Islam Sulu dibawa oleh Sharif al-Hashimi. Beliau adalah pedagang dan pendakwah Arab yang berkahwin dengan anak pemimpin Jolo. Beliau kemudiannya adalah Sultan Sulu pertama. Manakala Islam di Pulau Mindanao pula hasil usaha Syarif Muhammad Kabungsuan. 

Sebelum jatuh ke tangan Sepanyol Manila berada di bawah kerajaan Islam pimpinan Raja Sulaiman. Pelayar terkenal Sepanyol Magellan dikatakan tiba di Filipina pada 1521. Pada 1543 seorang lagi ahli pelayaran Sepnyol bernama Ray Lopez de Villabes datang ke Filipina. Beliau menamakan Filipina iaitu berasas kepada nama Raja Phillip II yang memerintah Sepanyol ketika itu.


Fort San Pedro (circa 1738)

Baca "Eight extremely old buildings in the Philippines". thesmartlocal - link.

- - - - -

Monday, January 17, 2022

Campa dan Kedatangan Islam


Entri asal - abbasid (link):

Campa merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan tersebarnya Islam di Asia Tenggara. Sejarah Islam di Campa bermula sejak zaman Uthman bin Affan (r.644-656). Kedatangan Islam ke Campa semakin rancak dengan kedatangan golongan Syiah Alawiyah yang melarikan diri pada zaman Umayyad (661-750).

Antara raja-raja Campa yang memeluk Islam adalah Po Ramo atau Po Rome (r.1627-1651). Beliau pernah datang ke Kelantan mempelajari Islam. Beliau juga berkahwin dengan puteri Kelantan dan melahirkan keturunan yang menjadi pewaris takhta Kelantan kini.

Baca "The Cham Muslims of Vietnam". leiden - link.

"Only few know of the Cham Muslims - Vietnam's isolated Islamic community". mvslim - link.

"Cambodia's Muslim and the Malay World". brill 2019 - link.

Baca sebuah tesis agak terkini "A different path: The minority Muslim experience in SE Asia". exeter 2020 - link.

Al-Nur Mosque

"Meet the Vietnamese Muslims of Hanoi". muslimvibe - link

"Hanoi Muslims keep their faith in consonance with Vietnamese traditions". vnexpress - link.

"Little known story of the Muslim community in Hanoi". vietnamnet - link.

- - - - -

Sunday, January 16, 2022

Muslim Cham Indochina

Sedikit info tentang kedatangan Islam di kalangan masyarakat Cham Indochina ditulis m/surat 27 buku Filipina m/surat 27. Beberapa bacaan tambahan boleh dirujuk seterusnya.

"Islam at the margins: The Muslims of Indochina". kyoto uni 97pages - link.

"The Cham Muslims of Indochina". muslim population 6pages - link.

"The Cham Muslims in Ninh Thuan Province, Vietnam". kyoto uni 18pages - link.

"Vietnam-Champa relations and the Malay-Islam regional network in 17th - 19th centuries" kyoto - link.

"Cham banis also known as 'Localized Shia Cham Muslims in Vietnam' 'Bani Islam'. ubc - link.

Sebuah masjid di Indochina

Baca "Angkor Wat's Muslim the key to Cambodia's halal tourism". arab news - link.

- - - - -

Friday, January 14, 2022

Ottoman Abad Ke16 Dan Portugis

Beberapa perkembangan Ottoman lain turut berlaku selepas period kejatuhan Melaka 1511. Antara perkembangan tersebut adalah kejayaan Ottoman mengalahkan Syiah Safawid Iran pada 1514 dalam Perang Chaldiran. Selanjutnya Kerajaan Mamluk Mesir bertindak menguasai Yemen pada 1515. Penguasaan Mamluk ke atas Yemen adalah sebagai tindak balas ke atas kehadiran Portugis ke pesisiran pantai Arabia.

Pada 1516 Ottoman Salim I pula menguasai Mesir yang ketika itu di bawah taklum Mamluk yang menjadi sekutu Abbasid. Salim I menyerang Mamluk Mesir kerana mereka menjadi sekutu juga kepada Safawid. Salim I berjaya menumpaskan Mamluk Mesir yang dipimpin oleh Sultan Al-Ghawri. Salim I kemudiannya melantik Tuman Bey sebagai wakil pemerintah Ottoman di Mesir. Namun berlaku pula perebutan kuasa oleh Tuman yang mahu menguasai Mesir dengan mengenepi Ottoman. Akhirnya pada 1517 Salim I melakukan serangan ke atas pasukan Tuman dan beliau tewas dan terbunuh. 

Pada 1526 pula Ottoman Sulaiman II menguasai Hungary. Sulaiman II juga berjaya menewaskan tentera Sepanyol di Afrika Utara dalam perebutan Algeria dan Tunisia.

 Mosque in Pecs, Hungary

Baca "A brief history of Hungary's controversial 'Islamic churches' ". theculturetrip - link

"An age the lives forever the mosque in Pecs". europebetweeneastandwest - link.

 

- - - - -

Tuesday, January 11, 2022

Nusantara Dan Dunia Islam Ottoman Abad Ke 15 dan 16

Kuasa penjajah Barat Portugis mula datang ke Nusantara pada awal abad ke16 dan menyerang Melaka dan seterusnya menguasai Melaka pada 1511. Pada period yang sama kerajaan Ottoman berada pada era kegemilangan. Kejayaan dan keagungan Ottoman terus gemilang selepas berjaya menguasai Constantinople pada 1453. Ottoman seterusnya melebar wilayah penguasaannya meliputi Afrika Utara dan sebahagian besar pesisiran Laut Mediterranean.

Sultan atau pemerintah Ottoman pada period kegemilangan mereka terdiri dari Muhammad I (1401-1421), Murad II (1421-1451), Muhammad II atau Al-Fatih (1451-1481), Bayazid II (1481-1512), Salim I (1512-1520), Sulaiman II (1520-1566), Salim II (1566-1574), dan Murad III (1574-1595).

Kejatuhan Melaka kepada Portugis berlaku pada penghujung era Ottoman Bayazid II (1481-1512). Sebelum itu Ottoman Murad II berdepan dengan banyak tentangan tentera Kristian yang mahu mengambil semula wilayah yang dikuasai Ottoman. Pihak Kristian juga mahu menghidup kembali Perang Salib.

A Mosque in Budapest

source: fb - link

- - - - -

Saturday, January 08, 2022

Rene Guenon - Syaikh Abd Al Wahid Yahya

Membaca perbincangan mengenai Sufi ketemu pula info tentang seorang ahli filosofi Perancis Rene Guenon (1886-1951). Beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Abd Al WahidYahya.

[Catatan buku Taimiyyah pg.154]

Rene Guenon

Baca "Rene Guenon". worldwisdom - link

"Syaikh Abd Al Wahid Yahya". living islam - link.

- - - - -

Thursday, January 06, 2022

Orientalis dan Asal Perkataan Sufi


Satu bab dalam buku mengenai Taimiyyah memberi penjelasan mengenai pengertian Tasawuf. Di mulai dengan perbincangan mengenai asal perkataan tersebut. Ada yang mengatakan berasal dari perkataan Yunani iaitu sufia yang bermakna hikmah. Antara yang mengusul hal ini adalah Abu Rayhan Al-Biruni (d.440H/1050M). Disebut juga dua nama orientalis yang turut membincang tentang asal nama Tasawuf. Dua orientalis tersebut adalah Joseph von Hammer (d.1856) yang berbangsa Austria dan Theodor Noldeke (d.1930) berasal Jerman.

Bagi pengkaji Muslim sufi berasal dari perkataan 'suffah' iaitu ruang bahagian belakang masjid Rasulullah. Ruang tersebut menjadi tempat kediaman golongan miskin yang tak punyai keluarga. Ada juga yang mengata asal sufi adalah dari Al-Safa yang bermakna jernih dan bersih.

[Catatan buku Taimiyyah pg.143]

 

Noldeke

Baca "Siapakah Noldeke".isytisraq bsp - link.

"Kronologi Quran oleh Noldeke". quereta dot com - link.

"Remembering Joseph von Hammer in the age of alienation". daily sabah - link.

- - - - -

Monday, January 03, 2022

Sedikit Mengenai Ibnu Taimiyyah (1263-1328)

Nama Ibnu Taimiyyah kerap disebut dalam kuliah agama atau majlis ilmu di masjid dan surau. Ibnu Taimiyyah sering dikait sebagai ikutan atau idola kepada Muhammad Abdul Wahab iaitu tokoh yang disebut mengasas aliran Wahabi. Catatan berikut adalah petikan pembacaan sebuah buku mengenai Ibn Taimiyyah.

Ibnu Taimiyyah lahir di kota Harran pada 1263M. Kota Harran ditawan oleh tentera Mongol pada 1269 dan ramai penduduknya lari menyelamat diri dari keganasan Mongol. Keluarga Ibn Taimiyyah juga turut lari menyelamat diri menuju ke Damsyik. Menurut catatan datuk (Abd al-Salam Taimiyyah, 1194-1255) dan bapa (Abd Halim Taimiyyah, 1230-1284) adalah guru agama dan membawa bersama banyak kitab untuk diselamat dari dimusnahkan Mongol.

Semasa hayatnya Ibn Taimiyyah pernah dua kali dipenjara. Kali pertama di Mesir period 705-708H dan kali kedua di Damsyik pada 726H hingga kematian beliau. Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada 728H/1328M ketika usia 64 tahun.

Antara tokoh yang sempat sezaman dengan Ibn Taimiyyah adalah Imam Ibn Kathir. Beliau sempat bersama Ibn Taimiyyah sekitar hujung hayat menjelang 1328M.Pada ketika Taimiyyah meninggal dunia Imam Ibn Kathir berusia 28 tahun.  

Kota Harran - terkenal dengan binaan beehive houses

Baca "Beehive houses of Harran". anatolia culture - link.

- - - - -