Saturday, April 30, 2016

Selim I Menguasai Mamluk Mesir Melawan Tomanbay 1517

 

Kejayaan Selim I menguasai Mamluk yang pada period tersebut pasukan laut negara Eropah sedang menguasai dunia pelayaran. Pelaut Eropah terutama Portugis sudah pun menguasai kawasan Laut India, Laut Merah dan juga Jeddah. Mereka menguasai kesemua kawasan tersebut setelah mengalahkan angkatan laut Mamluk dalam Perang Diu berdekatan pantai Laut India. Kini menjadi tugas Ottoman pula berdepan dengan armada Portugis mempertahan wilayah Mamluk yang baru dikuasai Selim I. 

Pada period ini juga Mamluk Mesir dipimpin oleh Sultan Tomanbay menggantikan Kansu al-Ghawri yang terbunuh ketika berdepan tentera Ottoman. Selim I menghubungi Tomanbay dan membuat tawaran beliau terus berkuasa di Mesir dengan beberapa syarat. Selim I meminta Tomanbay mengiktiraf wilayah Ottoman dan menyebut nama Sultan Ottoman dalam khutbah Jumaat dan mengguna wang syiling Ottoman. Malangnya, Tomanbay berkeras menolak semua syarat tersebut.

Akhirnya pada 1517 Selim I menghantar pasukan berdepan Mamluk pimpinan Tomanbay di Raydaniyyah berdekatan Cairo. Pasukan Mamluk dapat dikalahkan namun Tomanbay sempat melarikan diri. Manakala ketua tentera Ottoman, Sinan Pasya, gugur syahid bersama beberapa pembesar Ottoman (Ottoman Beg) lain.

Beberapa hari kemudian Tomanbay sekali lagi datang menyerang Cairo. Pertempuran kali ini berterusan selama tiga hari. Pasukan Ottoman sekali lagi berjaya manakala Tomanbay dapat juga lari menyelamat diri. Namun kemudiannya beliau dapat ditangkap dan dibunuh.

Dengan kejayaan Selim I menguasai Mesir bermakna Ottoman juga menguasai sama Mekah, Madinah dan Hijaz. Dan kini menjadi tanggung jawab Selim I dan Ottoman mempertahan kawasan pelayaran sekitar Laut Merah, Arab dan Yemen.


Masjid Nusretiye, Istanbul

Dibina sekitar 1823-1826 period Sultan Mahmud II (archnet - link)

- - - - -

Wednesday, April 27, 2016

Selim I Berdepan Mamluk Mesir 1516

 

Selepas Selim berjaya di medan Chaldiran beliau merancang pula untuk mara terus ke wilayah Iran. Dalam masa sama Shah Ismail pula berpakat bersama Mamluk untuk menyekat kemaraan Selim masuk ke wilayah Safavid. Pada Sep 1516, Selim I menyediakan pasukan seramai empat puluh ribu tentera diketuai Sinan Pasha untuk mara ke Iran. Mamluk Mesir pula menyediakan pasukan seramai lima puluh ribu tentera ke Syria. Pasukan tersebut diketuai sendiri oleh Sultan Mamluk, Kansu al-Ghawri. Mereka ke Syria sebagai benteng menahan kemaraan Selim I dari memasuki Iran.

Tindakan yang di ambil oleh Kansu al-Ghawri dari satu sudut adalah amat janggal kerana sebagai Sunni beliau tidak sepatutnya bersama dengan Shah Ismail pemimpin Syiah Safavid. Selim menghantar wakil bertemu Sultan Mamluk di Aleppo berbincang mengenai tindakan Ottoman mara ke Iran. Malangnya, wakil Selim I yang datang telah ditahan oleh Sultan Mamluk Aleppo. Wakil Selim I tersebut akhirnya dibebaskan setelah tentera Selim I yang mara tiba di Aleppo. Sultan Mamluk Kansu al-Ghawri segera memohon maaf tetapi Selim I sudah tidak lagi percaya kepada Kansu. Maka berikutnya pada Ogos 1516 tentera Selim I berdepan dengan Mamluk. Pasukan Selim I menang dan Sultan Kansu juga berjaya dibunuh. Maka, Syria dan Palestin jatuh kepada Ottoman dari tangan Mamluk.


 Masjid Fatih, Istanbul

Masjid Fatih asalnya dibina pada 1471 tetapi telah musnah kerana gempa bumi kali pertama pada 1509 dan kemudian berulang pada 1766. Masjid dibina semula pada 1771 (source: hurriyetdailynews - link).

- - - - - 

Sunday, April 24, 2016

Selim I Berdepan Safavid Shah Ismail - Perang Childiran 1514

 

Period pemerintahan Selim I ialah pada 1512-1520. Antara yang berlaku ketika pemerintahan Selim I ialah ancaman berterusan dari Safavid Shah Ismail khususnya menyebar fahaman Syiah di wilayah Ottoman. Dikatakan seramai empat puluh ribu penduduk Anattolia yang terpengaruh dengan ajaran Syiah. Shah Ismail juga bertindak keras membunuh seramai enam puluh ribu Sunni di Azerbaijan. Tentu sekali Selim I marah dengan perkembangan tersebut. Shah Ismail juga cuba berpakat dengan pemerintah Mamluk Mesir untuk membantu bersama menghadapi Ottoman. 

Pada 1514 Selim I menyedia pasukan untuk berdepan dengan Syah Ismail Safavid. Mereka bertempur dalam Perang Childiran pada Ogos 1514. Pasukan Selim I berjaya dalam pertempuran tersebut walau pun pada awalnya mengalami kejutan dan ramai tentera Ottoman yang syahid. Berikutnya pasukan Selim I terus mara memasuki Tabruz. 

Pada masa itu telah masuk musim sejuk. Selim I mengambil keputusan untuk berkubu dan bertahan dahulu sebelum meneruskan kemaraan selepas berakhir musim sejuk. Namun begitu pasukan Janissari Selim I mula letih, berasa sukar menahan sejuk dan homesick. Maka Selim I dan Janissari mereka berangkat pulang ke Ottoman. Maka berakhirlah kesempatan baik untuk mereka menyempurnakan misi dengan pihak Sarafivid yang ketika itu ternyata sudah di ambang kekalahan. 

Yeni Cami Mosque 


The New Mosque, Istanbul

source: wiki

The New Mosque (Turkish: Yeni Cami) originally named the Valide Sultan Mosque and later New Valide Sultan Mosque after its partial reconstruction and completion between 1660 and 1665. It is an Ottoman imperial mosque located in the Eminonu quarter of Istanbul, Turkey.

- - - - -

Tuesday, April 19, 2016

Perlantikan Ottoman ke9 Selim I (r.1512-1520)

 

Perebutan takhta Ottoman selepas Bayezid II berakhir dengan lantikan Selim I sebagai Sultan Ottoman ke9. Walau telah menduduki takhta Sultan Selem I masih berasa belum selamat dan bimbang terhadap ancaman dari dua saudaranya Ahmad dan Korkut.

Selim I akhirnya membuat helah mengutus surat jemputan 'palsu' kepada kedua saudara tersebut menjemput datang ke Istanbul. Surat tersebut atas nama pembesar Ottoman kononnya bertujuan melantik masing-masing mereka sebagai sultan. Apabila tiba di Istanbul kedua saudara tersebut telah ditangkap dan seterusnya dibunuh. [Catatan ini adalah dari buku Maksudoglu m/surat 101 - sekilas baca macam ada perbalahan fakta dengan wiki]. 

Berikutan peristiwa tersebut Selim digelar Yavuz yang membawa makna 'ruthless and harsh'. Namun begitu kalangan warga Ottoman menyokong Selim dan mengangkat beliau sebagai pemerintah 'resolute, able and efficent'. 

Nota:

Menurut wiki Ahmed terbunuh dalam pertempuran menentang pasukan Selim I di Yenisehir pada 1513 (wiki - ahmed). Hanya Korkut (atau Korkud) yang diutus surat datang ke Istanbul. Sebaik tiba beliau kemudiannya ditahan dan dibunuh (wiki - korkut).

Rustem Pasha Mosque, Istanbul

[source: tour link]

It presents a very beautiful appearance in the middle of one of the city's most active trade districts with Suleymaniye mosque rising behind it. The mosque was constructed in 1561 by the great architect Mimar Sinan. It was commissioned by the Grand Vizier, Rustem Pasha.

source: turkisharchaeonews - link.

Baca juga - wiki.

- - - - -

Monday, April 11, 2016

Perebutan Pengganti Bayezid II

 

Pada hujung pemerintahan Bayezid II isu besar yang dihadapi oleh Ottoman ialah ancaman dari Safavid Syiah yang diketuai Shah Ismail. Bayezid II pula sudah berkira untuk mengundur diri dari mengetuai pemerintahan. Beliau mulanya sudah bercadang memilih anak bernama Ahmad sebagai pengganti. Ahmad ketika itu merupakan pembesar di wilayah Amasya. Bersaing dengan Ahmad ialah seorang lagi anak Bayezid bernama Korkut. Korkut berusaha mengenepi Ahmad dan cuba mendapatkan sokongan militari  namun gagal. Ahmad pula meneruskan usaha menentang ancaman Syiah oleh Safavid Shah Ismail. Ancaman tersebut dilancar melalui agen beliau di Anatolia bernama Shahkulu. Walau bagaimana pun usaha Ahmad mengalami kesukaran. Akhirnya para pembesar Ottoman meminta seorang lagi anak Beyazid, Shehzade Selim, bagi mengetuai penentangan Safavid di wilayah Anatolia. 

Masjid Selim I, Istanbul

[dibina pada 1522 -  tour link]

Sebaik mengetahui Bayezid mahu melantik Ahmed sebagai pengganti, Selim, yang ketika itu menguasai Trabzon meminta dilantik sebagai pembesar Rumeli (wilayah Ottoman Eropah). Namun permintaan Selim telah ditolak. Berikutnya Selim telah pergi ke kota Kefe di wilayah Crimea dan dari situ beliau mara ke Rumeli bersama pasukan seramai 10,000 tentera. Dalam perjalanan ke Rumeli Selim singgah dahulu di Silistre bertemu Bayezid. Selim mendapat tahu bahawa Beyazid masih mahukan Ahmad mengganti beliau. Selim kemudiannya meneruskan kemaraan menuju Rumeli. Sampai di Chorlu, Selim dan pasukannya telah diserang dan Selim terpaksa melawan balik.

Pada masa yang sama Ahmad sudah bersedia untuk datang ke Istanbul menggantikan Bayezid. Apa yang berlaku berikutnya ialah pasukan Janissari Ottoman menyatakan sokongan mereka kepada Selim dan mahukan beliau sebagai pengganti Beyazid. Akhirnya Ahmad berpatah balik pulang ke wilayah kuasa beliau. Selim pula dijemput datang ke Istanbul. Sebaik tiba Beyazid mengarah Selim untuk mengetuai pasukan menentang Shah Ismail. Selim berkeras mahukan beliau di lantik dulu sebagai Sultan Ottoman. Beyazid akhirnya menyerah jawatan dan keluar meninggal Istanbul menghala ke Malkara. Beyazid akhirnya meninggal dunia ketika dalam perjanan. Beyazid meninggal dunia pada Mei 1512 ketika berusia 65 tahun.

- - - - -